Dec 13, 2008

'Nazca Lines'

Sebenarnya smlam aku tgok National Geografic kat umah. Ada citer pasal 'Is It Real?'. Macam2 la teori y ada tntg wujudnya ET n UFO ni. Ada saintis y percaya n ada plak y kata benda tu karut. Ok, dalam rncngan ni, mereka cuba discover adakah ET or alien ni wujud n telah membantu masyarakat purba untuk membina monumen2 y hebat2 y masih kekal smpai hari ni. Satu benda y menarik, ialah tentang kewujudan bateri y menjadi sumber elektrik beribu2 tahun dulu. Padahal semua orang tau y elektrik ditemui hanya sekitar seratus tahun y lepas. Bateri itu djumpai di Iraq n dinamakan ' Bateri Baghdad'. Sapa2 nak tau lebih lanjut,boleh la surf sendiri kat internet.

Ok, refer balik kat title entry kali ni ialah Nazca Lines. Nazca lines ni adalah geoglyph (lukisan kat tanah) y boleh ditemui kat Peru kat satu tempat iaitu Gurun Nazca. Apalah y menariknya tntg lukisan kat tanah ni. Y menariknya ia sngatlah besar. Y paling besar ialah spanjang 200 meter. Ada lebih kurang seratus lukisan ni kat situ. Teorinya ialah, lukisan itu dilukis oleh Alien, cam y diorang jumpa Crop Circles kat ladang gandum tu. Sebabnya, cmna la manusia purba mampu lukis kat tanah tu dengan bermacam2 bentuk tanpa perlu lihat hasilnya dari udara. Dari udara, barulah nampak karakter y diorang lukiskan tu. Dari bawah, nampak cam biasa jer. So, cmne diorang buat. Diorang bukannya ada kapal terbang or heli y boleh pantau projek lukisan diorang tu. Cmne diorang ukur, buat rekabentuk n mcam2 lg sbab lukisan tu sngat besar. Mustahil klu pakai acuan.

So, aku rasa la kan, klu x alien y buat, manusia purba tu mesti lebih advanced dari kita. Cuma kita jer y underestimate diorang ni. Jngn2 dulu dah ada keta terbang dah, cuma dah pupus jer. Oklah, untuk maklumat lanjut, korang boleh surf website kat bawah ni. Check it out~~

http://en.wikipedia.org/wiki/Nazca_lines

http://www.viewzone.com/nazcatheories.html

p/s : Aku percaya Alien tu ada sebab dalam Quran ada sebut.














'Siaran Iklan Nokia'


Introduction / Preview : Nokia 5610 XpressMusic

Nokia 5610 XpressMusic - Edgy design, sharp sound

The Nokia 5610 XpressMusic comes ready to rock with an iconic Music Slider key making music easy to access with a flick of the thumb. Aluminum side panels accent the all-black high gloss finish and large 2.2-inch, 16 million color display of the Nokia 5610 XpressMusic. The Nokia 5610 XpressMusic offers crystal clear sound and up to 22 hours of music playback and memory with capacity for 3,000 songs on an optional 4GB microSD card. More than just a phone and music player, the Nokia 5610 XpressMusic features a high-quality 3.2 megapixel camera with autofocus and dual LED flash.

The Nokia 5610 XpressMusic uses 3G technology, making downloads, web-browsing and video calls faster and easier. The Nokia 5610 XpressMusic is expected to begin shipping in the fourth quarter of 2007 with an estimated retail price of EUR 300 before taxes and subsidies. Both Nokia XpressMusic handsets are compatible with the recently launched Nokia Music Store, offering consumers a wide music selection to be downloaded via PC.


p/s : Ada sorang member baru beli handset ni. So, aku ambik kesempatan nak ucapkan tahniah kerana berjaya memiliki handset baru setelah 48 kali survey kat kedai telepon seluruh Malaysia. Syabas! Canggih beb, handphone dia!

Dec 11, 2008

'Aku Darah Anak Malaysia'


Sebenarnya, agak keterlaluan bila mengatakan aku anak Malaysia tanpa ada ciri2 spesifik sebagai anak Malaysia y begitu cintakan negara. Title di atas, cam tajuk satu novel Ramlee Awang Murshid (Kerol should know this novel). Recently, aku rasa, terlalu lah ekstrem dalam rasa kecintaan kepada negara. Rasa cam nak halau jer semua pendatang y ada kat Malaysia ni. Tapi, u see, tanpa mereka ni semua, kat KL sana nu, tinggal Kg Baru jer la y paling moden. Bukan orang Melayu x mampu nak memodenkan negara, tetapi agak perlahan sikit. la Kira, Wawasan 2020 akan jadi Wawasan 2200 la.

Dahulu, seluruh dunia kenal dan tahu di mana letaknya Melaka. Sekarang ni, jangan kata Melaka, ramai y tahu tentang apa ada di Malaysia. Melayu dah jadi me'layu'. Kononnya, nak mempertahankan negara ni tapi nampak ramai y sedang menjualnya.

Aku memang rasa sakit hati bila aku lihat, contohnya, bila ada orang kita y warnakan rambut sebijik macam orang putih. Apa orang putih buat semua nak ikut. Sampaikan orang putih pakai baju sejuk, ramai orang kita pakai baju sejuk walaupun kat luar sana tu panas cam nak gila. Alasan dia, ni fesyen terkini. Fesyen pun ikut logik la. Ni sampai kalau pakai jacket bulu masa tengahari buta, x cam orang gila ka nama dia tu. Y peliknya, y camtu semua nak ikut. Tapi bila orang putih jadi saintis, cipta itu, cipta ini, xder sapa pulak y nak ikut or tiru. Pelik betul la.

Satu ketika dulu aku pernah di gelar 'Ultra Malay' oleh sedara mara aku sebab selalu dok cakap berapi2 pasal ketuanan Melayu. Tapi aku belum sampai ke tahap tu lagi. Aku rasa la kan, satu hari nanti, Melayu pasti hilang di bumi Malaysia ni. Aku nak cadangkan la, sementara Melayu masih memegang tampuk Malaysia sekarang ni, better kuarkan duit beli tanah kat mana2. Kot2 la nanti ni kita di halau atau terpaksa merempat di negeri sendiri.

Tapi, apa2 pun, darah aku adalah darah anak Malaysia!

Dec 10, 2008

'Hari ni dah keja!'

Salam Korban! Eh, lain macam jer salam ni. Dah lama aku x tulih menda dalam blog ni. Al-maklum jer la, cuti panjang plak aku kali ni. Cuti raya ngan cuti sbab abang aku nak kawin. Aku? Bila nak kawin?! Well, itu bukan topik aku kali ni. Y tu, aku akan tulis lain kali, haha~~.

Raya korban kali ni mmg aku letih nak mampus. Rumah aku organize majlis korban. Actually, aku punya neighbourhood y anjurkan, tapi, sebab bapak aku pengerusi penduduk kampung tu, so, majlis tu buat kat rumah aku la. 3 ekor lembu tumbang. Majlis tu malam raya pertama. Kira malam kelmarin la. Siang tu, dalam pukul 2 camtu, lembu pun start nak di sembelih. Nak dijadikan cerita, sekor lembu terlepas. Gila betul! Dekat sejam aku, bapak aku, abang aku n beberapa orang kampung kejar. Naik semput aku. Lastly, kitorang dapat kepung lembu tu. Tapi dia nak lari jugak sampai terjatuh dalam longkang masa dia try nak lompat cross longkat dekat depat surau kampung aku tu. Pastu, jadi satu hal pulak nak tarik dia naik. Dah la tebing longkang tu konkrit, 90 darjah. Bayangkan camna nak naikkan dia. Pastu terpaksa la ramai2 tarik n angkat dia naik ke darat. Berat giler!! Lembu tu pun cam dah penat pas naik, terus x bangun2. Apalagi, kitorang sembelih kat situ jugak la. Dalam belukar pulak tu. Pacat banyak giler. akhirnya, semua selesai. Malam tu lepas masak ramai2, makan la. Member aku, Ryan n Amy dari Penang pun datang. Majlis habis dalam pukul 11 camtu. Lauk semua habis. Ramai giler tetamu, sampaika nasi habis x smpai sejam. Tapi aku dok leka sembang ngan member2 sekampung sampai dekat pukul 1. Letih giler, tapi seronok la. Tapi aku xda gambar dengan camera aku sebab sibuk giler, x smpat nak bergambar.

Kenduri memang la best, tapi lepas kenduri tu la y x paling x best. Semua blah awal. Aku terpaksa ponteng keje semalam sbab nak kena basuh periuk. Giler, aku sorang2 kena basuh 5 bijik periuk besar. Dah semua pakat2 nak pi keja. Konon la. Lepas ni, kalau ada kenduri lagi, petang kenduri aku nak chow dah, haha~~.

Hari ni aku masuk keja balik. Lega sikit. Banyak keja tertangguh ni. Tapi sempat plak aku masuk entry ni. Keja keja keja! Selagi blom tutup mata!

p/s : Malam ni kena hantar Jam pi sg. nibong plak! Dia nak p Phuket. So, memang sah ko kena belikan aku souvenir Jam!