Alhamdulillah, Allah SWT telah memakbulkan solat hajat serta doa dari sekelian umat Islam untuk menyaksikan pembebasan sukarelawan Freedom Flotilla y dalam misi membantu rakyat Gaza y ditindas oleh Zionis y berhati binatang. Siaran secara langsung pada pagi Ahad lepas menggambarkan betapa rakyat Malaysia begitu mengambil berat tentang nasib saudara seagama serta y bukan beragama Islam di bumi Gaza. Sedih apabila melihat peta negara Palestin y ditunjuk saban hari di dada media. Hanya bumi Gaza y masih tinggal menjadi wilayah Palestin. Masih terdapat saki baki di Kota Lama Baitul Maqdis tetapi hanya sekangkang kera sahaja. Y lain, dijajah dan diduduki secara haram oleh Rejim Zionis y dilaknat Allah SWT. Semua penduduk dunia tahu fakta ini.
Semalam, 6 orang sukarelawan Malaysia dari MV Rachel Corrie selamat tiba di tanah air. Mereka semua membawa kisah y boleh dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia serta dunia tentang kekejaman Rejim Zionis. Kita pasti menunggu kisah tersebut. Eloknya, kisah ini dibukukan serta dibaca oleh setiap lapisan masyarakat serta disertakan tentang sejarah pendudukan Zionis di bumi Palestin agar kita menilai krisis kemanusiaan y tidak tahu bila akan berkesudahan ini.
Untuk maklumat, MV Rachel Corrie ini dinamakan sempena nama aktivis kemanusiaan, Rachel Aliene Corrie, seorang Amerika y beragama Kristian y sanggup mempertaruhkan nyawa semata2 untuk mempertahankan penduduk Palestin. Beliau digilis oleh jentolak Zionis menghalang perobohan rumah seorang Palestin oleh tentera Rejim Zionis. Beliau meninggal dunia pada usia y masih muda dan mati di tempat beliau bersiri menjadi perisai manusia untuk menghalang pencerobohan tersebut. Kematiannya membuka mata dunia tentang kekejaman Zionis pada 2003, namun selepas itu tertutup semula mata UN, OIC serta pertubuhan2 dunia y lain. Inilah y dibimbangkan. Adakah kejadian y berlaku 3 4 hari y lepas, akan dilupai oleh dunia seperti mana halnya Rachel Corrie. Diharapkan, kita tidak akan bersatu hanya ketika isu ini hangat diberitakan. Namun, semuanya hilang selepas beberapa ketika. Tidak kita malu melihat jihad y dilakukan oleh penganut agama lain namun kita masih berpeluk tubuh melihat berita di media2 massa? Rachel Corrie menjadi lambang kesepaduan agama, dimana perbezaan anutan tidak menghalang tugas2 murni kemanusiaan.
Sebagai umat Islam, kita amat berbangga dengan syahidnya 9 orang aktivis keamanan y menyertai misi kebajikan ke Gaza baru2 ini. Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan2 hamba2 y berjuang di jalan Allah SWT. Krisis di Palestin buka krisis agama semata2, namun ia merupakan krisisi kemanusiaan. Bukan semua Yahudi serta Kristian mahu berlakunya keganasan. Mereka mampu bersatu dengan umat Islam untuk menolong manusia y lain y ditindas. Pada masa ini, diharap tidak ada tafsiran y salah tentang agama lain kerana setiap agama pun menyuruh penganutnya melakukan kebaikan. Y penting, kita perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan ini.
Saya merasa amat tidak wajar pada waktu y kritikal ini, masih ada orang y menafsirkan al-Quran secara membuta tuli. Y mengajak supaya bermusuh dengan y lain selain dari orang Islam. Padahal tidak semua y bukan Islam itu menyokong kekejaman Rejim Zionis.
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 120, 'Orang2 Yahudi serta Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesunggunya petunjuk Allah itulah petunjuk (y benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Ayat ini diturunkan khas kepada Yahudi Bani Quraizah serta Nasrani Bani Najran y tinggal di Madinah pada masa itu. Mereka telah melakukan pelbagai muslihat untuk membawa umat Islam pada masa itu mengikut agama mereka.
Namun, tidak semua Yahudi serta Kristian seperti itu. Ada y begitu menghormati Baginda Rasulullah SAW. Lihat sahaja Waraqah bin Naufal, seorang Kristian y berkata, sekiranya ketika Nabi dilantik menjadi Rasul, beliau masih muda n bertenaga, sudah pasti beliau akan membantu dakwah Nabi. Kita juga melihat daripada sejarah tentang 2 orang isteri Nabi SAW berketurunan Yahudi. Mereka ialah Juwairiyah binti al-Harith serta Safiyah binti Huyay. Malahan, Sufiyah merupakan anak kepada Huyay, ketua Yahudi Bani Quraizah. Maka, kita perlu menolak perpecahan ini. Apa y menjadi musuh umat Islam sekarang adalah Yahudi y berfahaman Zionis, y menyalahtafsirkan kitab Talmud milik mereka serta memutarbelitkan ajaran Taurat y menyatakan mereka adalah umat pilihan, bangsa y mulia. Padahal, menurut sejarah, Bangsa Israel inilah y telah melakukan pelbagai kejahatan termasuk membunuh beberapa Nabi.
Merujuk entri terbaru Nik Abduh, perpaduan merupakan agenda penting. Saya amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, bahawa sekiranya kita mampu bersatu, seluruh negara Islam, kita mampu membentuk askar y ramai serta kuat untuk menentang kejahatan Rejim Zionis ini. Sekiranya satu negara menghantar 1000 anggota tentera, berapa ramai tentera y mampu dibentuk daripada seluruh negara Islam. Walaupun ini cuma cakap2 sahaja, tetapi tidak mustahil hal ini dapat direalisasikan.
Misi sebegini wajar diteruskan. Kita perlu terus menekan Rejim Zionis agar akhirnya sekatan akan dibuka dan warga Gaza y mendapat pembelaan sewajarnya. Dunia perlu menentang segala bentuk keganasan supaya setiap tempat merupakan wilayah y selamat diduduki demi kemaslahatan setiap manusia di muka bumi ini.
'Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggung-jawabkan'. (Surah Al-Isra': Ayat 36)
Jun 8, 2010
'Kisah Kepulangan Wira'
Subscribe to:
Posts (Atom)