Sep 10, 2009

'Tarian Pendet'

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia berlaku lagi. Kali ini ia berlaku atas sebab y amat remeh iaitu isu Tarian Pendet y berasal dari Bali, y kononnya Malaysia di dakwa mencuri tarian itu n dijadikan tarian kebudayaannya. Isu ini tercetus akibat salah faham terhadap satu iklan promosi pelancongan (Malaysia Truly Asia) ke Malaysia y dihasilkan bukan oleh orang Malaysia. Hanya disebabkan muncul tarian itu dalam iklan tersebut maka segelintir Indon merasa bahawa Malaysia sedang mencuri warisan kebudayaan mereka.

Sebenarnya, konfrontasi ini bukanlah perkara baru. Ia adalah satu kebencian terhadap Malaysia y disemaikan semenjak zaman pemerintahan Soekarno. Dulunya, mereka membenci Malaysia kerana merasakan Malaysia akan menjajah mereka dengan cadangan pembentukan Malaysia, di era pasca kemerdekaan dulu. Hari ini, konfrontasi itu adalah disebabkan oleh kemakmuran Malaysia sebagai salah sebuah negara y paling pesat membangun di rantau ini. Ini samalah seperti kehidupan di kejiranan dimana apabila jiran kaya, jiran y lain pasti akan merasa cemburu n apa sahaja y dilakukan jiran y kaya itu, akan cuba dimanipulasikan untuk menonjolkan kelemahan jiran itu.

Seingat saya, sudah berapa kali Indon bertindak kurang ajar memijak n membakar Jalur Gemilang. Pernah rakyat Malaysia berbuat demikian. Padahal, rakyat Malaysia cukup bermurah hati kerana sanggup berkongsi kemakmuran ekonomi dengan pendatang2 dari Indonesia y tinggal n bekerja di Malaysia samada secara sah atau secara haram. Malah, media Indonesia selalu memburuk2kan Malaysia. Kunjungan ke Indonesia beberapa bulan y lalu memberikan satu pandangan y jelas terhadap persepsi Indon kepada Malaysia. Salah satunya, rakyatnya disogokkan bahawa polis Malaysia amatlah kejam n tidak berhati perut. Mereka berkata, polis Indonesia 'hanya' mengambil rasuah, polis Malaysia asyik mendera n menindas rakyat Malaysia. Hakikatnya, ia tidak pernah berlaku di sini.

Mereka lupa, betapa ramai bangsa mereka membuat kacau di Malaysia. Ada y menjadi perompak kejam, pembunuh n sebagainya. Kedatangan mereka ke Malaysia hanya merosakkan sosio-ekonomi rakyat Malaysia y rata2 sentiasa bersikap tangan terbuka. Di Pulau Pinang, kelihatan berapa ramai Indon y bekerja n memonopoli sesetengah perkara. Kalau kita menaiki bas Rapid Penang, kita akan terasa seperti kita ini bukan berada di Malaysia, tetapi di Indonesia.

Mereka lupa, semasa Acheh dilanda tsunami, negara manakah y menjadi negara pertama y menghulurkan tangan memberi bantuan. Berapa banyakkah sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada mereka. Kita tidak pernah berkira dengan mereka, namum umpama memberi madu dibalas tuba, begitulah sikap mereka kepada kita. Ini tidak lain n tidak bukan adalah kerana cemburu dengan kemakmuran bumi y kita cintai ini. Saya menyeru semua agar kita mempertahankan bumi kita ini. Buat baik berpada2 kepada bangsa y tidak tahu mengenang budi ini. Jangan kita cuba melepaskan anjing y tersepit, kelak ia y akan menggigit kita.

Sep 7, 2009

'Mercun'

Seperti biasa, apabila menjelangnya hari Raya Aidilfitri, bermula daripada hari pertama Ramadhan, maka kedengaranlah bunyi2 mercun walau dimana pun kita berada kat bumi Malaysia ni. Bermain mercun di kalangan anak2 orang Melayu sempena musim perayaan merupakan tradisi y boleh dikatakan mampu menghidupkan suasana @ mood hari raya itu sendiri.

Semasa kecil, zaman sebelum mercun diharamkan penjualannya oleh kerajaan, mercun amat mudah diperolehi. Kalau di sekitar pekan Alor Setar tu, kira bersepah orang2 menjual mercun. Ada macam2 jenis. Masa tu mercun y bunyi kuat seperti mercun bola belum ada dijual. Y ada masa tu, mercun katak, mercun burung, mercun mancis, mercun papan, mercun teluq naga, mercun roket, mercun das, mercun ular & macam2 lagi nama mercun ni. Bunga api ni toksah dok kira la, memang banyak dijual. Memang x dinafikan, memang meriah hari Raya dengan bunyi mercun. Tetapi xder pulak dengar orang putus kaki tangan sebab bermain mercun. Tetapi ada jugak y cedera bermain meriam buluh. Aku masa kecik tu x pernah main meriam buluh, setakat join buat meriam tong tu adalah. Tetapi alhamdulillah la, jari tangan aku masih ada 10 sampai hari ini.

X salah kalau nak bermain mercun or bunga api. Tetapi jagalah keselamatan diri. Janganlah nak jadi terlebih kreatif, buat mercun buatan sendiri. Kononnya nak bagi bunyi kuat. Kemeriahan bukan berpunca dari bunyi mercun y kuat, tetapi kemeriahan berpunca dari hubungan kekeluargaan y ceria apabila bersama2 berkumpul menunggu tibanya Syawal. Kalau nak main jugak bunga api or mercun, berkumpul beramai2 dengan keluarga, baru seronok. Anak2 bermain bunga api, ibu ayah n sanak saudara melihat sambil berbual sambil bergelak ketawa gembira. Adakah bukan itu sebenarnya nikmat hari raya. Biar erat silaturrahim, buka erat kain pembalut luka y membalut tangan y dah x sempurna akibat bermain mercun buatan sendiri.

Rasanya, kanak2 y kudung akibat bermain mercun buatan sendiri, eloklah apabila besar nanti diserapkan ke dalam anggota tentera Malaysia sebagai penyelidik pembuat bom. Mungkin Malaysia x perlu lagi dok susah payah nak beli bom buatan Amerika or barat. jimat belanja.

Kepada sesiapa y nak main mercun tu, jaga keselamatan diri n anak2. Seronok, seronok jugak, tetapi keselamatan adalah perkara utama.