Mar 11, 2009

'Bacalah dengan nama Tuhanmu'

Ketika ini, mungkin masih belum basi isu Pengajaran n Pembelajaran Sains n Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program y bermula 6 tahun y lepas, menerima tentangan y hebat selepas 6 tahun berlalu. Perintis telah pun tamat persekolahan. Ada y gagal namun lebih ramai y berjaya. Kita dapat menyaksikan setiap tahun, semakin bertambah jumlah lepasan persekolahan y berebut2 tempat ke menara gading sehingga persaingan menjadi begitu sengit.

Saya bukanlah begitu arif tentang PPSMI ini. Namun apa y dapat saya fahami, ia adalah bertujuan semata2 untuk mengangkat martabat Malaysia ke persada ilmu y tiada batasan. Bahasa merupakan medium utama untuk mendapatkan ilmu. Dahulu, semasa zaman kegemilangan Islam, ramai sarjana2 Barat telah giat mempelajari bahasa Arab, semata2 mahu mengaut n menggali sebanyak mungkin hasil pemikiran intelektual para sarjana Islam berketurunan Arab. Selepas berabad lamanya, bahasa Barat terutamanya bahasa Inggeris telah menjadi bahasa Ilmu, hasil ketekunan pada cendiakawan mereka dahulu tidak terlalu bersikap jumud atau sempit dalam mencari ilmu.

Mempelajari sesuatu apa dalam bahasa lain tidak akan menghakis identiti sesuatu budaya itu. Sebenarnya, orang kita pada masa ini salah konsep. Mereka tidak begitu memahami apa itu PPMSI. Lihat sahaja beberapa tokoh ulung di negara ini. Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Tun Hussin Onn n Tun Dr Mahathir, walaupun mereka menerima semua ilmu mereka di dalam Bahasa Inggeris, namun mereka lebih melayu dari orang Melayu. Mereka masih fasih berbahasa Melayu n mengamalkan budaya Melayu tanpa terjejas sedikit pun. Kenapa kita perlu risau?

Gabungan Memansuhkan PPSMI (GMP) sebenarnya keliru. Pada pendapat saya , mereka ini telah diracuni oleh segelintir ahli politik y tidak bertanggungjawab. Walaupun ia dinafikan oleh Pengerusinya. Saya kecewa kerana gerakan sebegini turut mengheret tokoh2 lain sperti Datuk A. Samad Said untuk berarak, mendemostrasi n membuat huru hara. Ia secara tidak langsung, merendahkan maruah tokoh tersebut. Gambar2 remaja2 y terlibat di dalam demonstrasi itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bodoh n dungu. Dalam erti kata lain, melakukan sesuatu secara membabi buta.

Apa y perlu di tentang oleh para pencinta bahasa Melayu adalah, sebagai contoh, dahulu Bank Pertanian tetapi ditukar kepada Agro Bank. Dulu LAN, Lembaga Akreditasi Negara sekarang MQA. Kenapa orang kita malu untuk menjaja identiti sendiri. Y baik ditentang, y buruk semua diam. Di USM sendiri, saya sering melihat nama USM dijadikan University Science of Malaysia di lekatkan di kereta2 staf n pelajarnya. Sticker ini ada y dikeluarkan oleh alumni USM. Persoalannya, kenapa kita melacurkan identiti kita semata2 untuk kelihatan antarabangsa. Tetapi apabila mahu diberikan ilmu dalam bahasa asing, ia ditentang habis-habisan. Apa y dapat difahami di sini, apabila identiti berubah, manusia itu akan berubah. Tetapi apa bahasa berubah, tidak mungkin manusia itu mampu diubahnya. Ilmu menjadikan manusia lebih matang untuk ia mengekalkan bahasanya walaupun bahasa ilmu y diperolehinya adalah bahasa asing.

p/s : Kenapa xder demonstrasi memansuhkan bahasa Kelantan, hehe!


Mar 10, 2009

'Syafiq Ketagihan'

Frust betul aku hari ni. Syafiq beli camera SLR pulak dah!!!! Aku target nak beli, dia pulak y beli dulu. Siput la ko Syafiq. Janji nak beli sama2. Di manakan janji2 manismu. Aku masih belum mampu. Mahal tu. Paling murah pun RM 2000. Itu boleh guna buat mas kahwin dah tu. Kalau aku beli jugak, mau kena sunat sekali lagi aku ngan Shifa.

Memang sekarang ni, semua benda dia nak ambik gambar. Takut gak aku. Sampai tidur malam pun kena kunci pintu. Takut gak dia senyap2 masuk bilik aku masa aku tengah tidur, pastu curi2 ambik gambar aku. X pasal2 aku jadi mangsa cam Elizabeth Wong, hehe. Nak letak jawatan apa pastu. Mana aku ada jawatan apa2.

Memang x dinafikan kamera SLR Syafiq one of y paling latest la. Even bukan pro, dia mampu mengambil gambar y lawa2. Dia dah ketagihan tu. Semalam sampai sanggup ajak Travis n Jam g Georgetown, berjalan kat Town sebab nak ambik gambar. Aku no komen la. Tadi dia bakar mug ex-housemate kami, Kerol sebab nak ambik gambar api n asap kuar dari mug. Gila x?! Habis terbakar mug tu. Hilang satu lagi bukti y Kerol pernah tinggal kat sini. Aku x tau la esok dia nak buat apa pulak.

Okla, cakap banyak pun x guna. Kat sini aku upload la gambar2 y dia n aku ambik petang tadi. Korang layan la.

p/s: Give me 2 month....