Saya sempat membaca laporan dari MalaysiaKini semalam. Agak memeranjatkan kerana terdapat satu laporan y menyebut, bahawa Timbalan Presiden MCA y baru, Chua Soi Lek telah mengeluarkan kenyataan tentang ketidak-relevan-an konsep ketuanan Melayu. Kenapa seseorang y telah lama berjuang dengan Melayu dalam Barisan Nasional berani mengeluarkan kenyataan provokasi seperti ini. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mencari populariti demi survival politik y tidak menentu pasca PRU 12 y lalu.
Umum mengetahui bahawa Chua Soi Lek pernah menggemparkan negara dengan skandal seks y menyebabkan dirinya kehilangan jawatan dalam MCA dan kabinet Malaysia. Jadi, tidak hairanlah tindakan terdesaknya sekarang kerana dengan cara itu, ia akan popular di kalangan masyarakat bukan Melayu di Malaysia ini. Saya pun hairan bagaimana seseorang y tidak mempunyai moral seperti ini boleh diterima pandangannya dan dipilih menjadi timbalan ketua untuk partinya. Memang benar, isu moral adalah soal peribadi, tetapi peribadilah y akan membentuk soal kepimpinan. Sekiranya seseorang itu berperibadi panas baran, sudah tentu dia akan turut membawa sikapnya itu sekiranya memimpin sesuatu organisasi.
Kenyataan Soi Lek kemudian disokong pula oleh Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. MCA y kalah teruk semasa PRU 12 sememangnya dilihat sedang mencari2 arah tuju untuk mengembalikan kekuatannya. Sikap rasis dan chauvinis seperti ini sama sekali harus ditolak demi perpaduan rakyat keseluruhannya.
Sejarah jelas menunjukkan bahawa Cina dan India adalah kaum pendatang. Namun, mereka diterima seadanya di negara ini dan dapat sama berkongsi kemakmuran negara. Jadi, hentikanlah sikap perkauman y hanya akan mengganggu proses pembangunan negara y sedang dalam era pemodenan ini. Sikap mempertikai hak2 keistimewaan Melayu y merupakan tuan tanah Malaysia ini hanya seperti 'menuang minya ke dalam api' y akan menyemarakkan lagi sikap prejudis antara kaum. Pada hemat saya, Soi Lek haruslah meminta maaf kepada orang Melayu tentang kenyataan jahatnya itu dan pemimpin2 bukan Melayu y lain haruslah terus menghormati orang Melayu kerana pengorbanan orang Melayu memberikan ruang untuk Cina dan India menjadi rakyat di negara ini tidak ada tolok bandingnya. 'Orang akan hormati kita sekiranya kita menghormati orang lain'.