Dec 3, 2008

'Cuti Pernikahan Abang + Aidil Adha'

Salam kasih kepada semua pembaca setia blog 'When Zul Writes' ini. Sebelum ini, aku agak aktif menulis dalam blog ni. Sempena cuti utk Raya Korban minggu depan dan pernikahan abang aku hari Sabtu ni, mungkin aku akan bercuti selama seminggu lebih start dari hari ini. Aku akan balik kampung petang ni. Memandangkan abang aku x dapat cuti awal utk menguruskan hal pernikahan dia, aku la terpaksa take over bantu parent aku nak buat preparation. Hari Sabtu ni cuma majlis akad nikah. Kenduri kahwin akan diadakan selepas Tahun Baru Cina bulan depan, insyaAllah. Aku xnak komen apa2 pasal pernikahan abang aku ni cuma lepas ni, tinggal aku sorang2 la, dah xder geng. Aku rapat ngan abang aku ni. Beza umur kami hanyalah 2 tahun, jadi membesar lebih kurang bersama2 la. Bila dah dewasa ni, masing x plak buat hal masing2. Kalau balik kampung, cuti ker, selalu lepak ngan dia la. Abang aku ni jenis x bnyak cakap sngt. Lain ngan aku y memang banyak cakap. Well, pasni dia dah ngan bini dia. Aku terpaksa bawa diri sendiri la.

Aku x puas hati sebenarnya cuti raya korban tahun ni sehari jer. Celaka punya Lim Guan Eng. Bagi la cuti 2 hari ker. Terpaksa la aku balik Penang awal dari orang lain. Dah la pastu dah kena g Belum dah. Aku terpaksa settle cepat2 hal nak g Belum tu. Scholarship pun dah dapat, so kena cepat start keja sampling ni. Cukup tahun Emkay dah nak report. Tapi apa2 pun aku akan pastikan aku nikmati cuti raya sepenuhnya hati sebab pastu dah susah nak cuti dah. Abstrak paper pun nak kena repair lagi. By 12 Dec nak kena hantar dah. Kalau x, x dapat la aku nak g Surabaya untuk conference tu nanti. Ok, keja keja jugak. Enjoy tetap kena enjoy. Seminggu rasanya aku x dapat nak tulis dalam blog ni nnt. Ape2 pun, Selamat Bercuti pada semua.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN.

p/s : Semalam aku g tgok movie, Twilight. Best citer tu. 2 tumbs up!! Kalau Kerol bagi 3.5 stars, aku bagi 4 la,hehe~~~~~

Dec 1, 2008

'ASIMO'

Hari Sabtu kelmarin, aku g Queensbay Penang. Sempat gak masa aku pegi tu, depa dok tengah buat show, show ASIMO. ASIMO ni seekor robot(betul ker seekor). ASIMO ni short form utk 'Advanced Step in Innovative Mobility'. Robot ni dicipta oleh gergasi permotoran terkenal di dunia, Honda.

Aku sngt teruja masa tengok ASIMO ni. Tak tau la pasal apa. Mungkinkah aku peminat robot. Tapi aku memang suka giler citer Transformers. Tapi kat dalam citer tu aku paling suka heroin dia, Megan Fox. Ok, melalut pulak aku ni. Masa kat Queensbay tu, masa emcee memperkenalkan robot tu, aku rasa bangga sangat masa dapat lihat sendiri robot tu berlari keluar dari belakang pentas. Walaupun bukan orang Malaysia y cipta, tapi sedikit sebanyak aku rasa terharu n sangat kagum dengan kehebatan sains dan teknologi serta kegigihan Jepun demi merealisasikan impian diorang. Robot ni robot humanoid(mirip manusia). Bagi aku, robot ni tersangat la canggih. Setiap anggota badan robot ni di cipta dengan begitu teliti sama seperti manusia.

Y paling aku kagum ialah masa ASIMO ni angkat kaki dia sebelah. Dia mampu berdiri sebelah kaki jer. Pergh, hebat betul jurutera y merekacipta benda alah ni. Dia stabil dan mampu menguasai graviti. Camna diorang cipta yek? Ini x mustahil sebab 10 tahun masa diambil untuk merekacipta part kaki saja! Sebab tu aku kata diorang ni gigih. Kan best kalau bangsa kita pun gigh camtu jugak. Mesti orang Melayu x terhina sekarang ni.

Lagi, robot ni boleh berlari, menari dan menaiki tangga dengan lancar. Mungkin dalam masa 10 or 15 tahun lagi, robot ni aku sempurna dicipta n dapat membantu manusia untuk kehidupan y lebih senang. Best la kul camtu. Xyah la ambik pekerja Indon, Bangla n Nepal lagi untuk jadi buruh. Kuranglah indeks jenayah di negara kita. Robot pun xkan buat jenayah. Sapa tau, mungkin satu hari nanti kehidupan kita akan menjadi lebih mudah dengan bantuan robot. Cam dalam citer 'I, Robot' tu.