Nov 10, 2008

'Politik dan Hakikat Sebenarnya'

Sebenarnya, malas nak tulis pasal politik sebab ramai member2 x minat nak baca. Kecualilah kalau ramai member aku y sedar peri pentingnya politik dalam mencorakkan perjalanan sebuah negara itu. Hakikatnya, Rasul SAW juga berpolitik dalam menegakkan agama y Maha Agung di muka bumi ni. Tapi, bukan seperti y ada sekarang ini. Politik sekarang dicorakkan oleh ahli2 falsafah seperti Plato, Aristotle dan sebagainya. Secara lahiriahnya, kita mampu untuk menyatukan falsafah politik sekarang dengan agama, cuma kaedahnya y belum kita temui. Formulanya masih samar kerana cara orang kita mengamalkan politik adalah 'MEMBABI-BUTA'.

Kita tidak boleh menyokong 100% apa y pemimpin lakukan. Pemimpin adalah manusia y terdedah kepada bisikan dan godaan syaitan. Ingat, menjadi pemimpin bukan bererti kita kebal dari dosa tetapi ia membuka lebih banyak ruang kepada kita di dalam neraka Allah SWT.

PAS dan UMNO merupakan parti politik y mewakili masyarakat Melayu, secara umumnya beragama Islam. Namun, menjadi tanda tanya kenapa mereka ini berpecah belah. Masing2 mempunyai agenda untuk berkuasa padahal mereka lupa, kuasa itu tidak akan kekal kepada mereka. Mereka lupa nasib generasi mereka pada masa akan datang sekiranya seluruh dunia Melayu ini hancur kerana ketamakan pemimpin y ada kini. Pada hemat saya, pemimpin2 dari UMNO dan PAS sama sahaja. Tiada satupun y berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi hanya berjuang untuk menikmati hidup mewah di dunia, berkuasa dan dapat berbangga diri.

UMNO mengutuk PAS, PAS mengutuk UMNO, tiada apa y beza diantara mereka. Dahulu Nik Aziz (saya tidak suka menggunakan gelaran TOk GURUnya) mengatakan Mahathir akan mati di atas takhta tetapi lihat hakikat sekarang, selepas beberapa kali keluar masuk hospital kerana masalah jantung, kelibat 'ulama' ini masih kelihatan memegang tampuk pemerintahan. Kesimpulan y boleh saya buat, orang ini ilmu agamanya menyebabkan lebih kuat godaan syaitan kepadanya berbanding orang lain. Begitu juga, UMNO y sekarang ini menyeru agar rakyat berjimat cermat kerana kemelesetan ekonomi, tetapi pada masa y sama, banyak pemimpin y bergaya mewah dan langsung tidak mahu tahu kesusahan rakyat. Najib Razak, merupakan seorang y lahir dalam golongan bangsawan, pastinya tidak akan tahu hakikat sebenar masalah rakyat.

Di kampus, termasuk di USM, golongan mahasiswa terpecah kepada dua kumpulan (HEP kata bukan parti) iaitu Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Dua2 kumpulan ini adalah tidak berguna dan tidak berfungsi untuk meningkatkan kualiti universiti sebagai tempat melahirkan modal insan y menjadi teras kepada kemajuan negara pada masa akan datang. Aspirasi dengan gaya liberalnya, manakala Pro-Mahasiswa hanya bertopengkan agama semata2 (PMI). Tidak pasti pulak apa niat PBT. Mereka ini pasti mempunyai agenda untuk menjatuhkan ketuanan Melayu bermula dari universiti sehingga ke peringkat negara. Saya amat prejudis kepada pelajar2 y bergiat aktif dalam politik kampus dan pelajar y berpewatakan agama. Aspirasi ini, mereka tebal dengan semangat kronisme. Saya suka menggelarkan mereka ini sebagai KA (kiss ass). Mereka ini amat mudah untuk mendapat jawatan dalam kerajaan kerana kabel y mereka ada walaupun akademik mereka tidaklah cemerlang. Itupun mereka masih mendakwa y mereka ini bukan penyokong parti politik kerajaan. Mereka memandang redah kepada Pro-Mahasiswa kerana di dakwa mendokong parti pembangkang tetapi mereka 2x5 dengan Pro-Mahasiswa. Prejudis saya juga tebal kepada pelajar2 Pro-Mahasiswa kerana mereka ini esktrem tidak bertempat. Saya tidak pasti samada mereka ini berani atau tidak sekiranya dihantar ke Palestin untuk berintifada.

Semasa saya di Eire, saya berpengalaman bergaul dengan Kelab UMNO Ireland (KUI) dan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI). Kedua2 sama seperti Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di sini. Saya pernah pergi untuk pertama kali menyertai bengkel y dianjurkan oleh PPIMI. Y sedihnya, semasa saya sampai di pintu Malaysia Hall, 2 orang kakak, bertudung labuh menegur saya dengan berkata 'o, datang pun dia. alhamdulillah, terbuka hati tu akhirnya'. Saya terkejut kerana mereka berkata begitu. Macam la saya ini sesat dan jahat sangat sampai perlu dikatakan tertutup hati. Orang begini merasakan merekalah y paling beragama daripada orang lain. Semenjak hari itu, saya begitu prejudis kepada golongan sebegini. Bukan bermaksud saya anti-Islam malahan saya rasa, amalan Islam saya lebih Islam dari mereka. Islam menyuruh kita bersederhana dan berlembut bahasa ketika berdakwah tetapi jelasnya, ramai y tidak berbuat begitu.

Saya harap, member2 saya di luar akan begitu terbuka dalam mengenal pasti wabak2 politik y sedang melanda masyarakat kita sekarang. Tidak salah kita berfikir tentang politik kerana dari politik, kita akan berjaya mengubah nasib bangsa kita dan menegakkan agama Islam dalam dunia y begitu mencabar sekarang ini. Ambillah tahu tentang apa y terjadi kepada bangsa kita sekarang. Berhati2lah dengan anasir2 y mahu merosakkan kita. Wallahualam.

Nov 9, 2008

'Kisah Kasih Part 1'

Sebenarnya, sukar untuk berkongsi atau tidak manis kalau sengaja menceritakan tentang kisah cinta sendiri. Ia seperti memuji diri sendiri atau dalam kata lain, 'POYO'..tapi, tiba2 rasa teringin pulak untuk bercerita tentang bila kisah kasih aku bermula..

Semua orang pernah bercinta. Bercinta pun ada macam2 jenis. Ada cinta monyet, cinta beruk, cinta laila majnun dan sebagainya. Kisah cinta aku bermula sejak hari pertama aku berada di dunia ini. Kasih aku tercurah pada mak dan bapak,abang dan kakak. Ini adalah kasih y eternal sepanjang aku hidup di dunia dan akhirat. Sampai sekarang, aku mesti mahukan masa untuk aku berada bersama keluargaku. Sebab tu aku selalu gak balik ke kampung. Nasib baik kampung aku kat Kedah jer, negeri yang paling vogue kat Malaysia ni (2 Prime Minister from Kedah k).

Masa aku sekolah rendah, xder la plak cinta monyet. Xder sapa syok kat aku masa tu agaknya sebab aku ni cam budak nerd+lembab dalam hal2 nak bercinta ni. Standard la beb, budak sekolah rendah. Agak2 la kalau nak bercinta pun. Tapi aku ingat la, aku ada minat kat sorang budak pompuan ni masa darjah 3. Wahaha~~~. Lawak kalau ingat balik. Tapi memori ni dah kelabu dah. Cam x ingat sangat. Dah lama kan. Secret admirer tu berakhir bila budak tu pindah sekolah. Cam drama pulak.

Pastu, masa masuk sekolah menengah, aku sekolah kat Maktab Mahmud. Sekolah ni semua student lelaki. Confirm la x jumpa orang y boleh dicintai. Mana aku ni bercampur or bercinta. Kecualilah kalau aku ni gay, haha~~

Pastu, aku tukar sekolah. Masuk sekolah Teknik, sekolah mixed lelaki n perempuan. Masa form 4 aku ok lagi. Masa form 5 aku ni terbabas sikit. Faham2 la. Nak kata cinta pun x. Cinta monyet pun x. Aku jer y syok sendiri agaknya masa tu. Tapi memang, budak2 punya pemikiran ni memang sangat la x matang. Aku, kalau boleh patah balik masa ke zaman form 5 dulu, sumpah aku xnak ada benda2 camtu dalam life aku. Aku nak tumpukan perhatian kepada pelajaran aku. Konon je~~

Tapi, ok gak aku fail SPM dulu. Ada hikmahnya. Aku dapat 2nd intake ke matrik. Masa time kat matrik ni la aku jumpa dengan buah hati aku sekarang, tunang y tercinta. Pelik, masa awal2 tu aku xdak la pulak rasa nak bercinta atau berharap jumpa cinta kat matrik, tapi tu la, Tuhan Maha Merancang. Aku x pasti bila timbul rasa suka kat dia. Tapi, y pastinya, dari sem 1 lagi aku dah syok kat dia. Tapi aku ni ego sikit. Lansung aku x tunjukkan ke'syok'kan aku tu. Lagipun, dia ni nampak cam jenis y 'say no to love'. Ramai student lelaki sekeliling aku y syok kat minah ni. Of course la aku rasa memang aku xdak can nak mengorat dia. Tapi secara x sedar, aku termengorat dia. Aku x tau, tapi pas bercinta ngan dia baru aku tau y dia terpikat dengan aku (ayat poyo lagi). Aku ni nampak cam male cauvinist la masa kat matrik dulu. Macam2 gelaran geng2 pompuan bagi kat aku, sombong la, ego la n macam2.

Panjang la kisah kasih ni. Aku pun dah penat nak taip. Kalau nak sambungan, tunggu part 2. OK.