Aug 4, 2009

'5 Bahasa Cinta'


Hari Sabtu y lepas, masa aku keluar ke Gurney ngan Shifa, Ryan, Any n Jackson, aku ada beli satu buku kat MPH. Masa tu, saja ja kuar ke Gurney sebab nak spend time ngan Blairs since lepas diorang sampai ke Malaysia lepas balik kampung di Texas. Lepas 2 minggu, baru sempat jumpa diorang sebab masing2 sibuk dengan komitmen sendiri. Pas lepak2 n makan kat Korean BBQ Chicken, kami pusing2 la dalam Gurney tu. Masa kat MPH, aku beli la satu buku. Cam best. Title dia ' The Five Love Languages' by Gary Chapman. Mamat ni memang pakar dalam psikologi relationship ni. Agak famous la jugak.

Aku belum sempat baca habis buku ni. Tapi, setakat mana y aku baca, buku ini amatlah menarik. Gaya tulisannya memang menambat hati. Ia seperti bercerita dengan kita n kita seperti akan terhenti seketika n memikirkan apa y diperkatakan dalam buku ini. Cinta dan makhluk adalah perkara y menjadi tabii manusia semenjak zaman Adam a.s. Allah SWT memberikan kita satu perasaan n keinginan y amat indah, y menjadi nikmat kepada sekelian makhluk, agar mereka ini dalam menjalani kehidupan dengan tenang n aman.

Buku ini lebih menekankan konsep memahami cinta selepas kahwin. Ia amat penting kerana selau terjadi, pasangan tidak memahami antara satu sama lain dan akhirnya bergaduh, kemudian bercerai. Cinta terhakis kerana masing2 tidak lagi mementing perasaan pasangan mereka. Ini adalah kerana, biasanya lelaki, mereka dah dapat seseorang tu, jadi tidak lagi perlu menjaga hati. Orang selalu kata, masa zaman bercinta, kalau awek sepak batu, maki hamun si pakwe kat batu tu. Lepas jer kahwin, confirm la isteri pulak y dituduh buta la, cuai la sampai tersepak batu kat jalan. Jadi, buku ni menerangkan konsep memahami bahasa cinta pasangan masing2 agar hidup penuh dengan harmoni, dalam suasana cinta y tak pernah pudar.

5 Bahasa Cinta itu adalah, 1)Words of Affirmation, 2) Quality Time, 3) Receiving Gifts, 4) Acts of Service dan 5) Physical Touch. Jadi, ia menerangkan bagaimana kita melihat bahasa cinta pasangan kita. Sebagai contoh, quality time @ masa y berkualiti, ada sesetengah pasangan, amat mementing masa untuk bersama. Kalau sehari, mesti dia nak masa y berkualiti dengan pasangannya. Jadi, pasangan y satu lagi perlu faham y memberi rtespon y baik kepada bahasa cinta itu. Begitu juga dengan Acts of Service. Ada pula y suka apabila suami menolong di dapur, menolong mengemas rumah. Jadi, apa suami faham bahasa cinta isterinya itu, ia akan selalu please isterinya begitu akan keharmonian rumahtangga terjamin.

Kesimpulannya, buku ini mengupas persoalan y selama ini timbul akibat pudarnya kasih sayang dalam rumahtangga. Ia juga menyediakan exercise kepada pembaca supaya mereka mengenali bahasa cinta masing2 y boleh dikongsi bersama pasangan agar cinta terus membara walaupun sudah 20 30 tahun berkahwin. Kelaurga y hidup dala kasih sayang akan menyediakan satu persekitaran y amat sihat untuk generasi mereka dan akan diteruskan dalam masyarakat. Ini akan menyediakan masyarakat y hidup penuh aman n tenteram. Mungkin tidak ada lagi peperangan dalam dunia ini andaikata cinta mampu menjadi begitu berkuasa.