Jan 30, 2010

'Hukuman Rotan'

Sehari dua ini, ada dibincangkan di dada akhbar tentang keperluan untuk melaksanakan semula hukuman rotan dikalangan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Sebenarnya, perkara ini telah lama dipolemikkan. Namun, setahun dua ini, ia seperti menghilangkan diri. Setelah lama tidak dipedulikan, maka timbul semula cadangan sebegini yang saya rasakan amat baik untuk dilaksanakan memandang sistem pendidikan negara negara ini yang bertunjangkan pembentukan modal insan dikalangan generasi pewaris negara ini.

Dahulu, rotan merupakan mekanisme yang bukan ditetapkan oleh sesiapa untuk digunakan di dalam pendidikan kanak-kanak. Ia merupakan inisiatif sendiri para guru dan sikap sebenar mereka yang menganggap perlu untuk mendisiplinkan pelajar pada masa itu. Begitu juga dengan sekarang. Para guru amat berdedikasi ketika menjalankan tanggungjawab mereka. Namun, sedikit masalah y timbul ketika hukuman rotan mahu diaplikasikan yang menyebabkan polemik ini menjadi perbahasan. Tidak seperti dahulu, rotan merupakan satu objek yang perlu ada pada setiap guru, terutamanya guru yang menjaga hal ehwal disiplin.

Sikap pelajar pada zaman ini, lain macam benar dengan sikap pelajar pada masa dahulu. Pelajar dahulu, amatlah menghormati guru mereka. Pelajar pada masa kini (bukan semua) merasakan guru bukanlah ibu bapa mereka yang perlu mereka turuti 100%. Mereka ada hak yang tidak boleh disentuh. Terutamanya sekiranya hukuman rotan mahu dijalankan, terutama sekali kepada pelajar-pelajar nakal.

Begitu juga dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu sayangkan anak-anak mereka, sehinggakan akan berlaku konfrontasi dengan guru sekiranya anak mereka dipukul atau didenda oleh guru. Tidak tahulah apa sebenarnya yang difikirkan oleh ibu bapa sebegini. Tidakkah mereka menyelami tekanan yang dihadapi oleh para guru. Mendidik 30 orang anak di dalam satu kelas bukanlah semudah mendidik 10 orang anak dirumah. 30 pe'el atau perangai yang perlu dihadapi oleh guru-guru ini. Maka, sekiranya terdapat isu guru memukul atau merotan pelajar nakal, maka selidik dahulu. Ini tidak, apabila ada kes begini, mereka terus mengambil tindakan polis, hanya berdasarkan cerita anak-anak mereka yang saya pasti banyak yang sebenarnya direka-reka. Sudah menjadi tabiat kanak-kanak, mereka tidak akan mengaku kesalahan mereka walaupun mereka sebenarnya yang nakal. Seawal usia 3 tahun, mereka sudah mahir menafikan perkara salah yang mereka lakukan (lihat di Wikipedia tentang kognitif kanak-kanak).

Seingat saya, semasa di sekolah dahulu, sekiranya saya di sekolah nakal dan dirotan oleh guru, saya tidak berani untuk menceritakan kepada ibu bapa saya kerana sekiranya saya mengadu, pasti saya akan mendapat 'bonus' iaitu rotan cap naga ditengah belakang saya. Ibu bapa sekarang ini (bukan semua) menyayangi anak dengan membabi buta. Asal anak kena pukul, kena rotan, mereka terus mengadu kepada ibu bapa, dan ibu bapa tanpa usul periksa, akan menuduh guru bersalah memukul anak mereka. Kalau begitu, lebih baik tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Ajar sahaja anak dengan tangan sendiri.

Cadangan penggunaan semula rotan untuk mendisiplin kanak-kanak amat perlu, terutama pada zaman seperti sekarang. Dengan era globalisasi, yang menyaksikan liberalisma semakin menebal, dengan gejala sosial yang semakin serius dikalangan remaja, maka, langkah ini dikira amat tepat. Lihat sahaja, pertambahan jumlah remaja yang merokok, saban tahun terus meningkat. Bagaimana pula dengan kejadian buli dan samseng disekolah. Semua ini perlu perhatian serius daripada semua pihak. Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk mendidik. Ibu bapa dahulu selalu menyerahkan tanggungjawab mereka sepenuhnya kepada guru apabila anak-anak mereka di sekolah. Ingat lagi pesan bapa saya kepada cikgu saya semasa mengantar saya ke sekolah, pukullah anak saya sekiranya anak saya nakal tetapi jangan sampai patah kaki tangan sudah. Semua pihak perlu bersikap realistik demi menjamin pewaris negara kita ini menjadi model insan yang berguna.

Jan 27, 2010

'Kisah Menjadi Wakil Pelajar'

Esok, pilihan raya kampus (PRK) kembali lagi. Pemilihan wakil pelajar di kalangan pelajar2 USM menceriakan seketika suasana universiti y juga melalau musim kemarau pada masa ini walaupun sehari 2 ini, hujan turun dengan agak lebat. Kisah2 pilihan raya semberono ini mengisi dada akhbar (Kosmo!). Bahangnya tidaklah sepanas PRU, tetapi masih tetap diberi perhatian serius oleh sesetengah pihak.

Pelik, di dalam kesibukan untuk menghadiri kelas dikalangan pelajar terutama di awal semester ini, masih ada segelintir pelajar y sibuk menjadi calon, berkempen sana sini di serata kampus malahan ada juga y ponteng kelas semata2 sibuk politik. Jumlahnya tidaklah terlalu ramai, mungkin hanya seorang dua, tetapi y seorang dua inilah y telah menggadaikan prinsip keilmuan di universiti semata2 untuk menjadi hero di kalangan pelajar.

Sebenarnya, pelajar2 y begitu sibuk lagi tekun untuk menuntut ilmu, tidak memerlukan hero untuk membela nasib mereka. Mereka di dalam dunia mereka. Cukup kewangan n kemudahan, ia sudah memadai untuk mereka menjadi progresif untuk mencari pengalaman di menara gading ini.

Semalam, saya ada berbual dengan seorang calon y bertanding di dalam pilihanraya ini. Seperti biasa, beliau seperti tidak berpuas hati dengan hujah y saya berikan. Dan, seperti pelajar2 lain y menyertai politik di kampus, soalan y ditebak kepada saya juga begitu tipikal. Contohnya, adakah memasuki universiti adalah untuk menuntut ilmu akademik semata2? Jawapan y saya berikan, tentulah tidak. Untuk menjadi pemimpin, tidak perlu bergelumang di dalam najis politik. Pelajar ini mungkin tersalah anggap dengan menyangka bahawa akademik di universiti adalah bersifat teori semata2, namun sebenarnya, akademik y melatih setiap pelajar itu untuk memimpin. Lihat bagaimana2 Dekan2 di pusat2 pengajian terdiri daripada ahli akademik. Bagaimana mereka berjaya menjadi pemimpin. Mereka bukanlah ahli politik.

Definisi politik bukanlah kaedah untuk menjadi orang y mahir memimpin, tetapi politik adalah satu matlamat perebutan kuasa y menggunakan pelbagai kaedah n cara samada secara bermaruah atau tidak, baik atau buruk, semata2 untuk mendapat kuasa. Sudah menjadi naluri semulajadi manusia, ingin menjadi khalifah. Namun, adakah kita sebagai pelajar meletakkan diri kita di tempat y sepatutnya. Apa masalah kepada pengajian kita jika universiti bersifat menyokong parti kerajaan. Apa masalah kepada pengajian kita jika ada pelajar y bersetuju dengan pihak pembangkang. Tidak ada apa2 pun. Kenapa perlu berkumpul, berarak di jalanan, dengan tujuan untuk membantah itu n ini. Adakah ia membantu kita menjadi modal insan y cemerlang.

Saya secara peribadi, tidak bersetuju 100% dengan pilihanraya kampus. Begitu juga dengan sebilangan besar ahli2 akademik di USM ini. Semalam saya melihat bagaimana seorang calon tidak dibenarkan berkempen di dalam kelas saya. Begitu juga dengan kenyataan seorang bos di sebuah pusat pengajian y berkata," I dont give a damn to campus election". Mereka melihat ini satu kerugian di kalangan para pelajar. Nanti selepas pilihanraya, y menang akan lebih sibuk kesana sini, mesyuarat itu n ini. Lebih banyak masa terbuang untuk perkara2 y tidak memberi manfaat kepada warga kampus secara keseluruhannya daripada memenuhi harapan ibu bapa y mahukan anak2 mereka menjadi manusia berilmu, bukan melakukan perkara2 y kurang berfaedah.

3 soalan y saya kemukakan kepada calon y saya sebutkan diatas, sekiranya dia mampu yakinkan saya, sayalah orang pertama y akan berkempen untuknya walaupun saya tidak bersetuju dengan politik kampus. Pertama, untuk berkempen, calon akan membuat poster2. Daripada manakah mereka mendapat wang untuk perkara sedemikian. Sekiranya duit PTPTN y digunakan, maka zalimlah mereka pada diri sendiri. Sekiranya duit ibu bapa y diperas, maka mereka bukanlah seorang y bertanggungjawab. Kedua, adakah mereka dapat pasti y mereka akan menjadikan universiti ini top 100 di dalam ranking dunia. Ketiga, adakah mereka pasti y mereka akan mendapat keputusan n berijazah dengan cemerlang di akhir pengajian mereka. Tepuk dada, tanyalah minda.

Kepada y menjadi calon, Selamat Berjaya!