Oct 13, 2010

'Lebuhraya Maut'


Beberapa hari lepas, negara telah dikejutkan oleh satu kemalangan maut berlaku yang membabitkan 2 biji bas serta 3 buah kereta dan sebuah van di di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Ia telah meragut nyawa 12 orang termasuk seorang pemandu bas serta mencederakan 38 orang itu. Kejadian ngeri itu di berlaku pada pukul 6.40 petang Ahad lalu. Dipercayai, bas Ekspres Delima y terlibat di dalam kemalangan itu telah dipandu secara laju sebelum terbabas, terpelanting ke lebuh raya arah bertentangan dan melanggar kenderaan2 y terlibat di dalam kemalangan itu. Menurut saksi, bas itu berada di dalam keadaan terhoyong hayang ketika cuba memotong sebuah kereta sebelum terbabas.

Selepas kejadian, pelbagai spekulasi telah timbul. Kecuaian pemandu sering dijadikan faktor utama. Seperti biasa, pihak berkuasa y berkaitan cuba bersikap lepas tangan di dalam kemalangan antara y terburuk pernah berlaku di lebuh raya utara-selatan.

Sebenarnya, saya antara orang y amat kecewa dengan sikap pihak2 berkuasa seperti JPJ serta Polis di dalam mengawal keselamatan orang ramai di jalan raya. Masyarakat sering dikaburi oleh Operasi y bermusim y dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, Ops Sikap y sering dijalankan ketika musim perayaan. Angka kemalangan serta kematian dicatatkan. Apabila kemalangan serta kematian menurun, maka diwar2kan di dalam media bahawa operasi mereka telahpun berjaya. Padahal, ramai y tahu bahawa kemalangan jalan raya berlaku setiap hari dengan jumlah y tinggi di seluruh Malaysia sepanjang tahun, cuma tidak dilaporkan kerana bukan di dalam jangkauan masa operasi pihak berkuasa.

Selepas kejadian maut sebuah bas terjunam ke dalam gaung beberapa tahun lalu serta mengorbankan berluluh nyawa di Perak, pelbagai reaksi serta operasi y dijalankan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk membersihkan perkhidmatan bas ekspres daripada bas2 y uzur serta pemandu2 y cuai. Namun, selepas beberapa ketika, operasi itu terus senyap dan tidak kelihatan lagi kelibat anggota penguatkuasa di pintu2 tol di lebuh raya, tidak seperti ketika selepas kemalangan maut itu berlaku.

Pada hemat saya, tidak perlulah diciptakan pelbagai undang2 sekiranya penguatkuasaan berada di kelas y tercorot. Sebagai contoh, Ops Sikap perlu di jalankan sepanjang tahun, secara aktik seperti y dijalankan pada musim perayaan. Apa ertinya Ops Sikap sekiranya hanya dijalankan selamat 10 hari. Adakah ia mampu mengubah sikap pemandu di Malaysia ini. Dengan cara ini, bukan sahaja kemalangan maut, malah kes2 mat rempit pun akan mampu ditangani.

Jangan sehinggakan orang berkata, pihak penguatkuasa hanya makan gaji buta. Selain daripada itu, sikap pemandu sendiri y perlu di tangangi. Saya cadangkan kepada kerajaan agar meneliti aspek keselamatan jalan seperti turapan serta kualiti jalan. Sebagai contoh, di lebuhraya berdekatan dengan R & R Gurun, kerap terjadi kemalangan akibat kualiti y teruk kerana jalan diturap dengan menggunakan simen. Ketika hujan, jalan menjadi lebih licin serta membahayakan pengguna. Bukan disebabkan oleh lembaga kebaya merah ke atau makhluk halus. Ia adalah akibat kecuaian manusia itu sendiri. Saya ketawa apabila membawa laporan bahawa jalan itu 'keras', jalan ini 'keras' apabila ada kemalangan berlaku. Patutlah masyarakat kita jauh tertinggal di belakang dek kerana terlalu percaya kepada perkara karut dan tahyul (baca sini).

Saya akui, dahulu saya juga suka memandu laju, terutama di lebuh raya. Namun, selepas berkeluarga, saya bertukar tabiat untuk memandu dengan lebih sederhana serta tidak memecut sesuka hati. Ini adalah untuk keselamatan saya dan isteri serta anak kami. Alhamdulillah, setakat hari ini, tidak ada buruk. Ada sesetengah pemandu, suka memandu sangat laju. Kadang2, ketika memandu dilebuhraya, saya melihat ada kereta y memotong saya serta jauh kehadapan meninggalkan kereta saya. Padahal waktu itu saya memandu pada halaju 110 km/j, halaju y ditetapkan. Saya terfikir, berapa agaknya halaju kereta tersebut pada ketika itu. Ada y beberapa kali di saman kerana memandu laju, tetapi masih memandu laju dan disaman lagi. Seolah2, saman itu hanyalah resit pembelian baju y tidak perlu diberikan apa2 perhatian. Sedangkan, saman itu adalah didikan dan pengajaran supaya tidak lagi melakukan kesalahan pada masa hadapan. Jenis pemandu sebeginilah y layak digelar kepala batu serta tidak menghormati pengguna lain serta mempunyai mentaliti kelas ke-3.

Harapan dan doa saya, tidak akan ada lagi kemalangan ngeri seperti y berlaku pada Ahad lepas. Kasihani pengguna jalan y lain, sekiranya para pemandu tidak mengasihani diri sendiri. Pihak berkuasa pula perlu menjadi lebih tegas dan produktif ketika menjalankan tanggungjawab. Jalankanlah operasi sepanjang masa untuk membentuk sikap pengguna.