Nov 11, 2009

'Wahabbi'

Beberapa minggu lepas, sekali lagi pihak berkuasa Islam di negara ini telah melakukan satu perkara y pada hemat saya agak keterlaluan n menjatuhkan imej agama Islam di Malaysia. Umum mengetahui tentang isu penangkapan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas mufti bagi negeri Perlis atas alasan beliau memberi kuliah agama tanpa tauliah di negeri Selangor.

Dr. Asri merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas itu, beliau dipinjamkan ke negeri Perlis sebagai mufti, negeri y terkenal kerana di dakwa mengamalkan fahaman Wahabbi. Apa sebenarnya Wahabbi? Secara ringkas, Wahabbi adalah satu fahaman y hanya mengamalkan Islam secara terus daripada nas-nas Al-Quran n hadith Rasulullah SAW secara literal. Pengamal Wahabbi enggan untuk menerima tafsiran agama y lebih moden kerana berpendapat tafsiran itu lebih cenderung kebaratan atau 'western influence'. Jadi, kelompok ini digelar 'traditionalist' atau golongan muda y menafsirkan Islam berpandukan Al-Quran n al-Hadith.

Saya tidak merasakan bahawa fahaman ini akan mewujudkan amalan agama y songsang selagi mana ia berpegang kepada 'Tidak ada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad SAW pesuruh Allah'. Lagipun, sepanjang saya membaca tulisan Dr. Mohd Asri, mengikuti kuliahnya di dalam tv n internet, saya dapati, beliau cuba untuk menyingkirkan khurafat n amalan agama y salah di dalam masyarakat kita. Pengaruh golongan lama y berkepentingan telah menjadikan Islam bercampur baur dengan budaya masyarakat setempat. Sebagai contoh, amalan mengupah haji untuk orang y telah meninggal dunia. Saya tidak pasti adakah ini amalan agama Islam atau hanya untuk mencari keuntungan di atas nama agama Islam y mulia ini. Hadith y terkenal ada menjelaskan bahawa “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” (Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari). Jadi, adakah dengan mengupah haji, maka dikira orang y telah meninggalkan dunia itu telah menunaikan haji.

Sebenarnya, dengan kemunculan Dr. Asri, ramai dikalangan ahli2 agama y menggunakan agama untuk kepentingan peribadi merasakan y periuk nasi mereka akan tertutup sekiranya dibiarkan Dr. Asri ini. Menyebarkan ceramah dengan meminta bayaran menjadi amalan tok-tok guru y hanya bijak bercakap, namun tidak melaksanakan apa y disuruh. Mengapa baru hari ini hal tauliah mahu ditimbulkan. Bagaimana sekian banyak penceramah2 y bebas berceramah samada dipentas politik atau pentas ilmu Islam dibiarkan walaupun tanpa tauliah. Penyebar ajaran palsu, 'Rasul Melayu' Abdul Kahar dibiarkan sehingga bertapak kukuh dengan pengikut y ramai baru diambil tindakan. Nampaknya, penangkapan Dr. Asri ini mempunyai unsur2 penganiayaan kerana ketulusan beliau untuk menukarkan pemikiran kita kepada y lebih segar n kembali kepada asas Islam y sebenar.

Nampak, Majlis Agama Islam n Pejabat2 Zakat merasa y periuk nasi mereka akan terancam sekiranya dibiarkan Dr. Asri ini. Sepatutnya, perkara2 sebegini tidak seharusnya berlaku. Ia hanya akan mengundang Islam kepada perpecahan. Selesaikan dengan cara baik. Tertegaknya Islam apabila ada unsur2 syura' y sering diamalkan oleh Nabi Muhammah SAW untuk mengukuhkan agama Isla ini. Kita sebenarnya y suka melabelkan orang itu n ini sebagai Wahabbi, Syafie n sebagainya, namun umat Islam adalah satu. 'Orang y paling mulia di sisi Allah adalah orang y bertakwa. Majlis2 agama Islam negeri2 seharusnya bermuhasabah untuk memperbaiki segala kekurangan di dalam pentadbirannya. Telah banyak dilaporkan y mereka ini tidak tahu membuat kerja!