Jul 1, 2009

'Kisah Pelajar UM y Dungu'

Sehari dua ni, heboh dengan kisah beberapa pelajar dari Universiti Malaya (UM) y telah bertindak bodoh dengan melakukan vandalisme, menconteng Dewan Akademi Pengajian Islam UM dengan kata2 kesat kepada isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor. Tidak dapat dipastikan adakah mereka ini benar2 mahasiswa UM ataupun cuma manusia bodoh y bertopengkan pelajar sebuah universiti terkemuka kerana sikap mereka y begitu biadap y sama sekali tidak boleh dimaafkan.

Sebenarnya, bermacam2 perkara y bermain2 di fikiran saya ketika ini, terutamanya selepas membaca satu berita dari internet y melaporkan bahawa seorang pelajar UM telah mengugut pihak universiti supaya tidak mengambil tindakan terhadap rakan2 y didakwa melakukan perkara y tersebut, sekiranya pihak universiti tidak mahu berhadapan dengan bantahan daripada mahasiswa UM sendiri. Pada saya, saudara Shazni Munir, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam lebih bodoh daripada seekor lembu (mungkin ini y paling sesuai y patut saya gunakan dalam entry saya ini). Dia telah salah percaturan dengan menulis di dalam blognya sedemikian. Dia fikir semua mahasiswa adalah bodoh sepertinya. Inilah bahananya sekiranya mahasiswa y masih mentah terjerumus dalam arena politik. Sebab inilah AUKU dikuatkuasakan, supaya tidak ada mahasiswa2 sebegini y pastinya akan merosakkan negara pada masa akan datang. Kononnya nak menjadi hero mahasiswa. Shazni, u just go to hell.

Apa y paling saya kesalkan, mereka ini adalah pelajar pengajian Islam. Saya amat risau sekiranya ini akan menjatuhkan martabat n maruah agama Islam kerana ramai orang luar y memerhatikan perbalahan di kalangan umat Islam sendiri supaya mereka terus lemah n tidak mampu bangun lagi. Inikah generasi y kita harapkan. Ubun2 masih lembik, tetapi sudah pandai nak ugut itu n ini. Saya percaya, ada dalang disebalik semua y berlaku ini.

Pada hemat saya, UM tidak perlu takut untuk membuang pelajar2 sebegini y menjadi duri dalam daging. Supaya peristiwa lalu tidak berulang, kurung sahaja mereka y tidak tahu mengenang budi ini ke ISA. Saya memang terasa begitu teruja untuk berhadapan dengan orang2 sebegini. Walaupun mereka in berwajah Islam, berpendidikan Islam, namun hati n jiwa mereka tidak lebih daripada seorang yahudi begitu ekstrimis, y di dalam hati mereka cuma ada perasaan benci semata2. Janganlah permainkan Islam untuk kepentingan sendiri. Belajar2lah pandai, jangan dok membuang masa sahaja membuat perkara2 bodoh sedemikian. Takut di masa hadapan, kamu semua hanya menjadi peminta sedekah di tepi jalan.

p/s: Geram, geram, geram....!!!

'Selamat Datang Ke USM'

Rasanya, belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Datang n Tahniah kepada semua pelajar2 baru sidang akademik 2009/2010. Selamat datang ke Universiti APEX y menjadi kebanggaan semua. Kepada y mendapat tempat ke Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Tahniah n Selamat Datang. Rasanya, pengambilan kali ini, tidak begitu ramai. Alhamdulillah, y terpilih pasti merasa bangga kerana berpeluang menjejakkan kaki, menimba ilmu n mendapat segala jenis pengalaman di universiti y terulung ini.

Apabila berada di sini, ilmu akademik adalah matlamat utama. Kejar n raih sebanyak mungkin ilmu y telah lama tersimpan di perut USM ini. Di universiti, pelajar2 akan menjadi lebih berdikari, belajar untuk membuat keputusan sendiri. Walaupun usia masih mentah, diharap dengan pengalaman baru, akan menjadi semua lebih matang n berupaya untuk menyumbangkan sesuatu kepada universiti ini untuk menjadikannya gedung ilmu y terulung di Malaysia.

Banyak y harus diingatkan kepada diri sendiri. Jadikanlah insan y bertanggungjawab. Jangan ikut perangai2 buruk kawan, ikutlah apa sahaja y memberi manfaat n kebaikan. Saya percaya, sebahagian besar daripada pelajar2 ini akan mendapat PTPTN. Uruskan dana itu sebaik2nya. Jangan berbelanja dengan cara tidak berhemah. Gunakan untuk apa sahaja y berkaitan dengan ilmu. Membeli buku n makan minum adalah perkara y paling utama. Kadang2, remaja2 y baru merasa memegang duit dalam jumlah y banyak akan mudah hanyut n lupa akan tujuan duit itu diberikan.

Beri tumpuan n fokus utama kepada ilmu akademik. Tidak usahlah untuk 'join' itu n ini, especially persatuan2 y lebih banyak membuang masa daripada memberi faedah y terbaik kepada semua pelajar. Sebagai contoh, MPP, Persatuan Pelajar Islam, Persatuan Bahasa TiongHua n lain2. Walaupun bertujuan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman, tetapi percayalah, ia akan menyebabkan tujuan utama untuk datang n belajar di universiti ini akan menjadi terbantut kerana secara kasarnya, persatuan2 seperti ini tidak akan menyebabkan pelajr2 berijazah dengan grade y baik, malahan ramai y pada tahun pertama mendapat grade kelas pertama, telah merosot pelajarannya kerana terlalu sibuk dengan aktiviti2 berpersatuan ini.

Y paling utama, jagalah diri baik2, keselamatan n ingatlah setiap pesan ibu n bapa y menaruh harapan menggunung untuk melihat anak2 mereka, y dibesarkan hasil peluh n air mata menjadi insan y berjaya. Selamat Maju Jaya..

Jun 28, 2009

'Duta Kecil Ke Rusia'

Semalam, hari y agak sedih n emosi untuk aku n famili aku. Cousin aku, y paling rapat ngan aku, Faiz berlepas ke Rusia untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Aerospace Engineering. Dia akan stay kat sana selama 5 tahun setengah. Dia pergi atas tajaan MARA melalui Skim Pelajar Cemerlang (SPC) MARA.

Agak ralat jugak masa kenduri untuk meraikan dia sebelum belayar, aku x dapat nak join sebab kena g sampling kat Belum. Tapi, apa2 pun, puas hati jugak la sebab aku dapat hantar dia sampai KLIA semalam. Baru jap tadi dia mesej aku y dia dah sampai Franfurt, Jerman untuk transit sebelum bertolak ke Rusia malam ni.

With parent n siblings plus Makteh

Dut ar ambik gambaq, x clear nih!

Cousins..

Dengan Mak n Bapak..

Dalam2 banyak2 cousin aku, ngan dia ni la aku paling rapat even beza umur 7 tahun. Fizikal dia cam orang umur 25 tahun, so, no wonder la. Dia ni membesar depan mata aku sebab masa dia kecik dulu, dia stay ngan tok aku y kebetulan sebelah rumah aku ja. Pastu, masa sekolah menengah pun, kat Sekolah Sains Pokok Sena, Kedah. So, memang anak Kedah jati la kiranya. Aku memang tabik la kat dia ni sebab dalam famili kitorang, dia memang paling power n genius setakat la ni. Dari sekolah rendah sampai la SPM, memang score straight A ja dalam semua exam.

Kitorang memang rapat. Aku ni dah dia anggap cam abang dia dah since dia pun xdak abang. Asal balik kampung ja, mesti datang rumah aku tidur ngan aku. X kira time raya ka, cuti ka apa ka, memang dok lepak kat rumah aku la even rumah tok kat sebelah ja. Budak ni budak baik. Setakat umur dia 19 tahun ni, belum pernah la kami bergaduh or bermasam muka. Kira dia ni cam lurus bendul jugak la, haha, sori Faiz. That's why aku agak emosi sikit bila dia nak g. Tambah lagi tahun ni aku akan kawin, so pasni memang dah susah dah nak gather. X tau la bila lagi nak jumpa dia.
Makteh, grew up in front of her..

Ngan adik2 (Iylia was not in the photo)

Pas briefing ngan wakil MARA..

Duta kecil Malaysia ke Rusia..

Kawan2 seperahu..

Sekejap jer masa berlalu. Semua dah besar, dah ada tanggungjawab sendiri. Aku harap sepupu aku ni akan dapat sumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa n negara. Ubah sikit mentaliti orang Melayu nanti. Ini tidak, nak g belajar luar negara pun nak guna kabel. Lembik n tiada daya usaha. Apa2 pun, menyesal jugak aku x belajar pandai2 n rajin2 masa sekolah dulu. Teringin jugak nak g luar negara even dah pernah gi Hadyai, hehe. Faiz, hang belajaq la rajin2. Jaga diri baik2. Balik with 1 piece.
Time to go..adios!

p/s: Bon voyage bro..Hope hang suka jacket merah tu. X tau apa nak bagi kat hang.