Oct 10, 2008

'Gelaran'

Orang Malaysia amat terkenal dengan kebanggaan mereka terhadap gelaran2 yang boleh menunjukkan mereka daripada kelompok yang mulia, terkenal, eksklusif dan yang terpilih. Gelaran seperti Datuk, Datin,Tan Sri dan sebagainya menjadi penanda aras terhadap kemuliaan seseorang, mengikut definisi orang Malaysia itu sendiri. Walaupun hanya melakukan ibadat haji, seseorang itu amat gemar sekiranya gelaran haji atau hajjah diletakkan di pangkal nama masing2.

Pengalaman saya menetap selama 2 tahun di Dublin, Ireland mendedahkan kepada sikap kesederhanaan masyarakat di sana. Bagi mereka, pangkat dan darjat tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Bagi mereka, semua orang adalah sama dan tidak ada jurang daripada segi sosial mahupun ekonomi mereka. Ada seorang Profesor perubatan yang hanya menunggang basikal untuk ke tempat kerja. Di sini, tidak akan ada seseorang yang berpangkat besar yang akan menaiki basikal untuk ke tempat kerja. Ini kerana, hal sedemikian akan menjejaskan reputasi tersohor mereka. Alangkah pelik pemikiran kolot sebegini.

Orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling bertakwa kepadaNya. Kadang2 kita pelik, hinggakan apabila orang itu baru pulang dari Mekah selepas menunaikan ibadah haji, pangkal namanya akan diletakkan haji. Mereka amat berbangga padahal haji mereka itu tidak ada makna sekiranya berniat untuk menunjuk2. Apabila mahu dipanggil nama mereka, perlu disebut 'Tuan Haji' dan sebagainya. Padahal Nabi SAW dahulu tidak meletakkan gelaran haji pada nama baginda walaupun baginda melakukan ibadat haji. Pernahkah kita mendengar gelaran Haji Nabi Muhammad SAW. Tidak pernah bukan? Jadi, kenapa kita perlu melebih2 daripada Nabi SAw sendiri dalam ibadat kita. Bodohlah orang yang berfikiran sebegini.

Begitu juga dengan gelaran2 seperti Datuk dan sebagainya. Di dalam Malaysia ini, orang yang mempunyai gelaran Datuk amatlah dihormati padahal gelaran yang di dapati itu adalah kerana individu tersebut pernah bermain golf dengan Sultan atau Raja. Kalau dihitung tentang jasa dan bakti, tidaklah sebanyak mana. Kecualilah orang2 yang betul2 layak untuk mendapat penghormatan kerana jasa kepada negara barulah padan dengan gelaran yang telah dianugerahkan. Bagi saya, budaya sebegini perlulah dikikis kerana ianya hanya akan meluaskan jurang antara masyarakat dalam hubungan sosial. Manusia adalah sama. Darah sama merah. Tidak ada yang paling mulia hanya dengan gelaran2 sedemikian.

Begitu juga dengan orang yang amat berbangga dengan keturunan mereka. Contohnya seperti keturunan Syed dan Syarifah. Mereka bukanlah daripada keturunan Rasulullah seperti yang didakwa. Itu hanyalah dakwaan mulut yang tiada bukti dan nasab yang kukuh. Mereka ini terlalu berbangga dengan keturunan sehinggakan pada mereka tidak boleh berkahwin dengan orang lain kecuali dari keturunan Syed dan Syarifah juga. Kononnya ini akan memutuskan nasab mereka dengan Nabi SAW. Ini dakwaan palsu. Jangan kaitkan diri kita sebagai keturunan NAbi SAW yang mulia. Ini akan membuka ruang untuk orang musyrik mempersendakan agama dan nabi kita. Bagaimana kalau mereka bertemu dengan seorang Syed tetapi dia adalah seorang pelakon dan dengan tidak segan silu berpakaian tidak senonoh, berpeleseran di kelab2 malam dan berepelukan dengan wanita sebelum berkahwin?Bukan ini akan menghina Nabi SAW itu sendiri. Ingatlah, Allah menjadikan kita berbangsa2 agar kita berkenal2 bukan untuk melahirkan sikap asobiyah yang menjadi budaya masyarakat arab jahiliah pada satu ketika dahulu.

'Orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa'...

Oct 7, 2008

Aidilfitri..

Salam Aidilfitri kepada semua pelayar2 website ini. Selamat kembali bekerja. Selepas 6 hari beraya, semua sudah kembali ke tempat mencari rezeki untuk meneruskan proses kehidupan yang hanya akan tamat bila Izrail datang menjemput.

Aku baru sampai kat Penang maghrib tadi. Sebenarnya plan nak balik ahad semalam tapi dek kerana jalan sangatlah teruk jemnya,jadi aku balik hari ni. Terlupa pulak petang tadi ada kelas ento. Supervisor aku dah kecik harti dah sebab dia x nampak aku kat kelas dia tadi. Besok kena g mintak maaf ni. Takut gak nanti dia ingat aku ni seorang yang x bertanggungjawab. Sorry Dr.!

Raya tahun ni cam suram sikit la. Mungkin sebab hujan kot kat kampung aku. Solat Aidilfitri pun x dapat tahun ni sebab masjid terlau sesak dengan orang ramai. Ditambah pulak dengan hujan jadi kat luar masjid xleh nak sembahyang. Nasib baik ada ramai gak member aku y datang beraya. Ok la sikit. Bestfren aku, Pejel datang beraya kat rumah aku tahun ni. Dia sampai kat rumah aku pagi2 raya ngan mak dia dan beraya kat rumah aku sampai raya ke-4. Thanks Pejel! Housemate aku, Travis pun datang beraya kat Alor Setar.

Aku selsema ni. Hidung aku tengah tersumbat ni. Camna nak buat yek.Aku kena rehat dulu. Besok aku kena keja dah. Oklah. Selamat Malam semua...