Nov 6, 2008

'Bosan+Ngantuk=Brainfart'

Pergh, penat la. Aku baru balik dari k.l petang tadi. 3 hari y rush semacam. Ada interview scholarship. Eh, x bosan lagi ker aku ni nak belajar. So far, x penat lagi la walaupun dari umur 6 tahun aku g sekolah sampai la sekarang ni. Masih ada peluang untuk aku. Aku akan cuba untuk capai impian aku untuk jadi orang y cemerlang dalam akademik. Ramai orang y terus kerja lepas belajar. Aku pun punyai peluang y sama, namun rasanya belajar ni dah jadi darah daging dah. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan dunia y macam ni. Aku pernah gagal tapi bukan akan gagal sampai bila2. Aku nak jadi idola kepada semua orang y begitu cintakan ilmu. Aku nak jadi tokoh akademik y begitu gah. Dulu pun aku ada impian untuk jadi doktor tapi impian aku hancur dalam sekelip mata. Mungkin ada salah y aku buat, ada dosa aku pada Tuhan hinggakan aku terima kaffarah dariNya. Tapi aku tetap bersyukur sebab perancangan Tuhan ni Maha adil.

Macam2 y dah aku lalui. Kebaikan, kejahatan orang pada aku, penganiayaan, dan sebagainya menjadi sejarah y membuatkan aku terus kuat untuk hidup dan hidup. Pengalaman aku tiada tolok tandingnya. Aku bangga dengan apa y aku lalui. Aku ada ibu bapa yang penyayang, saudara y begitu tabah menyokong aku dan cinta yang menjadi tulang belakang aku selama ni. Entahlah. Kalau terlalu kenangkan perkara lalu, perkara y di hadapan akan menjadi lebih samar. Aku akan selalu berkata dan berkata kepada diriku sendiri supaya teruskan usaha dan kehidupan kerana kehidupan aku lebih bermakna sekarang.

Nov 3, 2008

'Budak Kelantan'

Pastinya, title di atas pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada semua guest blog ini kerana tuan empunya blog nampak cam seorang anti-kelantan. Memandangkan ini adalah blog y pertama untuk bulan november, suka untuk saya menterjemahkan apa y selama ini berputar dalam fikiran dan minda.

Benar atau tidak, saya bukanlah anti-kelantan seperti y disangka. Ramai juga kawan saya y datang dari negeri wan kembang tu. Sementelah saya juga mempunyai nama berpangkalkan WAN walaupun saya dari keturunan WAN Kedah. Tapi, setiap kelumit y keluar dari mulut ni menunjukkan seolah2 saya anti-kelantan. Perkataan anti itu sngat negatif dalam konteks ini. Tidak dinafikan orang kelantan (bukan semua) y membawa perangai atau sikap y negatif. Y paling jelas ialah sikap kenegerian atau asobiyah y amat terkenal itu dikalangan rakyat kelantan. Istilah anti haruslah ditukar dengan perkataan 'tidak gemar' atau 'tidak sekepala'. Maksud disini, tidak ada masalah dengan orang kelantan untuk menjadi kawan asalkan mereka tidak enteng dengan asal kenegerian mereka. Ramai jugak rakyat negeri lain y berperangai buruk, malahan lebih teruk dari orang kelantan sendiri.

Saya selalu mengkritik apa sahaja y saya fikir tidak perlu ada dalam masyarakat kita. Tua muda, tidak ada beza umur kerana kita perlu berkata benar walaupun kebenaran itu pahit. Saya juga selalu berbohong tetapi dari segi prinsip, semuanya adalah benar, datang dari sudut hati y cinta kedamaian antara masyarakat dan keharmonian.

Ingatlah, tiada jurang antara masyarakat berasaskan dari negeri mana mereka datang. Orang kelantan juga perlu sedar dan perlu bersedia mengikis persepsi masyarakat kepada mereka. Mereka perlu pantas menyesuaikan diri dengan masyarakat dan bersedia untuk mempunyai proses asimilisasi dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya di Malaysia.

p/s : saya akan tengok citer Budak Kelantan, tapi kat DVD cetak rompak je la~~