May 3, 2010

'Polis dan Aminulrasyid'

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, panas di akhbar2 serta di internet tentang kisah 'pembunuhan' dan 'kekejaman' y dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Aminulrasyid, remaja y berusia 15 tahun. Adakah ini benar? Tidak ada sesiapa y tahu. Namun, ramai y memberi komen serta pandangan berkaitan dengan insiden ini y kadang2 bersifat provokasi dan tidak bertanggungjawab.

Cerita sebenar di sebalik kejadian ini tidak jelas diketahui. Menurut cerita rakan Allaryarham Aminulrasyid y bersama2 dengan arwah ini pada malam kejadian, mereka tidak melakukan kesalahan jenayah. Mereka baru pulang makan daripada sebuah restoran. Semasa di dalam perjalanan, mereka telah melanggar lampu isyarat y menyebabkan mereka dikejar oleh polis. Polis mengejar dan dalam masa y sama, melepaskan beberapa das tembakan y salah satunya terkena di belakang kepala Aminulrasyid y menyebabkan kematiannya. Walaupun mangsa telah mati tetapi kakinya masih di pedal minyak y menyebabkan beliau seolah2 mahu melanggar pihak polis. Kereta mereka melanggar tembok. Kemudian apabila kawan mangsa keluar mahu menyerah diri, beliau telah dibelasah oleh polis tetapi dapat melepaskan diri.

Menurut cerita, Aminulrasyid seorang remaja y bijak serta amat aktif bersukan. Beliau juga disifatkan sebagai remaja y tidak bermasalah serta tiada masalah disiplin. Jadi, tuduhan y dilemparkan kepadanya iaitu beliau mungkin anggota kumpulan penjenayah adalah mungkin tidak benar. Beliau y seorang remaja y menjadi mangsa kerana berada di tempat y salah pada waktu y salah.

Di dalam hal ini, polis tidak seharusnya dipersalahkan 100%. Kesalahan terletak kepada semua pihak. Namun, pada masa ini, menuding jari bukanlah sesuatu y bijak y perlu kita lakukan. Kita perlu bersabar menunggu hasil siasatan sebelum mengulas tentang insiden ini.

Saya berbincang dengan beberapa orang sahabat tentang perkara ini di laman sosial Facebook. Di laman ini, wujud satu 'Group' y bertajuk 'Kekejaman Polis Malaysia-Justice for Aminulrasyid'. Inilah perkara y mahu diulas oleh saya. Wujudnya laman sosial sebegini, walaupun di dalam penerangan laman group itu tertulis bahawa ia bukan bertujuan untuk membenci polis Malaysia tetapi hanya bertujuan untuk mencari keadilan dan membuka mata orang ramai terhadap kes ini. Saya fikir, dengan tajuk group tersebut, ia merupakan satu provokasi y dilakukan oleh insan2 y tidak bertanggungjawab. Perkataan Polis Malaysia ini menggambarkan secara umum bahawa keseluruhan institusi keselamatan di negara ini tidak boleh dipercayai. Ini sebenarnya cuma akan mengeruhkan keadaan. Saya sebagai rakyat Malaysia y begitu cintakan negara, secara keras menyatakan bahawa laman group sebegini patut ditutup. Biarlah siasatan dijalan, barulah kita semua membuat kesimpulan.

Penafian merupakan satu sifat semulajadi manusia y paling awal dikuasai oleh setiap orang. Menurut ahli psikologi terkenal, Sigmund Freud, penafian wujud didalam diri manusia seawal manusia itu boleh bertutur. Kita boleh melihat contoh di sekeliling kita. Anak2 kita y masih kecil, apabila bermain dengan kawan2, sekiranya terjadi apa2, mereka akan mengambil jalan menafikan kesalahan mereka dengan harapan mereka tidak akan dimarahi. Mereka bukan berniat untuk berbohong, tetapi mereka melakukan ini demi kelangsungan hidup mereka. Mungkin kedengaran teori ini agak gila, tapi itulah hakikatnya. Jadi, apabila mendengar penafian dipihak mangsa serta polis, sahaja hanya tersenyum. Kalaulah tidak ada sikap penafian, saya fikir, dunia ini akan aman n tenteram.

Namun, kejadian ini membuka mata banyak pihak terhadap institusi kekeluargaan serta menarik perhatian orang ramai terhadap polis serta anggota keselamatan y lain. Saya tidak mahu mempersoalkan bagaimana keluarga begitu mempercayai kanak2 seusia 15 tahun untuk tidak berada dirumah pada awal pagi, memandu kereta tanpa lesen serta keluar bersama rakan y juga masih diperingkat juvana. Namun, ini akan membuka mata semua pihak agar kita bersikap lebih peduli. Ibu bapa sepatutnya memastikan anak2 sentiasa berada di dalam zon selamat iaitu rumah, pada waktu2 tertentu terutamanya malam. Semua pihak perlu sedar semua ini. Saya fikir, ada iklan di radio tidak lama dahulu, y bertujuan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya untuk mengetahui di mana anak2 berada terutamanya pada waktu malam. Di waktu inilah segala kegiatan jenayah dilakukan dan kita perlu risau anak2 kita berada ditempat y salah pada waktu y salah. Dalam hal ini, kita tidak perlu menuduh polis itu dan ini kerana tugas mereka hanya untuk mengawal keselamatan orang ramai termasuk anak2 kita semasa kita sedang enak tidur dirumah. Saya berpendapat bahawa kes ini merupakan satu insiden y tidak disengajakan oleh anggota polis. Maka, mensensasikan kes ini, serta terdapat unsur politik y mula mencampuri urusan siasatan, maka ini hanya akan mengeruhkan keadaan. Apa sahaja dakwaan polis, kita tidak boleh tolak bulat2, begitu juga dengan dakwaan kawan kepada mangsa.

Saya cuma berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada keluarga saya. Harapan saya agar semua pihak bertenang. Jangan huru-harakan negara dengan tindakan2 y tidak bertanggungjawab.

p/s: Al-fatihah untuk Allahyarham Aminulrasyid serta anggota2 polis y terkorban semasa menjalankan tugas mereka..