Jul 10, 2009

'PPSMI'

Nampaknya, sekali lagi saya perlu menulis n memberi sedikit pendapat tentang isu PPSMI walaupun sebelum ini saya ada mengulas tentang isu tersebut. Saya merupakan antara rakyat y paling kecewa dengan keputusan kerajaan. Sepatutnya, kerajaan perlu mendengar suara seluruh rakyat, bukan mendengar mereka y berdemonstrasi tanpa ada hala tuju, hanya untuk mendapat keuntungan dalam politik. Inilah realiti bangsa kita, terlalu banyak sangat berpolitik sampaikan nasib anak bangsa tidak langsung dipedulikan.

A. Samad Said n beberapa lagi tokoh sasterawan, tidak benar2 arif tentang usaha kearah kemodenan n keselesaan hidup. Mereka adalah tokoh sastera, bukan ahli akademik. Bidang mereka agak terbatas dalam mendalami n memahami usaha untuk memajukan bangsa n tanahair. Sekiranya kita amati keputusan kerajaan y mahu memansuhkan PPSMI sepenuhnya pada 2012, n memulangkan semula hak bahasa Malaysia kepada pengajaran n pembelajaran sains n matematik hanya di sekolah2 aliran kebangsaan, tidak termasuk sekolah2 jenis kebangsaan (Cina n Tamil), maka ini adalah keputusan berat sebelah. Umum mengetahui bahawa kaum Cina n India mendahului kaum Melayu dalam hal menguasai bahasa Inggeris. Dalam setiap hal, nampaknya orang Melayu selalu memilih jalan untuk ke belakang. Ini y malangnya apabila berbicara tentang nasib orang Melayu. Sekiranya A. Samad Said begitu ikhlas memperjuangkan bahasa Malaysia, maka perlulah beliau mengadakan satu lagi tunjuk perasaan untuk mendesak kerajaan supaya tidak kira apa jenis aliran sekolah, perlunya matematik n sains di ajar dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Baru ini akan dikatakan pejuang bahasa y sejati.

Rakyat semakin arif bahawa, setiap kali menteri2 bertukar portfolio, maka dasar2 akan bertukar2. Mungkin menteri2 ini tidak lagi menpunyai idea y lebih bernas bagaimana mahu memartabatkan sistem pendidikan di tanah air. Tidak seperti menteri2 pelajaran semasa negara di awal2 tahun kemerdekaan. Banyak idea2 bernas y lahir n berjaya mentransformasikan sistem pendidikan menjadi sangat bermutu. Begitu juga dengan Dewan Bahasa n Pustaka (DBP). Tidak ada lagi perkembangan bahasa y dahulunya amat kita banggakan. Mereka tidak lebih hanya menceduk bahasa Inggeris n memelayukannya. Pusat Perkembangan Bahasa DBP tidak lagi berfungsi seperti y sepatutnya.

Dalam hal ini, anak2 kita y menjadi mangsa. Mereka ibarat 'tikus makmal' y sentiasa diuji. Kesan positif @ negatif, mereka y terlebih dahulu merasakannya. Kerajaan sepatutnya lebih tegas ketika berhadapan dengan kelompok2 ekstrimis, tidak kira ekstrimis agama, bangsa n bahasa, ia perlu ditangani berpaksikan pendapat majoriti. Dalam hal PPSMI, kerajaan perlu mendengar sebanyak mungkin suara rakyat. Bukan hanya kajian kasar sahaja. Amat susah untuk bersaing di IPT dalam n luar negeri sekiranya kita tidak mahir menguasai bahasa mereka. Saya pernah mengalami pengalaman sedemikian sehinggakan saya perlu membawa kamus kemana2 saya pergi semasa saya merantau belajar di UK dahulu, untuk memudahkan segala urusan. Hari pertama di dalam dewan kuliah amatlah menyeksakan. Oleh sebab itu, saya begitu menyokong agar pendidikan dalam bahasa Inggeris dimulakan sejak dari awal usia kanak2. Kasihanilah mereka. Realitinya sekarang, kita perlu menguasai bahasa Inggeris untuk menjadikan kita bangsa y setanding dengan bangsa Barat kerana sekarang mereka menguasai segala2nya. Sains, ekonomi n teknologi. Kita tidak akan ada apa2 y boleh dibanggakan sekiranya d masih mahu kembali ke dalam tempurung. Bangsa Melayu akan menjadi terkenal sebagai bangsa y selalu dijajah n ditindas.

p/s: Dah hilang respect kat A. Samad Said..

Jul 8, 2009

'Kisah Tok Guru'

Selama ini, orang2 dari parti PAS amat berbangga dengan Tuan Guru mereka, siapa lagi kalau bukan Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am parti tersebut y nampak gayanya akan menjawat jawatan itu sehingga ke liang lahad. Saya dahulu merupakan salah seorang pro-UMNO y begitu menghormati ilmu n keperibadian Nik Aziz. Namun, saya pasti sekarang, bahawa dahulu saya telah tersilap menilai Nik Aziz.

Pada zaman Nabi SAW, baginda begitu bimbang tentang kewujudan ulama su' y dalam hadith2 baginda, akan muncul pada akhir zaman. Ramai y sekarang mengakui diri sebagai alim n berpengetahuan y tinggi dalam bidang agama, namun secara jelas tidak 100% mempraktikkan kealiman itu dalam kehidupan seharian. Banyak perkara y diselindungkan demi kepentingan politik y cetek.

Janganlah ada orang datang kepada saya n mengatakan Nik Aziz bila mati akan masuk syurga (seperti dakwaan sesetengah ahli PAS y ekstrem), kerana belum tentu lagi. Banyak kesilapan n kekhilafan y telah dilakunya. Sebagai orang y dihormati, dia sepatutnya menjadi contoh n teladan kepada orang lain. Tetapi dia pula y menjadi 2x5 dengan orang2 PAS lain. Kadang2, apabila diperhatikan kenyataan2 Tok Guru ini, dirasakan seperti seorang kanak2 y sedang berkata2. Tidak matang n main hentam kromo jer apa y tidak sealirang dengan perjuangannya. Ini y dikatakan sebagai ketam y tidak berjalan betul tetapi mahu mengajar anaknya berjalan dengan lurus.

Mengatakan orang Islam y tidak PAS sesat adalah permainan mulut Nik Aziz sekarang. Jadi, inikan ulama y kita harap2kan. Politik, politik la jugak, tapi jangan sampai melacurkan keperibadian sendiri dengan mengeluarkan kata2 kesat kepada orang lain y tidak seperjuangan. Walaupun kita berada di tempat y tinggi, namun hormatilah orang lain. Susah sebenarnya nak mencari ulama y betul2 ulama sekarang ini.

p/s: PAS+UMNO- Harapan y xkan pudar..