Jan 5, 2010

'Allah, Tuhan Maha Esa!'

Menghiasi dada2 akhbar n media masa dalam minggu ini, pastilah berita y menghancurkan hati umat Islam di seluruh tanah air kita ini. Keputusan mahkamah tinggi membenarkan penggunaan perkataan ALLAH sebagai kata ganti nama untuk tuhan di dalam majalah mereka, Herald The Catholic Weekly telah melukakan hati n menimbulkan rasa kurang senang di antara hubungan sesama kaum.

Sebenarnya, kita telah mendengar pelbagai pendapat daripada tokoh2 tentang pendirian mereka berkenaan isu y amat sensitif ini. Kadang2, pendapat2 mereka ini menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Mungkin tidak semua y mampu faham hal2 hukum y diterangkan oleh mereka. Tetapi, apa y jelas, umat Islam telah kembali bersatu berganding bahu di dalam menghadapi suasana y amat mengancam akidah umat ini.

Tujuan n matlamat Gereja Katolik untuk menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan amatlah diragui. Memang benar, Allah Tuhan sekelian alam. Itu secara rububiyah. Namun, dari segi akidah, Allah Tuhan y Maha Esa, tuhan kepada manusia y beriman kepadanya, tidak menyekutukannya serta mengakui kekuasaannya. Tidak beranak n tidak diperanakkan. Jadi, tujuan Gereja Katolik untuk menggunakan istilah Allah untuk ganti nama tuhan di dalam terbitan mereka ditakuti akan menjadi senjata y paling kuat untuk menjahanamkan akidah umat Islam. Akidah Islamiah langsung tidak sama dengan triniti fahaman seluruh umat Kristian. Agama y hanya berlandaskan kepada magis n imaginasi tidak harus disandarkan kepada agama Islam y suci n berteraskan fakta. Tidak lain dan tidak bukan, tujuan mereka hanyalah satu, untuk melaksanakan tugas penyebaran agama mereka kepada umat Islam di Malaysia ini. Walaupun orang Islam di sini sering bertelagah tentang fahaman politik mereka, namun dalam hal pengamalan agama, mereka akan bersatu. Itulah y amat ditakuti oleh oleh orang Kristian terutamanya y telah lama bermastautin di negara ini. Akidah triniti perlu diselinap secara halus kedalam kehidupan umat Islam.

Sebenarnya, secara tidak kita sedari, kita menerima mereka ke dalam kehidupan mereka. Ada aku pernah mendengar remaja Islam menyebut 'Geez' kononnya untuk menunjukkan cara percakapan mereka begitu moden namun mereka tidak sedar bahawa perkataan itu merujuk kepada Jesus. Mungkin itu hanya perkara remeh, namun itulah bukti n contoh mereka telah bertapak di dalam minda kita melalui proses liberalisasi. Tidak ada kesesatan akidah pun jika kita menyebut Jesus, namun akidah perlu dipertingkatkan agar kita tidak terus tersesat dan jiwa kita sentiasa ingin mempertahankan agama Islam.

Kita mesti berwaspada dengan mereka. X kiralah apa pun pendapat, kita mesti berpegang kepada satu pegangan, iaitu 'Katalah (Wahai Muhammad) ALLAH itu satu. Allah tempat meminta sesuatu. Tidak beranak n tidak diperanakkan. Tidak ada sesuatu y setara denganNYA' (1 -4 Surah Al-Ikhlas).

Jan 4, 2010

'Selamat Tahun Baru 2010'


Memang, aku selalu terlewat mengemaskini blog ini. Masalah kesuntukan masa menyebabkan blog ini seperti tidak bertuan. Aku sebenarnya pulang ke kampung halaman isteri di Kamunting dan baru sahaja tiba di rumah di Penang pukul 11.30 malam tadi.

Walaupun hari ini dah masuk 4 Januari 2010, aku harap aku masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga tahun ini akan menambahkan ceria di hati kita semua, dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dibuka pintu rahmat dan dihiasi hidup y berkat. Kata orang, biarlah kita papa harta, tetapi tenang jiwa. Namun, kita berdoa agar kita kaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Aku rasa, tidak perlu mencipta azam setiap kali datangnya tahun baru. Ia cuma skeptikal dan sudah basi pada zaman y serba moden ini.Azam perlu ditaburkan dan ditunaikan setiap hari. Seperti biasa, aku tidak langsung berazam pada setiap tahun baru. Azamku wujud setiap hari. Ada y mampu ditunaikan, ada pula y masih terhutang kepada diri sendiri.

Kepada semua, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Maaf dipinta andai sepanjang 2009, aku telah melakukan kesilapan n kesalahan pada kalian secara sengaja ataupun tidak.