Sep 5, 2009

'Tak Habis Lagi Isu Sebat'

Kadang2 rasa meluat kepada media n kebanyakkan daripada kita y gila kepada publisiti murahan. Untuk apa tujuan membuat sesuatu untuk meraih publisiti murahan, hanya tuan punya diri y lebih mengetahui. Kadangkala, terasa amatlah bodoh menjadi orang Melayu kerana ramai diantara kita y gemar berbalah tentang perkara2 remeh. Contohnya, pesalah syariah, Kartika Sri tu keturunan siapa. Sampai nak saman menyaman ni daripada keturunan kononnya keturunan Megat Terawis. Ntah apa2 ntah. Perbalahan di dalam media inilah y boleh kita tafsirkan sebagai 'gila glamor'. Maaf untuk dinyatakan, apa ada pada keturunan y baik2 sekiranya diri sendiri tidaklah elok sangat perangai. Ini adalah statement umum kepada semua orang.

Kita memang selalu berbangga dengan keturunan, padahal y baik bukanlah keturunan, tetapi nenek moyang y berjasa n berpegang kuat kepada nilai2 agama n budaya. Tidak semestinya keturunan baik, akan melahirkan generasi y berakhlak tinggi. Semuanya bergantung kepada sikap n kaedah diri sendiri untuk menjadi y seorang y baik. Sama juga seperti y mendakwa daripada keturunan Nabi SAW. Adakah keturunan itu benar2 mengikut al-Quran n Sunnah sepertimana nenek moyang mereka. Tidak semua. Jadi, apa ada pada keturunan y baik kalau diri sendiri tidak mahu menjadi baik.

Isu sebat ini mudah. Apabila sudah dijatuhkan hukuman, maka jalankanlah. Ataupun ia akan menjadi tidak adil kepada orang lain kerana setiap orang y djatuhkan hukuman, pasti akan dihukum. Jadi, apa kelebihan seorang wanita y bernama Kartika Sri sehinggakan namanya menjadi isu nasional. Kita sebagai umat Islam patut berasa bangga kerana sekurang2nya, kes ini menjadi rujukan n iktibar kepada sesiapa sahaja y melanggar larangan Allah. Sebenarnya, kita tidak sedar bahawa kita sedang mempermainkan agama kita sendiri, sama macam Nik Aziz. Benarlah seperti didalam satu hadith, Nabi SAW bersabda, bahawa apabila dekatnya kiamat, maka akan muncul golongan y pada paginya ia kafir, tetapi petang Islam. Hadis ini merujuk kepada golongan y suka mempersendakan agama.

Selain daripada nak mempertikaikan hukuman ini, eloklah para penguatkuasa undang2 y lain pergi menguatkuasakan dengan lebih berkesan lagi. Di Kuala Lumpur contohnya, berapa ramai orang2 Islam y meminum arak? Jumlahnya amatlah ramai. Di kelab2, disko n sebagainya, arak ditogok macam air sejuk. Dimanakan penguatkuasa undang2? Inilah y menjadi masalah keruntuhan moral masyarakat kita pada hari ini. Mungkin apa y bolah dikatakan kepada semua y terlibat mempersoalkan hukuman sebat kepada Kartika Sri ini adalah, sebatlah sebelum anda disebat oleh rotan Allah SWT.

Sep 3, 2009

'Minyak naik lagi!'

Semalam, rakyat Malaysia menerima hadiah kemerdekaan daripada kerajaan iaitu kenaikan harga petrol iaitu 25 sen untuk petrol premium RON97 dan 5 sen untuk RON95. Asas untuk menaikkan harga minyak ini sudah tentulah kerana kenaikan harga minyak dunia y menyebabkan subsidi kerajaan terhadap petrol meningkat dengan drastik.

Sebagai pengguna, saya memandang ini secara pro n kontra. Hakikatnya, kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi y berjumlah berbillion ringgit setahun hanya untuk mengawal harga petrol. Sekiranya tidak melibatkan campur tangan kerajaan dalam menentukan harga petrol, maka sudah tentulah rakyat akan lebih terbeban terhadap kenaikan harga minyak dunia. Lagi pula, duit subsidi petrol y dapat dijimatkan akan dapat disalurkan kepada pembangunan negara menjelang tahun 2020. Mungkin bagi sesetengah orang, termasuk diri saya sendiri, kenaikan ini merupakan satu bebanan. Namun, rasanya rakyat Malaysia sudah 'imun' terhadap harga petrol pada masa ini kerana pernah merasai harga y lebih tinggi di zaman pemerintahan Pak Lah. Masa akan menjadikan setiap orang menyesuaikan diri dengan harga baru ini.


Kenaikan ini tidaklah mengejutkan kerana kalau tidak salah, kerajaan telah mengumumkannya lebih awal apabila bercadang untuk memperkenal petrol RON95 ke dalam pasaran. Saya rasa pengumuman itu telah dibuat beberapa bulan y lalu. Namun, kenaikan pada musim perayaan begini tidaklah sesuai kerana krisis harga barang y belum menampakkan stigma penurunan. Sepatutnya, penguatkuasaan perlu dilakukan oleh kerajaan dengan lebih tegas untuk mengawal harga barang2an harian. Harga barang perlu dipaksa turun terlebih dahulu, barulah harga minyak dinaikkan. Rasanya, harga barangan2 sekarang ini bernilai setaraf dengan harga petrol RM2.80, dimana harga barang telah dinaikkan pada masa kenaikan harga minyak ke RM2.80 dahulu n tidak ada penurunan selepas itu. Jadi, bukan hanya perlu memikirkan beban kerajaan untuk menanggung jumlah subsidi namun perlu dilihat juga bebanan rakyat y rata2 berpendapatan rendah. Y miskin terus miskin, y kaya terus kaya. Walaupun KDNK Malaysia menokok kepada tahap y tinggi berbanding tahun2 y lepas, namun masih ramai sebenarnya y hidup di dalam keadaan miskin n daif. Pastinya, para peniaga pasti akan mengambil kesempatan di atas kenaikan harga ini. Harapan supaya kerajaan tidak akan menaikkan minyak lagi untuk setahun dua ini agar rakyat merasa mereka ini merupakan aset y lebih penting kepada kerajaan.