Oct 9, 2010

'USM Universiti Unggul'

Melihat kepada tajuk entri saya kali ini, mungkin ramai y menjangkakan bahawa saya adalah seseorang yang suka bercakap hari ini lain, esok lain (baca sini). Namun, sebagai seorang pelajar di USM, saya selalu memikirkan pelbagai cara untuk menaikkan taraf USM sebagai universiti penyelidikan terunggul di dunia. Walaupun, sumbangan ini amatlah kecil jika mahu dibandingkan dengan penyelidik2 lain y jauh lbih berpengalaman y telahpun mengharumkan nama USM di dalam dan di luar negara.

Saya sebenarnya baru sampai ke rumah selepas 4 hari berada di Prince Songkhla University, Thailand kerana menghadiri satu konferen berkaitan dengan sains & teknologi y menjadi tulang belakang kepada sesebuah institusi pengajian tinggi. Sains teknologi lah y banyak membantu untuk mempermudahkan cara manusia menjalani kehidupan seharian. The world is toward that point. Kita tidak ada jalan lain kecuali merelakan diri kita menuju kearah kecanggihan serta penemuan y menakjubkan hasil daripada akal y diberikan oleh Maha Pencipta kepada semua makhluk y bergelar manusia.

IMT-GT Uninet & Joint International PSU-UNS Conferences merupakan satu contoh perhimpunan para saintis serta penyelidik di rantau Asia Tenggara serta beberapa negara Eropah y memberi sumbangan y tidak kurang pentingnya kepada perkembangan ilmu serta pengetahuan pada masa ini. Walaupun apa y dibawa oleh saya ke sana cumalah satu penyelidikan y bertaraf 'kampung', namun saya percaya, bahawa itulah satu permulaan y baik di dalam memenuhi cita2 saya untuk menjadi seorang saintis serta ahli akademik y ulung di USM pada satu hari nanti.

Seramai 100 orang delegasi daripada Pusat Pengajian Sains Kajihayat telah menyertai konferen tersebut. Tidak kurang daripada 50 hasil penyelidikan telah dibawa untuk dikongsi bersama dengan cendiakawan y datang dari pelbagai latar belakang. Konferen dwi-tahunan ini berlangsung dengan lancar serta meninggalkan impaks y tidak kurang besarnya ke atas diri saya secara peribadi untuk lebih berusaha pada masa hadapan.

Graf Publication in International Journals USM

Di permulaan konferen tersebut, satu data telah dibentangkan oleh seorang 'guest speaker' iaitu Dr. Virasakdi Chongsuvivatwong dari Prince Songkhla University tentang prospek penyelidikan diantara Malaysiam Indonesia dan Thailand. Apa y membanggakan, USM merupakan universiti terunggul di kalangan universiti ahli IMT-GT Uninet. USM jauh meninggalkan pesaing2nya sebagai universiti y paling banyak menerbitkan kertas2 jurnal penyelidikan di peringkat antarabangsa. Jumlah y begitu signifikan sehingga menyebabkan USM menjadi hub untuk universiti2 lain di Asia Tenggara berminat untuk melakukan usahasama dengan penyelidik dari USM.

USM merupakan pusat untuk menjalinkan kerjasama akademik

Hal ini merupakan sesuatu y membanggakan. Ahli-ahli akademik dipandang tinggi serta kebolehan mereka dihargai. Sebenarnya, mereka2 inilah y menjadikan USM sebagai sebuah universiti unggul di rantau ini.

Harapan, supaya USM lebih unggul di dalam fokus utama wujudnya universiti 'Sains' di negara ini. Diharap juga supaya pihak pentadbiran USM akan melipat gandakan bantuan terutamanya dari segi kewangan serta dana agar pelbagai lagi bidang dapat diterokai.

p/s: I dont like word 'Lestari'. Tend to like 'Bistari' more...