Jan 22, 2011

'Serangan Anjing'

Pada 9 Januari 2011 yang lepas, sebilangan dari rakyat Malaysia dikejutkan oleh berita tentang serangan anjing terhadap seorang warga Ireland (Irish), Sullivan Maurice, dari Water Port Parie, Ireland di sebuah kebun buah-buahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang (baca sini). Mangsa dipercayai diserang oleh anjing jenis Mongrel yang merupakan anjing daripada kacukan beberapa baka anjing dan disifatkan sebagai anjing yang sihat serta tidak ganas (rujuk sini). Namun, yang terjadi adalah sebaliknya kerana anjing itu telah membunuh seorang pelancong serta keadaan mayat yang begitu ngeri seolah2 mangsa telah terbunuh akibat serangan tanpa belas kasihan.

Mangsa dipercayai mengenali anjing itu sehari sebelum itu. Menurut pemilik anjing tersebut, sehari sebelum kejadian, mangsa sempat bermain2 serta memberi makan kepada 2 ekor anjing tersebut. Pada hari kejadian, anjing tersebut dibiarkan tidak terikat. Mangsa yang sedang berjalan2 di kebun durian tersebut untuk merakam gambar, telah diserang oleh anjing itu. Pada masa kejadian, teman wanita mangsa ada bersama namun beliau tidak mampu melakukan apa2 kerana anjing itu yang terlalu ganas menyerang mangsa serta tidak boleh didekati.

Melalui sumber2 yang dipercayai, saya telah melihat gambar2 mayat mangsa. Keadaan mayat Maurice yang begitu teruk menggambarkan betapa beliau terseksa sebelum kematiannya. Bahagian muka serta telinga sebelah kirinya terkoyak, dengan luka besar seperti di bahanm jerung. Bahagian bawah dagunya terbelah. Di lehernya, terdapat beberapa lubang dipercayai bekas gigitan taring anjing tersebut. Tangan kanannya dari bahagian siku ke pergelangan tangan hancur isinya sehingga menampakkan tulang. Begitu juga dengan bahagian pinggang serta pahanya. Daging di bahagian tersebut seperti disiat serta dibahagian tangan kiri, terdapat banyak luka akibat cakaran haiwan tersebut.

Saya juga difahamkan bahawa anjing itu merupakan baka yang ganas yang digunakan untuk judi anjing (laga anjing). Kandang yang digunakan untuk mengurung anjing itu ditinggikan dindingnya. Ini adalah untuk mengelakkan anjing itu daripada melompat keluar. Persoalannya, mengapa anjing yang sebegitu ganas sehingga memerlukan kandang khas yang tinggi dindingnya dibenarkan untuk dipelihara. Adakah pemilik anjing tersebut mempunyai lesen untuk memelihara anjing daripada Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP)? Adakah pihak MPPP melihat dahulu anjing yang dipohon lesennya untuk dipelihara samada ia daripada baka yang jinak atau pun ganas.

Saya, secara peribadi dari dahulu sehingga kini tidak menyukai anjing terutamanya anjing gelandangan atau anjing terbiar. Saya selalu terfikir, mengapa terdapat sebilangan pemilik anjing yang memelihara anjing yang besar serta garang hanya semata-mata untuk menjaga rumah. Melalui pemerhatian saya, anjing yang kecil pun sudah memadai untuk dipelihara sebagai penjaga rumah kerana bunyi salakannya yang begitu kuat. Apabila jadi perkara sebegini, bagi saya, anjing itu tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mereka tidak mempunyai akal. Mereka menyerang kerana sifat mereka yang sememangnya ganas. Sepatutnya, pemilik anjing di kebun Teluk Bahang itu perlu di dakwa kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Saya masih hairan, kenapa keluarga mangsa tidak mengambil tindakan terhadap pemilik anjing tersebut.

Kejadian yang berlaku sepatutnya membuka mata pihak berkuasa tempatan (PBT) agar lebih serius serta memperketatkan undang2 pemilikan anjing di Malaysia. Anjing yang dibenarkan dipelihara adalah jenis yang kecil serta jinak serta sentiasa diikat dan dikurung di premis2 yang diberi lesen anjing. Anjing2 liar pula perlu sentiasa dipantau. Di Pulau Pinang sahaja, anjing2 liar ini begitu banyak berkeliaran sehingga menakutkan pejalan2 kaki. Pemerhatiannya mudah jika kita mahu menuduh PBT ini tidak melakukan kerja. Jika kita melihat anjing A berkeliaran pada hari ini di satu kawasan, sekiranya lepas sebulan apabila kita melalui kawasan tersebut serta melihat anjing yang sama, maka memang betul, PBT tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Tambahan pula, sudah menjadi sikap buruk orang kita yang sentiasa menunggu sesuatu kemalangan berlaku, baru akan ada tindakan yang diambil untuk membetulkan masalah yang berpunca daripada sikap tidak bertanggunggjawab pihak2 berkuasa.

Seperti kes anjing liar di USM beberapa tahun lalu. Apabila ditanya, kenapa tiada tindakan diambil untuk menangkap anjing liar itu. Jawapan yang diberikan menggambarkan tahap pemikiran serta sikap pihak2 berkenaan yang tidak bertanggungjawab. Alasan mereka, apabila mereka datang pada waktu siang (waktu bekerja), tidak nampak kelibat anjing yang berkeliaran kerana anjing2 itui aktif di waktu malam. Mereka tidak dapat menangkap anjing2 itu pada waktu malam kerana waktu kerja mereka sudah habis pada pukul 5. Lihatlah sendiri, sikap2 sebegini kadang2 tidak boleh dimaafkan sekiranya ada kes orang diserang anjing. Kemudian, apabila kemalangan sedemikian terjadi, pelbagai alasan yang diberikan untuk menutup kelemahan serta sikap tidak bertanggungjawab mereka.

Saya harap, kepada sesiapa yang mempunyai jiran yang memelihara anjing yang besar serta garang, laporkanlah kepada balai polis yang berhampiran supaya ia direkodkan. Apabila terjadi apa2, senang untuk diambil tindakan. Kepada pemilik anjing, tidak perlulah memelihara anjing2 yang ganas. Hormatilah jiran. Jika anda tidak suka untuk mendengar bunyi bising azan pada waktu pagi, begitu juga jiran2 anda tidak suka mendengar anjing anda menyalak pada waktu malam.

Jan 17, 2011

'Bila Azan Dipertikaikan'

Menjadi satu kesalahan serius apabila kita menghina sesuatu agama di muka bumi ini. Tidak ada mana2 agama di muka bumi ini yang mendakwa bahawa agama yang mereka anuti merupakan satu jalan dan arah yang salah. Tidak kira penganut Islam, Kristian, Judaism, Buddha n sebagainya termasuk y tidak mempunyai agama yang mendakwa fahaman mereka merupakan fahaman y tidak benar. Ini yang cuba kita faham mengapa masih wujud sebahagian manusia diluar sana yang masih tidak menghormati agama anutan orang lain.

Ia berlaku bukan di luar negara, di negara2 bukan Islam. Ia berlaku dinegara yang diisytiharkan sebagai negara Islam orang pemimpinnya (dan saya menyokong pengisytiharan ini). Memang benar, Islam ditegakkan di bumi Malaysia ini, namun tidak secara agresif serta extremis, namun secara sederhana agar kefahaman tentang agama y mulia ini dapat sampai kepada rakyat Malaysia y bukan beragama Islam. Namun, apa y menyedihkan, setelah lebih 50 tahun perlembagaan digubal, dengan menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, masih ada y BODOH y mendakwa beliau tidak tahu tentang agama ini.

Saya mendengar tentang berita seorang peguam menghantar memorandum kepada kerajaan tentang suara azan dari masjid yang berhampiran rumahnya di Lembah Pantai. Si bodoh ini mendakwa bahawa azan itu mengganggu ketenteramannya. Tadi, di Buletin Utama dilaporkan bahawa si bodoh y juga seorang peguam itu memohon maaf secara terbuka terhadap seluruh umat Islam y tersinggung akibatg tindakannya. Beliau juga turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa ini akan menyinggung perasaan umat Islam di Lembah Pantai n Malaysia.

Persoalannya, sudah berapa lama si bodoh itu menjadi rakyat Malaysia? Adakah beliau tidak tahu bahawa Islam agama rasmi serta sebagai seorang peguam, beliau sepatutnya tahu untuk menghormati perlembagaan negara. Beliau juga perlu sedar tidak ada sesiapa pun boleh mempertikaikan hak umat Islam yang menjadi tuan di negara ini. Ini adalah satu contoh menunjukkan bahawa terdapat segelintir masyarakat pendatang y menjadi rakyat negara ini selepas kemerdekaan negara, mula bersikap seperti kaduk naik junjung serta diberi betis nakkan paha. Bangsa yang tidak tahu berterima kasih ini tidak habis2 mencipta provokasi untuk memporak-perandakan negara. Bermula dengan tragedi 13 Mei 1969 sehingga ke hari ini, saya yakin masih wujud gerakan aktif untuk mereka menjadi tuan dinegara ini. Berapa ramai daripada bangsa ini y sudah lebih 50 tahun merdeka masih tidak tahu berbahasa Malaysia. Hal ini sering terjadi apabila mereka ini mahu berurusan di agensi2 kerajaan. Masih tidak boleh berkomunikasi dengan bahasa kebangsaan (baca sini). Adakah ini yang dinamakan rakyat Malaysia?!

Sepatutnya, orang y membuat onar sebegini patut ditahan di bawah ISA. Namun, apa boleh buat, ISA sekarang diterajui oleh menteri yang tidak berkelayakan, lembut lembai serta pengecut. Sepatutnya, untuk menjadi menteri y bertanggungjawab untuk menjadi keselamatan dalam negara, seorang itu perlu menjadi tegas serta mempunyai perwatakan garang y menyebabkan setiap orang takut n hormat kepadanya. Ini tidak, cuma memberi amaran saja dari dulu, kini n sampai bila2 selagi beliau masih menjadi menteri.

Ini bukan hal kecil serta terpencil. Ini merupakan masalah serius. Tidak boleh habis dengan setakat memohon maaf. Nanti akan ada lagi si bangsat n bodoh y tampil melakukan tindakan provokasi y sama, kemudian meminta maaf. Dah orang Islam pula berpeluk tubuh dan membiarkan agama mereka dihina. Memang, agama Islam menggalakkan kita saling maaf memaafkan, namun tidaklah sampai kesucian agama pun turut dicemarkan. Saya tidak menyuruh atau membuat provokasi untuk umat Islam bertindak balas. Namun, saya hanya meminta agar kerajaan y ditunjangi oleh orang Islam agar bertindak tegas serta pantas apabila isu seumpama ini timbul. Jangan asyik nak siasat sahaja n mengambil masa terlalu lama sehinggakan isu itu menjadi dingin. Uruskan semasa ia masih panas agar menjadi pengajaran kepada mereka y cuba untuk menggugat ketenteram masyarakt berbilang kaum di bumi y kita cintai ini. Kalau nak menang di PRU nanti, kerajaan perlu berterusan mengambil hati umat Islam agar mereka merasakan kerajaan ini serius untuk mempertahankan perlembagaan n menjamin kesucian Islam akan terus terpelihara.

Kepada sesiapa y masih cuba untuk menghina Islam, dengar sini, saya akan sanggup mati demi mempertahankan Islam!!