Apr 18, 2010

'Pelampau Jahil'

Kelmarin, Jumaat, 16 April 2010, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadap orang y tidak menghormati institusi agama. Namun, kali ini, y paling mengejutkan, perlakuan itu dilakukan oleh orang Islam sendiri y motifnya tidak jelas diketahui. Apa y pasti, tindakan ini mencerminkan kecetekan serta kejahilan mereka y mendakwa amat arif tentang hukum hakam serta akidah dan akhlak Islamiah.

Perhimpunan di perkarangan Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh, telah memperlihatkan kejahilan pemikiran pemimpin serta penyokong parti pembangkang terutama PAS n PKR. Mereka ini telah melacurkan ahklak Islam mereka diatas nama politik keterlaluan y telah lama menjadi darah daging mereka. Sejarah telah mencatatkan beberapa tindakan agresif serta estremis daripada pemimpin n penyokong pembangkang, namun saya fikir, tidak perlulah kita mengungkit sejarah hitam y tidak lebih hanya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.


Inilah mereka y tidak menghormati masjid

Sebenarnya, sikap parti pembangkang y menerapkan pemikiran kejahilan bermula dari anak2 mereka lagi. Saya pernah bersekolah di sebuah sekolah aliran agama terkemuka di Alor Setar, y rata2 kawan2 sekelas saya, berpemikiran ekstremis sejak dari tingkatan 1 lagi. Sikap mereka jelas menunjukkan mereka ini terpengaruh dengan dasar y dipelopori oleh ibu bapa mereka y berfahaman pelampau. Pernah seorang sahabat saya, semasa saya ditingkatan 1 berkata, "Dr Mahathir, kalau mati, patut daging dia dipotong2 n diberi makan anjing'. Begitu sekali didikan y diberikan sehingga menghormati umara tidak ada dalam kamus mereka. Padahal ia adalah perkara wajib y dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Sedih apabila melihat masjid y baru sahaja diimarahkan dengan zikir, solat Jumaat serta doa dicemari oleh golongan sebegini. Saya tidak faham, kerana di dalam al-Quran ada menyebut 'Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuataan keji n mungkar' kerana apa y dapat dilihat, jelas kemungkaran telah dilakukan dihadapan rumah Allah. Dengan berkopiah putih serta y wanita bertudung labuh, mereka tidak melindungi akhlak mereka sepertimana mereka menutup aurat mereka. Membaling telur, tidak kira telur busuk atau telur wangi, tetap akan mengotorkan perkarangan masjid dimana hukumnya adalah haram. Bagi saya, mereka ini tidak lebih hanya sekumpulan sekumpulan keldai jantan n keldai betina membawa kitab2 agama dibelakang mereka tetapi tidak tahu isi kandungannya serta tidak memahami asas agama bermula dari akar, tetapi hanya bersikap pelampau y jahil.


Kelibat beberapa wanita 'Islam' sedang ber'jihad'

Isu APCO ini hanyalah propaganda Anwar Ibrahim y mahu mengalihkan perhatian masyarakat kepada isu salah laku moral y dihadapinya. Untuk penjelasan, tidak ada satu pun y terlibat membaling telur memahami isu ini dengan jelas. APCO mungkin dilantik oleh kerajaan untuk terlibat di dalam hal perdagangan Malaysia, y melalui proses tender seperti syarikat2 lain. Hubungan APCO dengan Israel masih belum jelas. Dakwaan oleh Anwar Ibrahim hanyalah berdasarkan faktor luaran semata2, tidak terbias dengan perjanjian sebenar antara kerajaan dengan APCO ini. Kalaupun kerajaan berurusan dengan APCO, ia cuma untuk perdangan n demi rakyat Malaysia secara amnya. Anwar mungkin lupa hubungan baiknya dengan Yahudi y terang2 anti kepada Islam iaitu Rupert Murdoch dan persahabatan eratnya dengan arkitek kepada perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia. Dia juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Foundation for Future y mengumpul dana untuk menguatkan pengaruh Amerika n Israel di Asia Barat. Saya yakin, para penyokongnya serta penyokong PAS tidak ambil peduli fakta ini. Mereka ini buta dengan politik serta telah digula-gulakan oleh para pemimpin mereka untuk membuat kacau di Malaysia. Ingat, walau apa pun alasan mereka, membuat onar di masjid, selepas solat berjemaah pula, adalah perkara keji y menegaskan penyataan 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

Kadang2, terdetik di hati saya, apa lagi y mereka ini mahu. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan. Kerajaan tidak menghalang mereka untuk berjubah serta berpurdah. Tetapi mereka tetap membawa 'bom' di dalam hati mereka untuk memusnahkan kerajaan. Mereka bersikap mendewa2kan pemimpin mereka tambahan pula y berjubah, beserban serta y bergelar tok guru. Padahal mereka hanyalah manusia biasa y diberikan ujian oleh Allah dengan ilmu agama y luas. Ulama pewaris Nabi tidak merujuk kepada mereka y arif tentang ilmu agama tetapi kepada mereka y mengamalkannya secara keseluruhan, zuhud serta mengamalkan cara hidup y diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak hiraukan kesenangan dunia, kemerkapan berpolitikan serta hal2 y syubahah semata2 ingin menjadi pewaris Nabi. Ini lah masalahnya apabila al-Quran n hadith diterjemahkan secara berkepentingan serta membabi buta. Tok Guru tidak lagi menjadi pewaris Nabi setelah dia terlibat di dalam politik kerana beberapa tindakannya jelas menunjukkan bahawa beliau hanya tahu agama tetapi tidak mampu mengamalkan secara keseluruhan. Melantik keluarga serta kroni di dalam hal2 kerajaan negeri menterjemahkan sikap sebenar orang y bergelar tok guru ini (baca sini).

Memang kalau kita pergi ke rumah Tok Guru, dari depan kelihatan uzur. Tetapi lihat di belakangnya. Lihat juga kereta y dinaiki. Padahal, Perdana Menteri sendiri cuma menaiki Proton Perdana y kos maintanancenya lebih murah dari kereta Tok Guru. Jadi, dengan secara automatiknya Tok Guru bukan pewaris Nabi serta tidak maksum dan boleh dikritik. Dosa n pahala orang y mengkritik adalah urusan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya boleh menegur sesama kita untuk mendapat manfaat, tidak layak melabelkan orang itu berdosa kerana mengkritik Tok Guru.


Penulis bersama kereta Tok Guru y amat sederhana


Rumah Tok Guru y sederhana di depan, mewah dibelakang

Saya menyeru kepada semua y begitu taksub kepada pemimpin ini supaya mendalami sejarah serta fakta ketika mahu berhujah. Jangan asyik baca blog sahaja serta mendapat maklumat dari internet. Memandang terdapat segelintir y begitu mempercayai blog, jadi saya meluahkan pendapat ini melalui blog saya serta meletakkan link kepada blog y mendedahkan kepincangan sesetengah individu. Namun bagi saya, buku adalah sahabat utama untuk saya menambahkan ilmu pengetahuan kerana sifatnya y lebih authenthic.