Rasanya, semua orang dah tau y Jam dapat Anugerah Pelajaran Emas DiRaja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia di atas kecemerlangan dia dalam pelbagai bidang terutamanya akademik di Universiti Sains Malaysia.
Pada Selasa y lepas, 18 November 2009, bertempat di Istana Arau, Jam telah dianugerahkan dengan anugerah tersebut oleh DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra, merangkap Canselor Universiti Sains Malaysia. Majlis y berlangsung dalam keadaan penuh adat istiadat itu turut disertai oleh seorang lagi penerima Anuegerah Pelajaran DiRaja iaitu Jasy Liew Suet Yan dan Penerima Anugerah Kencana Canselor, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol David. Walaubagaimanapun, Nicol tidak dapat bersama-sama dalam majlis itu kerana mempunyai komitmen lain. Teks biodata Jam telah dibaca oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sofiman y mewakili Dekan ke majlis itu.
Secara ringkasnya, kecemerlangan Jam dapat dinilai apabila dia mendapat Sijil Dekan setiap semester sehingga graduate. Kecemerlangan akademiknya turut diiktiraf pihak POSCO TJ Park Foundation y menganugerahkannya anugerah 'POSCO Asia Fellowship 2006'. Jam juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Dia menjadi ahli bagi pertubuhan 'Golden Key International Honour Society' dan aktif sebagai tutor dalam program khas 'Children's Protection Society Tutoring Programme 2006/2007'.
Jam juga berbakat dalam bidang seni. Mempunyai bakat melukis, dia telah melukis beberapa poster untuk Persatuan Alam Sekitar. Dia juga pernah menjuarai Pertandingan Bintang Klasik. Suaranya y lemak merdu sentiasa dicemburui oleh rakan-rakan apabila berkaraoke bersama-sama. Dia juga sangat komitmen kepada pelajaran. Buktinya sekarang, dia y bertugas sebagai Research Assisstant di Pusat Pengajian Biologi USM sangat bersungguh-sungguh sehingga berjaya menyiapkan beberapa projek saintifik walaupun baru 6 bulan memegang jawatan.
Hakikatnya, pelajar sebeginilah y wajar dicontohi. Jam sekarang dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mengikut perancangan, dia mungkin akan terus melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.
Tahniah Jam. Memandangkan ko ni roomate aku, aku akan sedaya upaya mencontohi ko!
p/s : Blog ni aku tulis half-formal demi menghargai Jam. x best kalau x formal.

No comments:
Post a Comment