Feb 15, 2009

'Memori Di Surabaya'

Semalam, aku n kawan2 selamat tiba di tanah air selepas seminggu berada di Surabaya, Indonesia. Alhamdulillah, semua selamat tiba n semua program di sana berjalan dengan lancar. Y paling penting, seminar y kami hadiri di Universiti Airlangga, Surabaya, berakhir dengan jayanya.

Kami juga mengambil kesempatan untuk bercuti di kota kedua terbesar di Indonesia itu. Surabaya, berasal namanya dari perkataan 'Ikan Sura' & 'Boyo(Buaya)'. Menurut lagenda masyarakat setempat, 700 tahun y lalu, telah terjadi satu pertempuran hebat antara seekor ikan Sura & seekor buaya di muara Sungai Langgar, sungai y mengalir di tengah2 Surabaya. Pertempuran selama berhari2 itu berakhir dengan seri tetapi sejak itu, tempat tersebut diberi nama Suraboyo @ Surabaya. Kalau menjejakkan kaki disana, kita boleh melihat tugu y diukirkan dengan patung buaya & ikan sura(ikan jerung).

Surabaya sangat besar & padat. Jumlah motornya lebih banyak jika dibandingkan dengan KL & mana2 tempat di Malaysia. Jumlah pusat membeli belah begitu banyak. Tetapi y menariknya, barangan2 teramatlah murah. Contoh, kain kebaya y berharga 200 300 di Malaysia, hanya RM50 sahaja di sana. Memang ia boleh dikatakan syurga membeli belah kepada pelancong2 ke sana. Y paling best, semua orang tahu y orang Malaysia akan menjadi jutawan segera apabila berada di Indonesia.

Selepas selesai seminar di Unair, aku n kawan (Jam, Syafiq, Shifa, Rina, Nik, Dibah n Wawa) telah join trip ke Gunung Bromo. Gunung Bromo ialah gunung berapi aktif y masih mengeluarkan asapnya. Kami bertolak ke sana dengan bas pukul 11 malam n sampai di kaki Bromo lebih kurang 2 pagi. Plan asalnya, kami akan ke sebuah gunung (lupa la nama dia) untuk lihat sunrise y amat cantik di Indonesia(menurut kata orang2 kat situ lah), tapi oleh sebab cuaca x mengizinkan, hujan y lebat, plan itu dibatalkan. Kami menaiki 4 by 4 ke pertengahan Bromo. Lebih kurang satu jam perjalanan. Kemudian, apabila cerah sikit, kami mula mendaki ke puncak Bromo. Sejuk giler y amat kat situ. Suhu lebih kurang 5-6 darjah celsius. Sampai syafiq kata, inilah tempat y paling sejuk pernah aku datang. Mencabar giler masa aku mendaki, dkat2 sejam jugak la nak smpai puncak tu. Pastu dngan asap tebal lagi dari kawah gunung berapi tu, angin kuat, hujan. Pergh, nice experience i tell u.. Kami smpai kat puncak, tapi xleh stasy lama. Bau sulfur kuat sngat, smpai sesak nafas aku. Tapi sempat la tgok kawah n dari mana datangnya asap tebal tu. Subhanallah, cantik betul kat atas tu. Aku betul2 kagum. Pastu, kami trun. Semua dah menggigil gila. Sejuk sangat.

Semasa on the way nak balik hotel dari Bromo, kami singgah di Lumpur Lapindo. Ok, secara ringkasnya, lumpur ni adalah lumpur panas y kuar dari perut bumi, telah menenggelamkan 16 buah kampung n membunuh beberapa puluh orang. Dia mula membuak keluar sejak 2006 sehingga kini. Dijangka ia akan terus memenuhi kawasan itu selama 3 tahun lagi. Kerajaan Indonesia telah menghabiskan berjuta2 ringgit untuk membuat tembok untuk menakung lumpur itu. Tembok itu sekarang sudah setinggi 8 meter dari aras tanah. Bencana namun ia tetap mengkagumkan.

Pastu kami singgah di Tanggul Angin, tempat barangan kulit terbesar di Surabaya. Kat sana, boleh beli barangan kulit serendah 3 ringgit. Jaket kulit pun x sampai RM80. Pastu, kami balik ke hotel.

Besoknya, baru acara shopping bermula. Barang2 kat sana teramatlah murah. Dahla jadi jutawan segera masa kat sana. Dalam dompet, semua juta2 jer. Urusniga pun, ratus2 ribu punya. Cam nak jual beli saham pulak. Kami sempat pergi 3 mall. Aku sempat gak la beli barang2 kat famili. Telekung, kebaya, dompet, baju melayu, tudung n macam2. Pastu, terus jadi miskin balik, hehe. Best, bila rasa naik 'Angkutan'. Cam bas la, tapi van kecik jer. Y peliknya tu, van sebesar tu boleh muat berbelas orang. Dahsyat betul. Kami pastu pakat dok letih dah. Esok dah nak balik. Apa2 pun, ni antara trip y paling best pernah aku join.

P/s Layan jer gambar kat bawah ni. Aku ambik skit gambar. Nak layan lebih lagi, gi facebook nik farhana-http://www.facebook.com/home.php#/profile.php?id=521267249 n
Jamsari-http://www.facebook.com/home.php#/profile.php?id=1156140190. Layannnnn............





































7 comments:

Anonymous said...

hhh..bestnyaa!!..dah macam pre-honeymoon je...heeeee..btw..bestnya pergi dgn geng...

tak beli2 apa2 ke kat aku?!:P

Hafezul said...

Alamak, lupa!tapi aku ada bawa blik beg2 plastik utk ko,hehe..joking..xlah,bkan pre-honeymoon pun, g seminar jer sama2. Tapi ada gak la bli brg2 utk hntaran n kad kawin.x lama dah........

NA said...

best2..ko beli ape tuk aku? hehe

Hafezul said...

Aku beli kat ko kenangan. Ko boleh claim dngan cara, right click pada gmbar2 kitorang y best2, select save..save la dlm comp ko.

NA said...

kedekut!!!

Anonymous said...

ya...setuju!!hehe..kire orait la tu kerol..

Anonymous said...

just dropping by to say hey