Sudah lama tidak menulis. Mengejar masa adalah salah satu sebab mengapa blog ini tidak ter'update'. Idea untuk menulis title di atas kadang2 datang tidak seperti air y mencurah. Ia hanya datang menjenguk sesekali, mungkin kerana ia merupakan isu y setiap masa perlu digilap supaya kita tidak lupa bahawa kita perlu berjuang memartabatkan bangsa kita.
Hanya tinggal 10 tahun saja lagi Malaysia akan mengecapi kemajuan iaitu pada tahun 2020. Wawasan y diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir ini akan menjadi saat y ditunggu2 oleh semua pihak, setiap lapisan rakyat untuk melihat Malaysia menjadi komponen penting di atas muka bumi ini. Namun, kemajuan y bagaimana akan kita kecapi?
Menjadi sebuah bangsa Malaysia y dimiliki oleh pelbagai kaum menjadikan persaingan untuk memajukan diri sendiri serta kaum adalah tugas y agak sukar. Perpaduan y kita ada hari ini adakah akan kekal sehingga 2020. Melihat kepada kek ekonomi y dimonopoli oleh kaum2 tertentu, timbul persoalan tentang survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Walaupun mempunyai kuasa besar di dalam bidang politik, namun, setakat mana mampu kita mempertahankannya.
Kita sering mendengar fasiliti kelas pertama, namun permikiran kelas ketiga. In bukan kenyataan menghina, namun, ia adalah hakikat. Terutama bangsa Melayu, pemikiran kita semua tidak begitu matang, berfikiran pendek n jarang untuk melihat menembusi masa. Sebagai contoh, saya pernah membuat senarai peserta untuk satu program. Di dalam senarai tersebut, peserta perlu menulis nama serta alamat email. Melihat kepada alamat email peserta Cina & India, jelas terlihat kematangan mereka walaupun pada usia remaja. Email mereka diletakkan nama mereka sendiri, y dapat mereka gunakan sekiranya diperlukan untuk hal2 rasmi. Berbeza sangat dengan peserta Melayu. Hampir kesemua peserta mempunyai alamat email y sangat pelik sehingga sukar untuk dibaca n diingati. Sebagai contoh, aquaquaquaz@limau.com, thestarwalker@asam.com n lain. Mungkin ini perkara kecil, namun sekiranya ini adalah email saya, saya merasa malu untuk memberikan kepada orang untuk hal2 rasmi.
Susah untuk mengubah sikap kita. Apabila saya melawat Thailand, Indonesia serta pernah menetap di United Kingdom, saya melihat masyarakat di sana amat berdisiplin. Ok, tidak perlu membanding dengan negara maju, kita bandingkan dengan jiran kita iaitu Thailand n Indonesia. Apabila di sana, apabila mahu menggunakan tandas, kita merasa kagum dengan kebersihan tandas awam mereka, padahal rakyat mereka lebih ramai y miskin dari y kaya. Di sini, memasuki tandas awam umpama memasuki tempat pembuangan sampai. Mentaliti orang kita, tandas tempat kotor, mengapa perlu dibersihkan. Inilah mentaliti jahiliah y perlu kita ubah demi memastikan kita mampu menjadi bangsa y maju satu hari nanti.
Satu lagi situasi y mungkin bagi sesetengah orang, ia adalah remeh. Namun untuk bangsa y maju, ia adalah lambang kemajuan pemikiran mereka. Apabila kita ke pasaraya2 y menyediakan troli, sering kita lihat orang kita meletakkan troli merata2 setelah digunakan. Ada y diletakkan di belakang2 kereta. Saya sering melihat fenomena ini di Tesco, Giant n pasaraya2 lain. Bagaimanakah cara untuk mendisiplin orang sebegini. Kalau di Tesco di UK, untuk menggunakan troli, perlu dimasukkan syiling. Untuk mengambil semula syiling itu, perlu dibawa troli ketempat letaknya. Jadi, setiap orang mahukan duit mereka semula walaupun hanya 1euro. Namun, saya tidak pasti, sekiranya diaplikasikan cara itu disini, adakah orang kita akan melakukannya. Masalah orang Melayu adalah mereka malas+berlagak banyak duit, maka tidak pasti samada kaedah ini akan berkesan.
Mungkin, kita perlu berusaha lebih gigih untuk mengubah pemikiran kita. Namun, apa y pasti, kemajuan y akan kita kecapi akan terasa lebih nikmat sekiranya bangsa kita sama bersaing untuk memajukan pemikiran kita. Semoga bangsa kita akan terkeluar daripada kepompong kemunduran pemikiran kesan daripada penindasan daripada bangsa lain semasa dijajah dahulu.