Sehari dua ini, ada dibincangkan di dada akhbar tentang keperluan untuk melaksanakan semula hukuman rotan dikalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Sebenarnya, perkara ini telah lama dipolemikkan. Namun, setahun dua ini, ia seperti menghilangkan diri. Setelah lama tidak dipedulikan, maka timbul semula cadangan sebegini yang saya rasakan amat baik untuk dilaksanakan memandang sistem pendidikan negara negara ini yang bertunjangkan pembentukan modal insan dikalangan generasi pewaris negara ini.
Dahulu, rotan merupakan mekanisme yang bukan ditetapkan oleh sesiapa untuk digunakan di dalam pendidikan kanak-kanak. Ia merupakan inisiatif sendiri para guru dan sikap sebenar mereka yang menganggap perlu untuk mendisiplinkan pelajar pada masa itu. Begitu juga dengan sekarang. Para guru amat berdedikasi ketika menjalankan tanggungjawab mereka. Namun, sedikit masalah y timbul ketika hukuman rotan mahu diaplikasikan yang menyebabkan polemik ini menjadi perbahasan. Tidak seperti dahulu, rotan merupakan satu objek yang perlu ada pada setiap guru, terutamanya guru yang menjaga hal ehwal disiplin.
Sikap pelajar pada zaman ini, lain macam benar dengan sikap pelajar pada masa dahulu. Pelajar dahulu, amatlah menghormati guru mereka. Pelajar pada masa kini (bukan semua) merasakan guru bukanlah ibu bapa mereka yang perlu mereka turuti 100%. Mereka ada hak yang tidak boleh disentuh. Terutamanya sekiranya hukuman rotan mahu dijalankan, terutama sekali kepada pelajar-pelajar nakal.
Begitu juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu sayangkan anak-anak mereka, sehinggakan akan berlaku konfrontasi dengan guru sekiranya anak mereka dipukul atau didenda oleh guru. Tidak tahulah apa sebenarnya yang difikirkan oleh ibu bapa sebegini. Tidakkah mereka menyelami tekanan yang dihadapi oleh para guru. Mendidik 30 orang anak di dalam satu kelas bukanlah semudah mendidik 10 orang anak dirumah. 30 pe'el atau perangai yang perlu dihadapi oleh guru-guru ini. Maka, sekiranya terdapat isu guru memukul atau merotan pelajar nakal, maka selidik dahulu. Ini tidak, apabila ada kes begini, mereka terus mengambil tindakan polis, hanya berdasarkan cerita anak-anak mereka yang saya pasti banyak yang sebenarnya direka-reka. Sudah menjadi tabiat kanak-kanak, mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka walaupun mereka sebenarnya yang nakal. Seawal usia 3 tahun, mereka sudah mahir menafikan perkara salah yang mereka lakukan (lihat di Wikipedia tentang kognitif kanak-kanak).
Seingat saya, semasa di sekolah dahulu, sekiranya saya di sekolah nakal dan dirotan oleh guru, saya tidak berani untuk menceritakan kepada ibu bapa saya kerana sekiranya saya mengadu, pasti saya akan mendapat 'bonus' iaitu rotan cap naga ditengah belakang saya. Ibu bapa sekarang ini (bukan semua) menyayangi anak dengan membabi buta. Asal anak kena pukul, kena rotan, mereka terus mengadu kepada ibu bapa, dan ibu bapa tanpa usul periksa, akan menuduh guru bersalah memukul anak mereka. Kalau begitu, lebih baik tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Ajar sahaja anak dengan tangan sendiri.
Cadangan penggunaan semula rotan untuk mendisiplin kanak-kanak amat perlu, terutama pada zaman seperti sekarang. Dengan era globalisasi, yang menyaksikan liberalisma semakin menebal, dengan gejala sosial yang semakin serius dikalangan remaja, maka, langkah ini dikira amat tepat. Lihat sahaja, pertambahan jumlah remaja yang merokok, saban tahun terus meningkat. Bagaimana pula dengan kejadian buli dan samseng disekolah. Semua ini perlu perhatian serius daripada semua pihak. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk mendidik. Ibu bapa dahulu selalu menyerahkan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada guru apabila anak-anak mereka di sekolah. Ingat lagi pesan bapa saya kepada cikgu saya semasa mengantar saya ke sekolah, pukullah anak saya sekiranya anak saya nakal tetapi jangan sampai patah kaki tangan sudah. Semua pihak perlu bersikap realistik demi menjamin pewaris negara kita ini menjadi model insan yang berguna.

No comments:
Post a Comment