Apr 2, 2009

'Pressure relief'

Alamak, dah lama rasanya x dapat nak rehat best2 punya (apasal alamak??) Hujung minggu pun kena bangun awal. Walaupun ri ni hari Rabu, tapi nak jugak cakap pasal hujung minggu. Rasanya cam dah lama x rasa cuti hujung minggu. Tapi, kadang2 bukan sebab kerja sangat pun. Mungkin sebab umur dah semakin tua kot, tu y x feel betul2 bila time2 cuti ni.

Dah lama la x tengok movie kat cinema. Citer terakhir, kalau x salah aku, Twilight kot. Bila la nak kuar citer New Moon ni. Dengaq kata shooting pun belum start lagi. Apa citer y best kat wayang la ni yek? Dragon Ball, TaleNTime, Shopaholic. Cam bosan jer semua2 tu. Tapi Kerol kata TaleNTime tu best. Well, everyone knows type citer apa y Kerol layan, hehe (Sori bro...).

Mak pun dah bising lama x balik. Hari tu masa balik dari Perlis sempat singgah rumah sekejap, dalam 2 jam camtu. Mak siap cakap kat member2 y aku ni dah jadi orang Penang. Ala, penang consider dekat la tu. Masa aku kat Ireland dulu, 2 tahun mak x cakap pulak aku dah jadi Irish, hehe. Well, home sweet home. Aku memang tau, bila dah habis sekolah, memang aku akan jadi perantau (konon). Even dulu masa kat matrik aku memang homesick. Kritikal juga la sick aku tu, haha..

Lambat lagi nak habiskan master ni. Tapi okla, life like this. 2 in 1. Keja n belajar. Throw 2 birds with 1 stone. Aku harap life aku smoother lepas ni. May God bless me always. Hujung tahun ni, dah nak bersatu dengan buah hati. Aku harap, hidup aku lebih berkat n bermakna untuk sisa2 hidup aku y entah panjang, entah pendek ni.

p/s: Tensi with all these insects!argh!!

Mar 31, 2009

'Kerosakan'

Mungkin masih belum terlambat untuk saya berkata sesuatu tentang Perhimpunan Agung UMNO, y baru selesai bersidang. Semasa persidangan orang Melayu terbesar di dunia itu berlangsung, saya berada di Gerik. Apa y ingin saya tulis di sini adalah berkenaan dengan kekecewaan saya kerana UMNO tidak mahu berubah sepenuhnya. Buktinya jelas, demi menjaga periuk nasi masing2, perwakilan telah memilih seorang ketua y jelas melakukan rasuah demi survival politiknya untuk menjadi ketua Pemuda UMNO.

Umum mengetahui siapa gerangan orang ini. Y menghairankan, kenapa ada lagi segelintir Melayu y 'bodoh x boleh diajar, pandai x boleh di ikut' dalam UMNO. Parti keramat ini sebenarnya secara perlahan2 dihancurkan oleh golongan ini. Golongan y saya maksudkan adalah para perwakilan pemuda. Pemuda Harapan Bangsa. Namun y terjadi adalah Pemuda Perosak Bangsa. Sedih n meluat melihat mereka bersorak2 meraikan kemenangan pemimpin mereka y telah memberi mereka duit haram, y mereka gunakan untuk menyara anak isteri di rumah. Jadinya, pewaris y bangsa kita harap2kan telah menjadi rosak.

Saya tidak tahu apa y terjadi di belakang tabir. Namun, sekiranya Tuhan berkehendakkan kebenaran itu terlerai, maka itulah jadinya.

Pemuda memang terkenal dengan budaya rasuah. Terdapat juga segelintir pegawai2 di IPTA2 y melalui Pemuda, melobi untuk mendapat keuntungan dalam tugas mereka. Kabel digunakan semaksimum mungkin. Mereka ini y mendokong perasuah. Keuntungan dunia y mereka kejar, tanpa perlu risau tentang pahala n dosa.

Semasa di perhimpunan UMNO itu juga, terdapat seorang wakil dari Melaka y mendakwa para pensyarah di universiti berkempen secara halus untuk pembangkang. N dia mencadangkan supaya para pegawai2 tinggi universiti hanya dipilih orang y benar2 menyokong UMNO sahaja. Inilah jadinya apabila kita pilih keldai menjadi wakil kita. Dunia akademik y begitu tinggi nilainya tarafnya hendak dicampur-adukkan dengan politik. Sebab ini bangsa kita mundur. Saya sama sekali tidak mahu politik dibawa masuk kedalam kampus. Jangan ganggu modal2 insan negara. Biarlah mereka berjuang untuk mengangkat martabat bangsa kita.

p/s: Still thinking of rejoining UMNO.