Jan 21, 2009

'AUKU Part-2'

Sebenarnya, saya baru balik dari fieldwork kat Ipoh. Saya kat sana selama seminggu. Sayang sebab saya x sempat untuk mengikuti perkembangan politik kampus, terutamanya di USM. Saya juga terlepas untuk mengundi dalam pilihanraya kampus y tampak lebih kecoh dari pilihanraya Kuala Terengganu. Ok, dalam AUKU Part 2 ni (memenuhi permintaan Wawa n Nik), saya just nak tulis sedikit sahaja memandangkan dalam entry AUKU y lepas, saya dah sentuh secara lahiriah tentang AUKU (dari perspektif sendiri).

Saya sebenarnya x faham, kenapa ada segelintir mahasiswa mahu memansuhkan AUKU. Adakah AUKU menyekat seseorang itu dari menuntut ilmu. Adakah AUKU ini satu undang2 y mahu memundurkan generasi muda pada hari ini. Sejak AUKU dilaksanakan, berapa ramai profesionalis y lahir dari universiti tempatan dan menjadi seseorang y penting di Malaysia ini. Kenapa mahasiswa perlu bising tentang AUKU. Kenapa mereka tidak bising tentang bagaimana mereka menyalahgunakan duit pinjaman PTPTN n biasiswa semata2 nak berpolitik di dalam kampus. Bukannya nak bising kenapa mereka tidak mampu untuk berdisiplin dalam menuntut ilmu.

Saya ada mendapat laporan, bahawa telah terjadi beberapa peristiwa sebelum pilihanraya kampus minggu lepas. Ada demonstrasi @ penyerahan memorandum kepada pihak atasan USM untuk pemansuhan AUKU. Menurut laporan, ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat versi kampus. Persoalannya, kenapa mahasiswa2 ini terlalu mengikutkan kata hati y tidak tahu asal usul n hujung pangkat perkara y mereka perjuangkan itu. Ketua mereka baru di Tahun 2 pengajian, ubun2 masih lembik lagi. Tidak fikirkah tentang ibu bapa di rumah y mengharapkan dada anak mereka hanya diisi dengan ilmu, bukan politik. Saya hanya menggeleng kepala. Belum tentu mereka ini sudah habis membaca n menghayati segala apa y termaktub dalam AUKU. Ataupun mereka sebenarnya tidak tahu AUKU itu apa. Ini y dikatakan bodoh sombong.

Saya juga mendapat informasi juga y wakil pro-Mahasiswa (apa2 ajelah), Adi Syahid Mohd Ali, Tahun 2 Sains Kemasyarakatan y menjadi wakil menyerahkan memorandum itu. Kepada Adi Syahid, atau kawan2nya atau mereka y kenal dengannya y melayari blog ini, saya amat teruja untuk bertemu dan bersembang 'kosong' dengan Adi Syahid ini tentang AUKU. Saya mencabarnya untuk berjumpa dengan saya dan memberi saya hanya 2 sebab kenapa mahu memansuhkan AUKU.

p/s : Budak2 y masuk politik kampus ini, hanya kambing hitam jer.