Jun 18, 2009

'Chin Peng Part 2'

X tau la, apa la nak jadi kat sesetengah orang sekarang ni. Isu Chin Peng dah menjadi isu nasional y sebenarnya melebihi isu2 lain y lebih penting. Y terkini, ada pulak komen daripada ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sepatutnya menerima n membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Mustahil Anwar buta sejarah. Beliau dahulunya seorang y sangat berkharisma, tidak bertolak ansur kepada apa2 y boleh melukakan hati rakyat, namun itu y dilakukannya sekarang. Saya ada menonton kenyataannya di internet tentang komennya pasal Chin Peng. Memang surat khabar tidak salah melaporkannya.

Derita para anggota pasukan keselamatan kita masih tidak ada pembelaan. Nasib mereka tidak banyak berubah walaupun negara sudah lama aman hasil keringat n darah mereka. Adakah mampu untuk kita membalasnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Sedih bila mendengar masih ramai y kononnya memperjuangkan hak asasi, meminta kerajaan menerima semula Chin Peng. Teluskah permintaan sebegini. Masih adakah ruang untuk kita memaafkan orang y telah membunuh ibu bapa kita, saudara-mara kita, keluarga kita.

Sepatutnya setiap anggota keselamatan y telah berjuang untuk menentang musuh negara, wajar diberikan penghormatan y amat tinggi. Memandangkan di negara ini, darjat Datuk2 mungkin antara y paling tinggi, maka boleh dicadangkan diberikan darjah kebesaran tersebut kepada semua anggota2 keselamatan yang telah menggadaikan nyawa kepada senjata pengganas dahulu. Ia lebih baik daripada diberikan kepada Shah Rukh Khan, Michele Yeoh n artis2 lain. Tidak sebesar mana jasa mereka kepada negara. Apa y hendak dirisaukan, padahal setiap daripada raja2 n sultan2 kita mempunyai kuota y banyak untuk darjah2 kebesaran tersebut.

Anwar Ibrahim nampaknya manusia y amatlah terdesak n gila kuasa. Sanggup menggadaikan aspirasi rakyat semata2 untuk kepentingan peribadi. Amat sedih n malang sekiranya begini rupa pemimpin y kita pilih. Benarlah seperti y termaktub dalam sebuah hadith sahih y lebih kurang begini maksudnya,'bahawa apabila hampir kepada kiamat itu, maka pemimpin y dipilih adalah daripada golongan munafik'.

p/s: Melayu semakin terancam...

'Cendol Leman Dawi'

Minggu lepas, aku telah g ke Rembau, Negeri Sembilan. Aku kat sana seminggu untuk fieldwork dekat Gunung Angsi. Pergh, tinggi jugak gunung tu. Pancit aku, hari2 kena daki untuk g ke plot tempat sampling tu. Ada lebih kurang 9 plot, tapi aku kena sampling kat 4 plot jer. Plot y paling tough ialah plot 8. Kitorang terpaksa mendaki cerun 80 darjah, straight. Masa nak turun tu, aku pakai menggelongsor jer ke bawah. X licin sangat, tapi xdak tempat nak pijak. Nak x nak, terpaksa la. Tapi puas hati, dapat cabut lebih kurang 6 akar tongkat ali, hehe.

Rembau ni cam pekan koboi jer. KFC pun xdak. Ada 2 pasaraya besar iaitu, FRESCO n Family Store. X tau la FRESCO ni adik-beradik Tesco, sebab kitorang x g pun. Lalu kat depan jer. Kitorang stay kat Kompleks Penyelidikan Pertanian Ulu Sepri. Ok la, tempat baru. Cam nice jer. Depan tempat kitorang stay tu dekat sangat dengan Hot Spring Pedas. so, kitorang kalau letih jer, g spa kat situ la, haha. Best betul.

Tapi y paling special kat sini mestilah Cendol Leman Dawi. Sapa y x kenal Leman Dawi memang la, x tau nak cakap apa la. Famous tu. Dah brapa kali masuk TV termasuk Majalah 3. Apa y menarik n membuatkan kedai cendol ni berbeza dengan kedai2 lain, adalah, dekat sini, pas makan cendol, boleh tambah dengan percuma. Cendol dia pun sedap n murah. Y paling menarik tu, mestilah tokei kedai tu sendiri, Leman Dawi. Leman Dawi ni terkenal sebab kebolehan dia mengingat fakta2 y menarik tentang semua benda. Kalau bercerita tentang Penang, dia siap bagi tau brapa panjang jambatan PP, brapa penduduk dia, asal usul Penang n macam2 lagi. Kira, dia ni cam public figure la kat situ, since dia pun dah brapa kali keluar kat TV. Y lebih menarik, kedai dia ni sangat la bersih. Kalau 10, aku bagi dia 10 la, full mark untuk kebersihan. Bayangkan, kedai cendol, seekor lalat pun xder kat atas meja. Tuala y dia guna untuk lap meja bersih ja. Y paling menarik tu, setiap tuala tu dia rebus dengan air panas. Termasuk jugak semua mangkuk n sudu2 y dah digunakan. Tandas dia xyah cakap la, paling bersih y pernah aku tengok berbanding2 dengan mana2 restoran n tandas awam. Ini kot y menjadi daya penarik kepada kedai dia tu. Tempat duduk asyik penuh jer. Inilah rezeki sekiranya ikhlas berniaga.

Pergh, tambah cendoi free....

Tengok, flies free wa cakap lu..

Air barli pun free?!Camna dia untung ni?!

Bukti betapa bersihnya kedai ni, periuk untuk
merebus tuala,mangkuk n sudu.


Penat, tetapi menyeronokkan. Nak demam jugak aku rasa sebab banyak sangat fieldwork. Besok nak kena g Belum pulak. Tapi aku enjoy dengan pengajian aku ni.

p/s: Hope to contribute something to USM, since we've got one new species of insect in Belum. Even student is just a pencacai di sini.