Oct 9, 2009

'Jemputan ke Perkahwinan Saya'

Assalamualaikum WarahmatullahiaWabarokaTuh,

Saya, Wan Mohd Hafezul Wan Abdul Ghani, dengan berbesar hati mewakili kedua ibu bapa saya serta keluarga ingin menjemput semua yang mengenali saya iaitu rakan-rakan, kawan-kawan serta sahabat-sahabat saya terutama yang pernah belajar dengan saya di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru, Maktab Mahmud Alor Setar, Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (SMTAS), Kolej Matrikulasi Melaka, University College Dublin (UCD) Ireland, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universiti Sains Malaysia (USM). Akad nikah akan berlangsung pada 30hb Oktober 2009 di rumah tunang saya, Nur Asshifa Md. Noh (Shifa) di Kamunting, Perak diikuti dengan majlis Perkahwinan pada 31hb Oktober 2009, Sabtu.

Majlis di pihak saya adalah pada 7hb November 2009, hari Sabtu di rumah keluarga say di Alor Setar, Kedah.




Semua di jemput hadir.

Doakan semoga majlis perkahwinan ini diberkati Allah SWT dan ikatan yang terbina akan kekal ke anak cucu.

Wassalam

Oct 7, 2009

'Pakaian Dalam Islam'

Saya tertarik dengan laporan berita hari ini tentang Sheikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi, yang berhasrat mahu mengharamkan pemakaian purdah di kalangan pelajar-pelajar perempuan Universiti Islam tersohor itu. Alasan utama hasrat tersebut dinyatakan adalah di atas sebab keselamatan di samping mahu membuang stigma terhadap Islam oleh masyarakat bukan Islam yang menyangkan bahawa Islam adalah agama yang jumud.

Dalam konteks ini, umat Islam begitu sensitif sekiranya ditegur tentang perkara-perkara yang mereka sendiri salah faham dan tidak dapat membezakan yang mana hukum, yang mana pula adat dan budaya masyarakat setempat. Purdah bukanlah pakaian Islam. Ia adalah pakaian masyarakat Arab Badwi di mana di sesetengah negara-negara Arab pada masa ini, pemakaian purdah adalah diwajibkan kepada golongan wanita. Di negara kita, khususnya golongan-golongan yang mengamalkan Islam secara tidak berilmu, pemakaian purdah ini disangka pakaian Islam yang dapat menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar. Walhal, ianya tidak ada kena mengena langsung. Terdapat juga kelompok yang mula merasakan yang mereka lebih Islamik daripada orang lain kerana mereka memakai purdah atau paling biasa pun, bertudung labuh. Maafkan saya, bukan niat mahu menjatuhkan dan memperlekehkan sesiapa, namun pengalaman saya berhadapan sendiri dengan orang-orang sebegini menjadikan saya agak skeptikal.

Hasrat Sayyed Tantawi boleh kita lihat daripada sudut kefahaman Islam yang sebenar. Beliau merupakan ulama tersohor, sudah tentu lebih memahami Islam yang sebenarnya. Beliau juga merupakan ahli akademik dan sarjana Islam yang sentiasa melakukan kajian tentang kesyumulan agama ini. Maka, hasrat beliau perlulah kita hormati dan bincangkan secara berhemah agar kita tidak mendedahkan kelemahan umat Islam kepada masyarakat bukan Islam. Sudah tentu selepas ini, akan ada perdebatan hebat tentang perkara ini.

Purdah digunakan oleh orang Arab kerana mereka kebanyakkannya tinggal di padang pasir. Fungsinya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melindungi mereka daripada habuk-habuk dan pasir-pasir kering yang boleh menyebabkan penyakit. Begitu juga dengan serban yang dipakai oleh kaum lelaki Arab. Ekor serban biasanya digunakan untuk menutup mulut dan hidung daripada dimasuki pasir. Apabila Islam muncul di Tanah Arab, pakaian Arab ini secara tidak langsungnya mempengaruhi pemakaian di kalangan orang Islam kerana mengikut sunnah baginda Rasulullah SAW. Namun, Islam yang maha suci tidak pernah melabelkan pakaian Arab itu sebagai pakaian rasmi dan keislaman. Ia adalah semata2 salah faham di kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Cuba fikirkan, adakah kurang Islamnya orang-orang Eskimo yang tinggal di kutub sekiranya mereka tidak berpurdah? Kalau purdah pakaian Islam, maka mati bekulah orang-orang Eskimo kerana perlu memakai purdah. Adakah Islam bukan agama yang adil dan ingin memberikan keselesaan hidup kepada penganutnya.

Saya tidaklah anti kepada sesiapa yang berpurdah. Ianya bagus tetapi lebih baik kita bersederhana ketika mengamalkan Islam. Allah menerangkan secara jelas di dalam Al-Quran tentang aurat-aurat kaum wanita. Tidak pula disebutkan tentang perlunya berpurdah. Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Bukan kecuali mata n tapak tangan.

"Sesungguhnya orang y paling mulia disisi Allah orang y paling bertakwa".

Oct 6, 2009

'Bagan Pinang'

11hb Oktober, rakyat Malaysia akan sekali lagi melihat satu pilihanraya kecil y kesekian kalinya selepas pilihanraya umum PRU-12. Calon2 sudah diumumkan. BN akan menentang PAS satu lawan satu. PAS akan mewakili sahabat2nya di dalam Pakatan Rakyat (PR), untuk menjadi wakil rakyat di kawasan y boleh dikatakan kubu kuat BN itu. Calon BN, Tan Sri Isa Samad, y pernah digantung daripada parti UMNO akibat politik wang, merupakan calon y boleh dipertikaikan kewibawaannya untuk menjadi wakil rakyat y baik.

BN pada masa ini bertungkus lumus untuk membersihkan namanya y corot akibat hilangnya kepercayaan rakyat akibat daripada pemerintahan y tidak bijak oleh bekas Perdana Menteri y ke-5. Sokongan rakyat nampaknya semakinnya meningkat walaupun di dalam semua pilihanraya kecil sebelum ini, BN menunjukkan rekod buruk dengan memenangi 2 kerusi sahaja berbanding dengan PR y berjaya 7 kerusi. Stigma buruk rakyat perlu dipulihkan kerana BN merupakan parti y banyak berjasa di dalam membangunkan Malaysia menjadi seperti hari ini.

PAS masih lagi dengan sikap buruknya iaitu mempermainkan agama semata2 untuk berkuasa. PKR hanyalah parti y memperjuangkan nasib individu y memang buruk moralnya. DAP pula dengan konsep Malaysian Malaysianya. Hanya BN sahaja melalui UMNO y tampak begitu jelas matlamat n halatuju untuk membangunkan negara.

Kenapa harus dipersoalkan seorang y pernah terlibat di dalam rasuah boleh menjadi calon. Ia sudah dihukum bukan. Kenapa seorang peliwat boleh menjadi wakil rakyat. Sedangkan bukan sahaja agama, malahan di dalam masyarakat sekalipun orang2 sebegini dipandang jijik. Namun, mungkin akibat dunia sudah nak kiamat, orang2 sebegini y diambil untuk menjadi ketua. Sungguh malang orang2 y bersama2 dengannya.

Namun, apa y paling dibenci apabila akan berlangsungnya sebuah pilihanraya, ialah apabila melihat didalam berita tv wajah2 calon y baru nak pergi rumah ke rumah untuk berkempen. Padahal, nasib rakyat sebelum pilihanraya tidak ada siapa y peduli. Masa itulah janji2 palsu ditaburkan. Entah apalah malangnya menjadi rakyat kerana selalu diketuai oleh orang2 y hipokrit n berpura. Saya harap, pengundi di DUN 31 Bagan Pinang, buatlah pilihan y tepat agar nasib rakyat akan terus terbela. Buanglah wakil rakyat y jelas hanya mahu memenuhkan perut sendiri n membiarkan rakyat menderita.