May 14, 2009

'Memori Kolej Matrikulasi Melaka'


Semalam masa dok belek2 album lama, ternampak la gambar kat atas ni. Memori lama menjelma balik(jiwang), hehe. Ni la classmate aku masa kat Kolej Matrikulasi Melaka tahun 2001 dulu. Dah 8 tahun dah usia gambar ni. Masa tu kamera pun dok guna filem lagi. Kitorang sekelas di Praktikum 31.

Dalam kelas ni, ada 31 orang. Lelaki 10 orang ja. Banyak y dah extint dah. Diorang ni adalah, dari kiri, Aku, Amir, Azmi, Kobod, Pejel, Arau, Mad n Cik Sue. Y pompuan pulak, ramai sangat la, letih aku nak menaip. Y masih dok keep in touch ngan aku cam Izani, Masturah, Achik and of course tunang aku, Shifa. Pergh, aku sedar, dah lama dah aku get along ngan Shifa ni, hehe.

Ramai gak y dah kawin. Cam Kobod, baru ni aku contact dia, dioa baru dapat anak sulung. Pejel plak kawin bulan 6 ni. Azmi dah selesai dah bulan Disember hari tu. Izani pulak akan berkahwin ngan Mad, classmate kitorang jugak, pun bulan depan. Cik Sue pun dah kawin.. Dah ada anak dah pun. Amir aku dah lost contact ngan dia. Arau masa jumpa time raya hari tu, baru dok bercinta. Kahwinnya x tau la bila. Aku ngan Shifa plak, hujung tahun ni nak kawin dah. Nora pun bulan 6 ni jugak kalau x salah.

Emm, cam baru semalam ja kami tinggalkan matrik. Banyak sangat kenangan manis. Dulu matrik lain, x macam hari ni. Dalam setahun, hanya 3 kali je balik rumah. Cuti pertengahan semester, cuti semester n hari raya. Kira dalam setahun tu, masa banyak habis ngan member2 la. Sedih sangat masa hari last nak blah. Kira, paling rapat ngan aku sehingga sekarang, Pejel. Dia memang bestest fren aku.

Paling best masa bulan puasa n hari raya haji kat sana. Semua dengan kawan2. Setiap malam, 28 hari g terawih ngan kawan2. Bangun bersahur. Main meriam buluh sampai kena kejar ngan En. ISA (nama dia Isa, kami panggil ISA sebab strict giler pasal disiplin). Aku ingat laig, satu blok kena panggil turun pukul 3 pagi sebab main meriam. Padahal y main tu 2 3 orang jer. Pastu semua kena g masjid, bersumpah ngan al-Quran kata x main meriam tu. Pikir2, memang jahat giler time tu. Kitorang berkurung dalam bilik, tutup lampu, n x turun sampai ke pagi.

Masa raya haji plak, pentadbiran matrikulasi ada buat majlis korban. 4 ekor lembu ditumbangkan. Best giler. Masa tu sembelih lembu x pakai tali pun xper. Ramai giler student y pakat dok pegang lembu tu termasuk aku. Sampai lembu tu x bergerak langsung walau sikit. Ada sekor lembu y terkorban malam raya haji tu sebab terjerut leher masa kena tambat kat bawh pokok belakang koperasi kitorang.

Best betul masa dok pi kacau budak2 tengah dok prep. Kira cam agensi pencegah maksiat la ni. Ketuk bilik kelas kalau ada lelaki n pompuan tengah dok buat study group. Aku ingat lagi, ada satu bilik tu, budak2 tengah buat study group. Kitorang ketuk n pekik, "Buka pintu, JAIS, JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor)!!". Tiba2, dengar satu suara perempuan cakap, " Jais xder". Lembut jer suara tu. Kitorang gelak giler nak mampus, haha. Nakal betul time tu.

The Good Old Days. Memang cannot buy la al those things. Terfikir gak nak buat reunion (kami dah pernah buat reunion untuk Praktikum 31 kat KL tahun 2004). Tapi susah sebab ramai y dah berkerja, dah ada family. Apa2 pun, memang paling best la. Antara kenangan n memori y paling best la dalam kamus hidup aku.

p/s: Teringat jugak time aku homesick dulu masa 1st 2 weeks kat KMM. Kelakar giler, hahaha!


May 12, 2009

'Kita yang Tertewas'

Keputusan mahkamah tinggi dengan keputusan bahawa PR masih memegang tampuk negeri Perak secara sah membawa maksud y cukup mendalam kepada semua pihak untuk berfikir. Walaupun telah memerintah negara selama 52 tahun, namun merampas Perak melalui lompat pari adalah tindakan y paling tidak bijak n tidak matang y pernah dilakukan oleh kerajaan BN. Rakyat diletakkan sebagai mangsa akibat kerakusan semua pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan dalam berpolitik.

Keputusan semalam sebenarnya membuka lebih peluang kepada sesetengah parti untuk melakukan kekacauan di negara kita ini. Semakin lama, semakin rakus mereka cuba untuk menguasai negara ini, seperti y telah terjadi di Singapura. Sekiranya dilakukan pilihanraya DUN di Perak sekalipun, Melayu masih tidak akan berkuasa. Orang bukan Melayu akan bersama2 berpakat untuk menguasai kerajaan, seterusnya negara ini. Mahukah kita, sebagai bumiputera, perkara2 sebegini terjadi semasa kita masih hidup. Tolak ketepi Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin kerana mereka merupakan pemimpin y paling bodoh dalam sejarah Malaysia y memperjudikan nasib bangsa ke tangan bangsa lain. Apa y ada dalam pemikiran mereka adalah kuasa n kekayaan. Itu sahaja.

Sebenarnya, Melayu perlu dikejutkan dari lena y tak pernah bangun n terjaga ini. Biarlah bangsa kita mengemis di tanahair sendiri satu masa nanti. Sekarang ini, kita sesama Melayu berbunuh-bunuhan, bertikam-tikaman semata2 kerana perbezaan ideologi politik n kerana hal2 y teramatlah kecil. Malang nasib kita sekiranya kita berterusan berfikiran sebegini.

p/s: Aku Melayu sejati!