Nov 19, 2008

'My Fiancee's 25th BirthDay'

Semalam, genaplah suku abad kehidupan seorang gadis bernama Nur Asshifa Md Noh di dunia ini(skemanya intro ni). So, sempena birthdaynya, kami, penghuni 6-18-3 n 6-6-3 VSK telah merancang suprise dinner untuk Shifa. Ni semua idea Nik n Wawa la. Kononnya nak buat suprise beli kek n celebrate masa dinner. Punya la rancang n dok asyik mesej aku je sepanjang hari, berpakat2 la nak kejutkan budak kecik tu.

Pastu, masa petang, Syafiq n Jam terlibat jugak dalam perancangan tu. Perancangan diorang sempoi jer. Mula2, diorang g beli kek, pastu sorok kat rumah kitorang, pastu malam tu, Nik n Wawa n Rina kononnya nak kuar makan dengan 'pakwe' Nik, x kuar dengan aku n Shifa cam biasa. Pastu, aku akan bawa Shifa ke Pekan Lama (Old Town White Coffee), pastu diorang akan datang ngan Shafiq, n kejutkan Shifa dengan kek. Ok, rancangan tu berjalan lancar, tapi Shifa cam confius masa diorang kata nak kuar kononnya dengan kawan Nik tu. Dia cam syak something. Tapi, ok la. Akhirnya rancangan menjadi n Shifa terkejut beruk dengan suprise tu. TAHNIAH kepada Nik, Wawa, Rina n Ada. Aku pun buat2 terkejutlah masa diorang datang. Cewah..So, pastu, cam biasa la, kek dipotong n kitorang makan beramai2 n bla bla bla bla~~~

Kebetulan pulak, Jam baru sampai dari Arau. so, kitorang celebrate Jam sekali la sebab dia dapat Royal Award tu. So, sok sek sok sek sambil makan, sampai la lebih kurang pukul 11 kat Pekan Lama kitorang lepak. Banyak gosip2 panas n cerita2 fitnah y timbul. Sampai nak muntah aki dengar diorang dok bergosip. Apa2 pun, memang best la dapat lepak ramai2 sekali sekala camtu. Pastu balik, semua dah letih. Apa lagi, sesi bermesyuarat dengan bantal pun bermula. Aku pun tidur awal sebab pagi2 esoknya aku kena g Royal Belum, sampling..

p/s: Aku menantikan hadiah y best2 on 27th ni,haha~~~~~




1 comment:

FuzAma said...

mcm aku tau ja hadiah apa bila hang 27 thn nanti...hahahah...jgn lupa aku lak wei..