Assalamualaikum WBT..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!
Lailahaillahu Allahuakbar!
Allahuakbar Walillahilham!!
Alhamdulillah, hari ni, dapat sekali lagi kita merayakan hari kebesaran umat Islam iaitu Aidil Adha atau Hari Raya Korban 1432H. Syukur, kerana walaupun di dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ni, dengan bencana alam seperti banjir, gempa bumi y berlaku di banyak tempat di seluruh dunia, umat Islam masih lagi mampu untuk bersama2 menadah tangan, menunduk syukur serta mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan melafazkan takbir serta tahmid memuji kebesaran Allah. Syukur, di Malaysia ini, suasana tenteram serta nikmat keamanan masih mampu kita hirup walaupun pelbagai rintangan yang perlu kita hadapi.
Pada masa yang sama sekarang, berjuta umat Islam berkumpul di Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah haji. Penyatuan yang berlaku amat menakjubkan, di mana umat Islam tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, masing2 menyibukkan diri menjadi tetamu Allah pada tahun ini dan pada setiap tahun. Alangkah beruntungnya mereka kerana dijemput menjadi tetamu Allah tahun ini. Entahkan bila giliran kita untuk sampai ke sana bertemu dengan Allah. Semoga semua umat Islam yang melakukan ibadat haji tahun ini mendapat haji yang mabrur serta bersungguhnya beribadat. Bukan semata2 untuk menggunakan title haji dan hajjah saja bila pulang nanti, tapi perlu berubah secara total menjadi mukmin yang lebih cemerlang dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan moral serta penguatan akidah islamiah.
Aidil Adha juga merupakan hari kebesaran yang disarankan untuk kita melakukan ibadah korban yakni menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, unta dan lain2 untuk diberikan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Namun, korban bukan semata2 menyembelih leher binatang ternakan kemudian memberi kepada fakir miskin. Ia adalah lebih dari itu. Korban dalam erti kata sebenarnya ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar2 pengabdian. Pada hari ini juga, pengorbanan yang perlu kita lakukan di dalam hidup kita perlu lebih termotivasi untuk kita lakukan. Sebagai contoh, perokok, perlu bermotivasi untuk berhenti merokok, mengorbanan nafsu dan keinginan diri demi kesihatan diri serta keluarga. Pelbagai kaedah pengorbanan yang boleh dilakukan, bukan semata2 menyembelih lembu dan kambing. Konsep sebegini yang perlu ditekankan, akan maksud pengorbanan dapat dihayati dengan sedalam2nya.
Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA kepada semua umat Islam. Semoga kita sentiasa redha dengan kehidupan yang ada di depan kita dan bersedia untuk melakukan pengorbanan. Setiap orang beriman, tidak akan sempurna iman mereka selagi mana mereka belum diuji dan melakukan pengorbanan.
'Alif, Lam, Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.'(Surah Al-Ankabut 1-5)