May 6, 2009

'Kerugian kepada Melayu & Islam'

Menteri2 Kabinet Malaysia pada 23 April 2009 y lalu telah bermesyuarat dan menetapkan bahawa kanak-kanak bawah umur akan kekal menganut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertindak menukar agama. Tidak pasti apakah tekanan y dihadapi oleh kerajaan ketika mereka membuat keputusan sebegini. Sesungguhnya, ini merupakan salah satu kerugian kepada semua rakyat Malaysia y beragama Islam. Syiar Islam semakin terhakis sedikit demi sedikit dek kerana orang kita sangat gila berpolitik.

Perlembagaan Persekutuan merupakan teras undang2 tertinggi negara. Di dalam Perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut: Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan: (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain dan tidak ada persamaan dalam perkara ini. Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan.

Merujuk kepada Perlembagaan di atas, kita boleh mentafsirkan bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak langsung boleh dicabar. Semestinya, seseorang anak itu selagi belum cukup umur 18 tahun, maka agama y dianutinya mesti ditentukan oleh ibubapa. Sebagai contoh, sekiranya seseorang bayi itu ditemui sebab dibuang secara haram, apabila dia diserahkan kepada Kebajikan Masyarakat, secara automatiknya, dia akan beragama Islam n dididik untuk mengamalkannya, walaupun ibu bapanya bukan Islam. Ini fungsi n terjemahan daripada agama rasmi Perlembagaan Malaysia.

Polemik sebegini muncul kerana orang Islam, majoritinya orang Melayu telah sedikit demi sedikit terhakis kuasa politik mereka, akibat daripada kelalaian n kebodohan mereka sendiri. Bertelagah demi kuasa merupakan amalan sejati orang Melayu Islam ini. Dahulu orang berkata, hilang kuasa negara tergadai. Namun sekarang, agama y terlebih dahulu sedang digadaikan. Pada hemat saya, dalam keadaan sebegini, orang Melayu perlulah sedar diri, bersatu n cuba berusaha memajukan bangsa n agama. Kita sedang kehilangan kuasa. Jangan biarkan kelemahan ini digunakan dengan niat y jahat dari bangsa n agama lain demi untuk menjadi tuan di tanah kita. Cukuplah kita dijajah selama 500 tahun. Merdekakanlah kita, anak cucu kita selama2nya. Pertahankan agama, bangsa n negara kita, demi survival Melayu n Islam.

p/s: Waiting for PAS-UMNO collaboration!

No comments: