Dec 25, 2008

'X-mas Eve'

Aku baru balik ni dari rumah Girlings. Jill n Amy ajak aku n Shifa untuk selebret Xmas Eve ngan diorang. Ok, for those y x sure, Xmas Eve adalah malam sebelum Cristmast y di sambut dengan perkumpulan antara ahli keluarga dan makan besar. Cam Tahun Baru Cina jugak la tapi x makan dengan semua keluarga. Cuma keluarga terdekat jer. Malan ni, kami beramai2 makan besar, American style. Ada roast-beef, garlic bread, cheese potato, grilled vege and punch. Sedap sangat daging n cheese potato tu. Memang favorite aku daging.

Pastu, kami lihat anak2 perempuan Girlings bermain piano sambil menyanyi lagu Xmas mereka. Isabel n Julia sangat pandai bermain piano n mereka juga y menulis lirik2 lagu Xmas. Housemate aku, Travis pun ada sekali. Suprise lagi sekali untuk kami iaitu aku n Shifa dapat hadiah Xmas dari keluarga Jill n Ashley. Thanx sangat kat diorang kerana cam appreciate sangat relationship kami y dah berusia setahun lebih ni. Aku dapat jersey Man U n shifa dapat purse Gucci. Cantik! Pastu, cam biasa la, ada minum teh n makan home-made cookies. Pastu, kami sembang2. Cam havoc jugak la kat rumah diorang tadi sebab aku, Ryan n Travis dok pukul2 alat musik y ada kat rumah diorang. Rebab, rebana n macam2 la. Best sangat! So, malam ni aku n Shifa dapat lagi satu pengalaman baru. Harap relationship ngan Blairs, Girling n Travis akan berpanjangan.

Kat bawah aku letakkan gambar Xmas aku jer, Jersey bola n cookies y kitorang makan tadi. Gambar2 lain terlupa nak ambik!

p/s : Tadi kitorang sempat selebret birthday Amy, tepat 12 malam 25th Dec! Happy Amymas!



Dec 23, 2008

'Sime Darby vs IJN'



Baru2 ini, timbul satu isu di Dewan Rakyat tentang hasrat pengambilalihan Institut Jantung Negara(IJN) oleh sebuah Konglemerat terkenal di Malaysia, Sime Darby. Sime Darby di dalam kenyataan rasminya berhasrat untuk mengambil alih 51% pegangan saham dalam IJN. Ini telah menimbulkan protes di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat y merasakan tujuan utama pengambilalihan itu adalah untuk keuntungan semata2. Benarkah begitu y sedang terjadi?

Sime Darby Berhad merupakan sebuah syarikat multinasional terbesar di Malaysia dan salah sebuah y terbesar di Asia Tenggara. Ia melabur di hampir 20 buah negara. Sime Darby ditubuhkan pada tahun 1910 untuk menguruskan 500 ekar ladang di Melaka. Di asaskan oleh William Middleton Sime dan Henry Darby, ia telah berjaya menjadi sebuah syarikat y disegani dengan jumlah aset lebih RM 70 billion. Sime Darby mempunyai sejarah y tidak kurang pentingnya dalam sejarah evolusi ekonomi negara. Pasti ramai y tidak akan lupa tentang peristiwa 'Dawn-Raid', iaitu pengambilalihan Sime Darby dengan bijaknya oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad pada 1981 dari Bursa Saham London.

IJN ditubuhkan pada tahun 1992 terkenal sebagai sebuah institut y mempunyai pencapaian cemerlang sepanjang penubuhannya. Berfungsi sebagai pusat rawatan jantung dan penyelidikan cardio-thoracic, IJN melangkah gah untuk menjadi salah sebuah institut jantung terbaik di dunia. Di samping memberi rawatan terbaik untuk setiap masalh kesihatan jantung, ia juga menjalankan tanggungjawab sosial untuk membantu rakyat miskin dalam menangani masalah kesihatan y berkaitan dengan jantung.

Sime Darby terkenal dengan 'money-making bussiness'. Adakah dengan pengambilalihan IJN akan merubah dasarnya dalam tanggungjawab sosial. Atau lebih kepada keuntungan semata-mata. Wujudkah syarikat multinasional y melabur di dalam sesuatu bidang tanpa memikirkan keuntungan dan menafikan pulangan untuk syarikat. Tidak dapat dipastikan apa agenda Sime Darby. Namun sekiranya pengambilalihan itu dapat meningkatkan perkhidmatan IJN tanpa mengetepikan tanggungjawab sosial, maka ia amatlah di alu-alukan.

Di dalam kegawatan ekonomi seperti ini, kerajaan haruslah mengkaji sedalam-dalamnya kesan terhadap pengswastaan IJN. IJN merupakan ikon negara. Di dalam kekalutan rakyat menghadapi kesulitan hidup akibat kegawatan ekonomi dan kenaikan harga barang, wajarkah tindakan seperti itu. Mungkin pihak kerajaan mempunyai alasan y jelas dan tersendiri.

p/s : Kerajaan perlu swastakan pengurusan tandas di seluruh Malaysia untuk tandas y lebih bersih!