Dec 17, 2008

'Nasib Proton'


Proton @ Perusahaan Otomobil Nasional merupakan projek kebanggaan negara y di ilhamkan oleh Perdana Menteri y begitu berwawasan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Telah melangkaui usia lebih 2 dekad berada di dalam industri automotif, Proton nampaknya sudah bangkit dari kejatuhannya sebelum ini dan mula mencatatkan keuntungan y memberi kesan terhadap ekonomi negara secara amnya. Pasti, semua rakyat Malaysia begitu berbangga dengan Proton.

Baru2 ini, timbul isu tentang pembelian kereta berjenama luar oleh kerajaan Negeri Perak y diterajui oleh Pakatan Rakyat. Mengikut pekeliling y dikeluarkan sebelum ini, semua agensi kerajaan perlu menggunakan kereta nasional or kereta buatan tempatan untuk urusan rasmi. Sebelum ini, Negeri Terengganu juga telah berjaya membeli kereta Mercedes untuk kegunaan para pegawai kanan kerajaan. Namun, akibat dikritik, mereka telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan kereta itu sebaliknya meneruskan penggunaan kereta Proton.

Persoalan, kenapa perkara sebegini terjadi. Ada 2 kemungkinan iaitu kualiti kereta Proton dan sikap tamak seseorang pemimpin apabila mendapat kuasa. Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan kemungkinan y pertama itu tadi. Dari segi harga, tidak dinafikan kereta Proton amat kompetitif dan mampu milik oleh semua golongan. Namun, dari segi kualiti, tidak tahu kenapa selepas lebih 2 dekad, Proton masih di takuk lama. Cuba lihat kereta Proton Wira di jalan raya, model terbaru. Apa pembaharuan y kita nampak. Boleh dikatakan tidak ada. Proton Wira y dihasilkan hari ini, sama bentuk n rupa seperti Proton Wira 15 tahun y dulu. Old-Fashion. Cuba kita lihat kereta jenama luar negara dalam kelas y sama dengan Proton Wira, kita akan langsung tidak nampak sedikit pun ciri 1st model kereta itu.

Saya sering mendengar ramai y merungut tentang kereta Proton ini. Terbaru, kereta Dekan Pusat Pengajian saya, baru berusia setahun lebih, tetapi sudah menghadapi masalah gear box. Rasanya, ramai y tahu masalah ini sering berlaku terhadap kereta Proton tapi tidak nampak langsung inisiatif daripada Proton untuk menyelesaikan masalah ini dalam keluaran terbaru mereka. Padahal, kes-kes kerosakan sebegini telah berkumandang bertahun2 lamanya. Semalam, semasa memandu, saya ternampak sebuah Proton Wira y mengeluarkan asap tebal dari ekzosnya. Pasti kereta itu menghadapi masalah enjin y serius. Bapa saya, pernah menggunakan Honda Accord 1.6 keluaran tahun 1988. Selepas 15 tahun, kereta itu masih gagah. Enjin tidak ada masalah. Cuma kerosakan kecil sebab kereta tua n servis sahaja y perlu dihadapi.

Kakak saya pernah membeli Proton Gen 2. Dalam masa tidak sampai sebulan selepas kereta tu di beli, lebih dari 3 kali kereta itu masuk bengkel atas bermacam2 kerosakan.

Jadi, saya bersetuju sekiranya ada kerajaan negeri, tidak kira Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional untuk menggunakan kereta jenama luar. Ini supaya, Proton dikejutkan dari tidur dan mula bekerja lebih keras untuk membina kereta y lebih berkualiti dan mempunyai identiti unggul seperti kereta import y lain. Dengarlah rungutan dari pengguna dan carilah kumpulan jurutera y lebih kreatif dan berwawasan, bukan hanya tahu pasang enjin sahaja tetapi menjalankan penyelidikan demi penyelidikan demi survival Proton, syarikat kebanggaan kita ini.

p/s : Aku guna Kancil BFK 2976 je sebab dia guna teknologi import!

Dec 16, 2008

'Lelaki Hipokrit'



Ok, entry kali ni, bukan sengaja nak mencipta provokasi. Tapi terdetik aku nak tulis even aku cam mengata(kutuk) kaum sendiri ja. Well, I want u people to judge.

Refer to title, aku suka nak cerita 2 kisah tntang org y aku kenal even xla rapat. Ok, aku kenal satu girl ni. Pakwe dia study kat luar negara. X tau la belajaq apa, tapi kira long distance relationship la ni. Ok, sapa2 y pernah bercinta (of course ramai) mesti tau betapa peritnya long distance loveship ni, terutamanya kepada lelaki la. Even aku pnah gak rasai pengalaman camni, tapi x kritikal kot. Klu x caya tnya la kat tunang aku sekarang ni, hehe~~. Ok, mamat y kat luar negara ni punya la 'cinta' kat minah ni, sehinggakan makan x lalu, tidoq x lena n mandi x basah bila x dengar suara minah ni. Asyik nak melepaskan rindu jer di telepon. Sampai satu tahap, time2 tgah minah tu ada discussion pun, klu dia nak bgtau nak call ( nak dengar suara konon), dia degil nak call jugak even x boleh. Siap merajuk la, marah la klu x dapat bercakap. Pastu minah ni kena hantar mms la bila dia rindu nak tgok muka. Eii~~~. Mamat ni kaki mendesak. Bab cemburu pulak, toksah cerita la. Cemburu tahap dewa punya. Minah ni jeling mamat lain pun x boleh. X tau la klu dia pun x jeling minah saleh kat sana. Minah ni tengah buat master tapi dia desak nak kawin sebab takut kehilangan konon. Kebetulan minah ni baru dapat scholarship. Dah pakwe gedik sangat nak kawin, dia pun ikut la. Tup tup, pas stay kat sana, beranak, suami tu hantar pula dia balik ke Malaysia dengan anak sekali atas alasan suami tu nak sambung buat master kat luar negeri. Boleh pulak berjauhan. Ish, bila dah dapat apa y dia nak, mula la berubah. X mati pulak aku tengok mamat tu bila berjauhan dengan isteri dia. Hipokrit betul!

Kisah kedua, ada satu couple ni, pakwe dia psiko sikit tapi bukan gila. Dia ni jenis y syok sendiri bila bersembang tntang hal2 perempuan. Budak bio gak. Ada sekali, dia tnya makwe dia ni, "eh, orang perempuan kentut ke." Pastu, makwe dia ni dok canang pulak y pakwe dia ni jujur, noble sehinggakan anggap perempuan ni makhluk y paling suci sampai x kentut. What the h***! Ada jenis lelaki camni, y berpura2 kononnya x ambil tau langsung pasal perempuan, makwe dia sorang la y mengajar dia tentang erti kehidupan. Konon~~! Padahal dia x tau, pakwe dia ni jenis bila tgok perempuan, sampai tembus ke dalam dia tengok.

So, inilah cerita dia. Korang fikirla sendiri. Aku minta simpang la jadi benda2 camni kat relationship aku. Even aku pun lelaki, tapi aku malu bila lelaki buat cmni. Mereka sebenarnya x respect pun relationship diaorang. Memang betul, lelaki kepuasan dia melalui vision, perempuan pula melalui emotion. Tapi, x payah jadi hipokrit. Be yourself. Bercinta bukan untuk berseronok, tapi komitmen. Ini x, masa bercinta makan sopan je, pas kahwin, buruk lantak giler. So, kepada sesiapa y baru nak bercinta, sedang bercinta or sudah kahwin, please, respect love. Love is from God. Jadi, apa y hadir dari Tuhan, perlu dipelihara dengan baik. Aku teringat kata2 roomate aku, Travis tadi, a noble man is who give his love to a person unconditionally!

p/s : Ada sorang girl y aku kenal dah bagi ciri2 lelaki y dia suka(since dia pun belum terbuka hati nak bercinta). Lebih tua, kaya n bijak. One of housemate aku ada ciri2 tu. So, cam hampir betul gosip2 tentang mereka berdua before ni!haha~~

Dec 15, 2008

'Sikap Jelik Penguatkuasa'

Malaysia mempunyai banyak undang2 y bagus dan hebat dalam melindungi kepentingan dan keselamatan rakyatnya. Namun, undang2 ini menjadi sampah kerana tidak dikuatkuasakan selayaknya. Setiap bulan, pasti akan muncul pelbagai peraturan baru y bertujuan untuk memudahkan kehidupan rakyat namun y berlaku adalah sebaliknya.

Y terbaru, akibat dari kes tanah runtuh n kemalangan bas y mengorbankan banyak nyawa, wujudlah perbagai peraturan y bertujuan mengelakkan kejadian sebegitu daripada berulang. Ironinya, peraturan itu hanya wujud diatas kertas tanpa sebarang pelaksanaan y sewajarnya. Kes tanah runtuh pernah berlaku, begitu juga dengan kemalangan bas, namun ia masih berulang. Apakah puncanya? Puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah sikap jelik pihak2 y betanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan2 y mereka cipta. Ini y dinamakan birokrasi. Pada hemat saya, kerajaan y ada hanya mampu mencipta peraturan tanpa ada kesedaran untuk menguatkuasa.

Sebagai contoh, pelaksanaan pemakaian rear seatbelt oleh penumpang2 kereta. Mereka mencadangkan peraturan baru ini tanpa ada usaha untuk menyelesaikan peraturan2 lama y lebih penting. Contohnya, mewajibkan semua lori dan bas membesarkan lampu belakang mereka kerana y terdapat sekarang amatlah kecil berbanding dengan saiz bas dan lori. Selepas wujudnya peraturan, jalankan penguatkuasaan y ekstrim untuk mendidik setiap individu y terlibat untuk lebih patuh kepada undang2 y memberi kebaikan kepada semua pihak. Rakyat Malaysia terkenal kerana sikap mereka y susah untuk ditunjuk ajar. Mentaliti mereka sukar diubah. Inilah y sepatutnya ditekankan dalam proses penguatkuasaan undang2, bukan hanya menguatkuasakan peraturan selepas bencana berlaku.

Memang betul, kajian menunjukkan bahawa peri pentingnya untuk memakai rear seatbelt, namun tolonglah, berikan perhatian sewajarnya kepada peraturan sedia ada.

Selepas harga minyak turun, di mana pihak penguatkuasa pengawalan harga barang2. Harga barangan harian masih tinggi. Sibuk bercakap setiap hari tentang penurunan harga barang tetapi hasilnya x ada. Begitu juga dengan aktiviti penyeludupan minyak. Bukan kerana penyeludup lebih bijak, tetapi sikap pihak penguatkuasa y makan gaji buta. Sekiranya setiap sikap penguatkuasakan undang2 ini dapat diubah, pastinya negara akan lebih makmur dan rakyat lebih selamat.

p/s : Aku angin jugakla bila kerajaan Kedah sibuk nak buka kandang babi. Kalau dah kandang babi tu berteknologi tinggi, x bau busuk, bersih n sebagainya, aku cadangkan kerajaan negeri pimpinan parti Islam itu membuka kandang babi itu di depan Masjid Zahir atau di tengah2 Alor Setar! Napa nak g buka kat kampung orang pulak!!!