Jun 25, 2009

'Aku, Dia dan Basikal'

Actually, tajuk atas tu just nak bagi gimik jer, haha. Tapi memang betul pun, entry kali ni aku nak tulis pasal basikal aku y baru dibeli. Sebenarnya dah lama dah rasa nak beli basikal, tetapi ada jer y menghalangnya. Jadi, minggu lepas, berjaya juga aku beli. Basikal Mountain Bike, ok la. Aku beli complete set, siap termasuk absorber depan n belakang. Y bestnya tu, kedai tempat aku beli tu, milik anak Prof Yap, lecturer Bio dulu y merupakan legend dalam school bio ni.

'Black n Red'

Sebenarnya, ini bukanlah basikal pertama aku. Dulu time sekolah ada la 2 biji basikal. Satu hilang, satu lagi masih ada kat rumah. Tetapi cam rosak dah. Kalau repair boleh la, tapi kos repair tu mungkin boleh beli sebijik y baru. Basikal tu banyak kenangan, masa sekolah dulu. Aku naik basikal ke sekolah sampai form 5. Pernah beberapa kali eksiden. Ada sekali tu, tayar basikal jadi no 8 pas kena langgar ngan kereta. Pergh, nasib baik aku x apa2. Setakat tu, memang nasib aku baik la, x pernah cedera teruk. Aku memang berniat satu hari nanti aku akan repair basikal tu, n simpan. Saja jer, jadi kenangan. Basikal tu warna hijau.

'Pemegang botol air dengan rekaan
sofisticated'

Basikal baru ni adalah basikal pertama aku beli dengan duit sendiri. Of course la, time sekolah dulu bapak aku y belikan. Kali terakhir aku naik basikal masa form 5 lah. Pas jer masuk matrik, g UK, masuk USM, basikal tu terbiar. X sangka harga basikal dah mahal sekarang ni. Y harga cam basikal aku y lama tu pun, basikal y Bangla dok naik g keja ja. Sekarang ni, kira hari2 la aku g n balik keja ngan basikal. Mencabar juga mengayuh basikal kat sini sebab jalan dia berbukit2. Kira hari pertama, mengah jugak la aku mengayuh basikal tu. Tapi ok la untuk exercise sebab hari pertama jer, memang rasa kaki ringan lepas berbasikal. Kira sapa2 y nak diet ni, x payah. Kayuh jer basikal, mesti turun punya berat badan.

'Helmet Yelow-Black bergaya dengan
rekabentuk aerodinamik'

Basikal aku y baru ni warna merah hitam. Rasa cam best plak berbasikal, siap dengan pakai helmet lagi. So far memang puas hati la. Since USM pun ada cadangan nak galakkan penggunaan basikal di dalam kampus, aku rasa baik idea tu diteruskan n dilaksanaan dengan lebih berkesan. Kebaikannya sangat banyak. Mulalah dengan para pegawai n staf universiti, kemudian dibudayakan kepada semua pelajar. Kampus pun x sesak sangat, kurang tercemar dengan asap kenderaan. Baru ada suasana kampus dalam taman. Dahulu, aku masih ingat, ada seorang lecturer aku, bertaraf Profesor, nominee untuk Nobel Prize, datang ke kuliah dengan basikal jer. Umur pun cam dah tua, tapi steady jer. Apa2 pun, kita cuba untuk menggalakkan kehidupan y lebih sihat n alam sekitar y selesa untuk kita n generasi akan datang.

'Absorber aloi untuk ketahanan
n aktiviti lasak'

p/s: Nanti kena beli sebijik lagi untuk Shifa...

Jun 22, 2009

'Antara Pilihan dan Potensi'

Susah untuk kita puaskan hati semua orang. Setiap orang memiliki keinginan y berbeza2. Secara lahiriah pun, manusia dibezakan dengan perwatakan n mimik muka y pelbagai. Ada orang y nampak lemah lembut tetapi amat tegas ketika mempertahankan prinsip y didokongnya.

Orang selalu bercakap tentang potensi. Adakah potensi itu sekadar berpaut pada kebolehan individu semata2. Jawapannya pasti tidak. Adakah juga bergantung kepada IQ n EQ seseorang itu. Jawapannya adalah, ia terlalu subjektif. Adakah potensi boleh diukur hanya melalui pemerhatian secara kasar, tanpa perlu merujuk kepada faktor2 kebijaksanaan samada dari segi akademik n pemikiran y waras.

Pengalaman membentuk potensi. Namun, tidak semua potensi terbentuk melalui pengalaman. Hatta, akademiklah y menjadi penjana kepada halaju pembentukan potensi. Jarang sekali orang mempertikaikan perkara tersebut.

Namun bagaimanakah sesuatu organisasi itu menilai kepada potensi itu. Sekiranya kepada pengalaman semata2, maka tidak perlulah wujud institusi y menawarkan pembinaan IQ y lebih tinggi, iaitu universiti, kerana ada juga y mendakwa, tidak semestinya akademik akan membentuk satu sistem y cemerlang pada masa akan datang. Semua orang arif bahawa universiti adalah satu tempat dimana pembentukan seseorang modal insan itu akan memenuhi sistem y akan diterajuinya pada masa akan datang.

Terjadi sesuatu peristiwa dihadapan y saya mengetahui tanpa melalui sesiapa, seorang mahasiswa y pernah gagal didalam satu semester semasa pengajian di universiti (CPGA <1.8), selepas tamat bergraduasi, telah diterima untuk berkhidmat di sebuah kementerian y menguruskan hal-ehwal pengajian tinggi. Tidak pasti apakah bentuk potensi y dinilai oleh para penilai. Adakah potensi bekas pelajar ini y semasa di menara gading y telah mengetuai banyak persatuan itu n ini, mendokong 'aspirasi' universiti y diberi perhatian oleh penilai. Atau penilai sebenarnya tidak wujud . Bagi saya, tidak salah sekiranya mahu menggunakan kabel, tetapi biarlah logik.

Begitu juga, pernah terjadi seorang pelajar y kerap ponteng kelas, tidak menghantar tugasan amali salah satu subjek y diambilnya di universiti, sehinggakan ahli kumpulannya mendapat markah y tercorot, diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tidak pasti samada kabel turut memainkan peranan, namun apa y penting, apakah potensi y dinilai sebenarnya. Dapat dipastikan juga bahawa pelajar ini mempunyai hubungan erat dengan sesetengah pihak atasan.

Sebenarnya, pembentukan modal insan bermula dari segi akademik n kebijaksanaan. Memang benar, sistem y akan ditunjangi oleh setiap orang di negara ini mahukan orang y sangat berpotensi termasuk dari segi pengalaman n kebolehan mentadbir. Tetapi dunia hari ini, kita tidak boleh menolak ke tepi faktor y mengikat kebolehan n kebijaksanaan. Negara maju tidak ada perkara2 sebegini. Jangan dibandingkan dengan 20 30 tahun y lalu. Zaman sekarang, akademiklah y menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa.

p/s: Sayangkan bangsa tidak bererti takut untuk menegur..