Oct 23, 2008

'AUKU'

AUKU @ Akta Universiti dan Kolej Universiti diwujudkan pada 1971 bagi membangunkan kecemerlangan akademik demi melahirkan modal insan yang berdaya maju dan menjadi teras kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Ia dicadangkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun). Akibat dari peristiwa 13 Mei 1969, dan penglibatan mahasiswa2 di dalam politik yang berhaluan kiri telah menyebabkan kerajaan mewujudkan satu akta khusus untuk penuntut2 di universiti bagi menjamin tugas mereka hanya sebagai pelajar semata2. Selama beberapa2 dekad, akta ini dilihat berkesan dalam mengekang pergerakan bawah tanah mahasiswa yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan.

AUKU juga digunapakai untuk menjadikan semua universiti di Malaysia mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, cemerlang dan hebat dalam melahirkan modal insan yang amat diperlukan untuk pembinaan negara bangsa. Salah satu contoh yang terkandung dalam AUKU adalah kesalahan sekiranya ada kebocoran atau penipuan semasa peperiksaan di universiti sedang dijalankan. Ini bagi memastikan integriti serta kualiti sesebuah universiti dan mahasiswa yang dilahirkannya.

Semasa 3 tahun saya di universiti, saya tidak merasa yang AUKU merupakan masalah besar kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu. Sedar tak sedar, saya berjaya juga mendapat segulung ijazah dibawah 'kekangan' AUKU. Kenapa begitu riuh pelajar mahu AUKU dikaji semula padahal tugas mahasiswa bukan untuk mempertikaikan undang2 tetapi mengikut undang2 demi masa depan mereka. Tidak perlulah mahasiswa mendakwa hak2 mereka untuk berpolitik tidak boleh disekat memandangkan negara ini mengamalkan prinsip demokrasi. Padahal mereka lupa yang tugas mereka adalah untuk belajar semata2, tidak lebih dari itu. Ini yang dikatakan ubun2 masih lembik tetapi begitu angkuh mengatakan mereka terpelajar dan tahu untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana tidak baik.

Saya memang anti pelajar yang berpolitik di dalam kampus. Tidak kisah samada Aspirasi, Pro-Mahasiswa atau apa sahaja, mereka ini begitu bodoh kerana tidak ingat orang tua di kampung yang mahu mereka berjaya didalam pelajaran tetapi mereka sibuk pula mahu menjadi hero mahasiswa. Hentikan sikap sebegini. Belajar dahulu dan berilah kegembiraan kepada orang tua kita.

Oct 22, 2008

'Asas pemikiran yang kritikal'

Dalam blog ini, banyak tulisan menyentuh tentang politik Malasyia dan melayu secara khusus. Namun, tulisan sebegini tidaklah terlalu menyeluruh. Ia adalah merupakan pendapat semata2 dan tidaklah boleh dikategorikan sebagai provokasi atau bersifat perkauman. Pendapat ini diharap akan membuka minda masyarakat seusia saya yang berminat dengan tulisan di blog2 dan media alternatif.

Sikap kritikal saya memang berlaku walaupun di dalam kehidupan seharian. Ada saja yang mahu di kritik sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kawan2. Saya seperti tidak mahu pendapat saya sahaja yang diterima. Ini anggapan yang salah. Maaf kepada semua rakan2 yang selalu terasa hati atau bengang dengan sikap seperti ini. Namun, ini adalah sifat semulajadi yang mahu meyakinkan orang sekeliling tentang pendapat yang dizahirkan berdasarkan pengalaman yang dikutip sepanjang suku abad kehidupan ini.

Diharapkan apa saja pengalaman dapat dikongsi bersama untuk menguatkan lagi generasi kita yang akan menjadi pemimpin negara ini pada suatu hari nanti.

'Kontrak Sosial di Malaysia'

Umum mengetahui bahawa asas pembinaan bangsa Malaysia adalah bukanlah melalui pertumpahan darah tetapi melalui rundingan untuk mencapai kemerdekaan. Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra bersama rakan2nya telah mengadakan beberapa siri rundingan di England untuk mendapatkan kebebasan untuk menjadi tuan semula di bumi Malaysia ini.

Kontrak sosial pula merupakan satu perjanjian untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada pendatang2 Cina dan India untuk membentuk bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Mereka ini diberi hak quid pro quo yang secara automatik menjadikan mereka warganegara Malaysia. Pada awal rundingan kemerdekaan, pihak British mahukan satu perlembagaan di bentuk demi memastikan bahawa orang Malaya pada waktu itu mampu mentadbir sendiri tanah air mereka. Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk membentuk perlembagaan negara. Di dalam perlembagaan itu, atas persetujuan semua pemimpin yang mewakili setiap kaum telah sebulat suara mengiktiraf hak2 keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan orang asli (secara kolektif disebut sebagai Bumiputera) dan hak2 itu tidak akan dicabar demi memastikan ketuanan Melayu sebagai pemilik asal negara ini. Namun, hak2 bangsa lain tidak akan disekat. Mereka bebas untuk mengamalkan agama, budaya, bahasa dan apa jua cara hidup mereka asalkan ianya harmoni untuk masyarakat yang berbilang kaum ini. Perlu dijelaskan juga di sini bahawa orang Melayu telah berkorban dengan mengizinkan sejuta kewarganegaraan diberikan kepada kaum Cina dan India semasa proses kemerdekaan berlangsung. Kaum-kaum bukan bumiputera ini secara tidak langsung dapat bersama2 mengaut kekayaan dan hasil daripada bumi bertuah ini.

Hari ini, ramai yang mencabar kontrak sosial terutamanya kaum Cina dan India. Mereka mahukan kesamarataan. Namun, mereka masih tidak nampak dengan jelas kebebasan yang diberikan kepada mereka sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonomi di negara ini jauh meninggalkan orang Melayu. Ini yang dikatakan seperti melepaskan anjing yang tersepit. Pada masa orang Melayu bangun bersatu untuk menentang Malayan Union, orang Cina dan India tidak mahu turut serta kerana mereka mengatakan bahawa itu adalah masalah orang Melayu dan ini bukan tanah air mereka untuk dipertahankan. Mereka pada masa itu menunjukkan kesetiaan kepada negara asal mereka dan menentang Laporan Barnes yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Jadi, mereka ini sebenarnya hanya mahu merampas negara ini sahaja dan menyingkirkan orang Melayu seperti yang terjadi di Singapura. Padahal sekiranya mereka masih kekal di negara asal mereka, tidak akan ada orang seperti Boon Siew, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan dan lain2 yang menjadi sangat kaya kerana sikap baik hati orang Melayu.

Jadi, demi untuk memastikan negara ini akan kekal sebagai lubuk emas kepada semua rakyatnya, maka apa yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh disentuh dan dipersoalkan. Itulah yang membentuk bangsa Malaysia yang ada pada hari ini.

Oct 20, 2008

'Tribute to HouseMates'

Blog saya kali ni, aku akan berbicara tentang housemates yang sekarang sama2 menetap di 6-18-3, Villa Sri Kenanga. Kami berpindah ke apartment tu lebih kurang 3 bulan y lepas. Kira2, dah 3 kali la kena bayar semua bil,hehe..Mula2 masa pindah, kami hanya berempat iaitu aku, Syafik, Jam n Travis. Pastu pas 2 minggu kot, baru Kerol ngan Sirul masuk.

Jam adalah roomate aku. Baguih dok ada budak ni. Masa kami mula2 nak pindah, masing2 pokai. Jam sorang ja yang ada duit masa tu jadi dia ngan murah hati telah belikan kipas dulu untuk aku tidur kat rumah tu. Macam2 dia dah beli guna duit sendiri dulu termasuklah Astro. Dia ni jugak jenis yang x suka sepah n rajin. Masa bulan posa ri tu, dia la y hari2 kuar g beli sahur untuk kami. So far, memang ok n best la duduk ngan mamat ni.

Syafik pun ok gak. Dia ni jenis ringan tulang nak tolong. Dia ni pun jenis x berkira kalau untuk tolong member2. Kuat main game. Selalu gak main game bola ngan aku tapi sampai sekarang aku belum mampu nak kalahkan dia. Boleh kira ngan jari berapa kali dia kalah ngan aku. Y selebihnya aku kalah je memanjang. Tension gak nak main lagi. Tapi xpa, tunggu aku dah teror nanti, aku belasah ko cam terorist, haha..

Travis, mamat ni asal dari US. Dia ni aku kenal dari member aku, Ryan. Travis ni member dia kat Texas sana nu. Masa Travis datang sini, dia xda member sangat. Susah gak la nak cari rumah sewa. Pastu, aku pun ajak dia stay ngan aku. Ok gak. Masa mula2 nak masuk rumah ni, dia bawa peti ais dia sama. So, memang advantage gak la. Pastu dia ni memang tak reti Melayu. Jadi advantage la untuk aku n housemate y lain untuk belajar BI. Dia ni kepala cam kitorang gak. Jenis tak kisah n boleh bawa diri. Y paling best, masa bulan posa dia pun posa cam kitorang gak. Siap bangun sahur lagi tu.

Kerol, mamat ni mula2 x plan nak stay ngan kitorang. Dia masuk rumah kitorang sebab dia tiba2 plan nak sambung master. Mula2 dia nak stay ngan Yamin n Izar. Tapi diorang sewa rumah jauh sangat dari USM. So, memandangkan kat ruamah kitorang ada satu lagi kosong, so, offer la kat dia. Pas je dia pindah, rumah kitorang terus jadi bising. Dia ni memang kaki buat lawak n gelak. Pastu jenis selamber n x kisah. Kira boleh ngam la ngan kitorang ni.

Sirul plak, dia tumpang sekejap kat rumah kitorang. Mamat ni jenis jarang kat rumah. Dia dah dapat keja kat FELDA. Bulan depan dia nak pindah dah. Dia ni lagi jenis x kisah. Apa2 pun xper. Jenis kuat sukan. Atlet USM ni beb. Selalu kat luar. X bersukan, mesti ngan awek dia. Jenis y sayang awek gila baban ni,hehe..

Aku plak, jenis yang kritikal. Ramai gak y x suka kat aku, hehe. Tapi, aku suka ngan housemates aku sekarang. Cam Kerol, dia dapat offer keja kat Sime Darby n nak pindah gak. Tapi aku cuba psiko dia supaya x g. Kerol, kalau ko baca blog ni, kira ko x jadi pindah la kan,hehe.

Ok, dah xda menda dah nak cita. Aku cuba sedaya upaya x puji housemates aku lebih2 dalam blog ni. Malas je sebab nanti ingat aku nak bodek. Ok la, apa2 pun, hope kita semua akan sama2 graduate ngan master nanti kecuali Jam dalam Ph.D ngan Travis y bukan student tu...ok.