Nov 18, 2008

'Akhirnya minyak turun lagi'

Alhamdulillah, minyak turun lagi hari ni. Semua orang tau, masuk kali ni dah 5 kali minyak turun. Belum ada dalam sejarah negara minyak turun sekerap ni. Ini normal bila harga minyak dunia merudum sebab ekonomi nak gawat balik. Tragedi ekonomi berulang setiap sedekad. Harap2, negara x lagi menjadi mangsa seperti dekad y lepas.

Bila minyak naik, rakyat pun naik minyak. Spekulasi dan inflasi meningkat mendadak. Actually, aku pun x faham sngt pasal ekonomi. Tapi, aku tau la, bila minyak naik, harga barang semua pakat dok naik belaka. Tapi, bila minyak dah turun sekarang, x dengar pula begitu drastik harga barang turun. Kira, peniaga2 dapat untung atas angin la. Sekarang, harga minyak tinggal RM2, lebih 8 sen dari harga minyak sebelum kenaikan dulu. Ok la ni. Kalau dah x turun pun ok dah. Harga minyak dunia kena maintain la dengan nilai ringgit sekarang ni. Tengok kadar tukaran asing pun, nilai ringgit cam jatuh sikit. Sebagai negara pengeluar minyak, walaupun harga minyak murah, tetapi diharap kerajaan mampu menjana pendapatan seperti biasa melalui sumber minyak negara.

Masa minyak naik dulu, agak senak juga la perut. Gila betul kerajaan, naik sampai melampau2. Memang betul kata orang, PM Malaysia ni bodoh sikit pasal ekonomi. Pemikiran x futuristik. X boleh nak estimate apa akan jadi pada masa hadapan. Ni la akibat kalau xnak berfikir panjang. X pasal2 kerajaan terpaksa juga belanja untuk bagi rebat kepada rakyat sampai bulan 3 tahun depan dengan jumlah y bukan sedikit. Memang bagus tindakan mendermakan duit kepada rakyat tetapi ini akan menyebabkan inflasi kepada sistem ekonomi negara.


Syarikat minyak negara, Petronas pasti merasai sedikit kesan akibat kejatuhan harga minyak. Tetapi, faktor keupayaan Petronas y menjadi salah satu syarikat minyak terbaik dunia menyebabkan ia dapat bertahan dalam keadaan tidak menentu sekarang ini. Pelaburan di dalam n luar negara menjadikan Petronas agak kebal dalam keadaan sekarang. Ini bagus sebagai penjana pendapatna negara semasa krisis sebegini.

Banyak akibat buruk y akan berlaku sekiranya negara dilanda krisis ekonomi. Aku, y juga merupakan mangsa semasa krisis ekonomi y lalu, memang berdoa agar keadaan seperti 10 tahun y lepas tidak akan berulang.

Pada masa ini, setiap anggota masyarakat perlulah bersatu padu, tidak kira Melayu, Cina n India serta kaum2 lain untuk menghadapi masalah ekonomi y melanda sekarang ini. Ketepikan perbezaan kaum n politik. Negara kita adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia terus makmur. Ingat, sekiranya kita berjaya menjadi sebuah tamadun, kita perlu sentiasa beringat tentang kejatuhan sesebuah tamadun itu. Bukannya apa, kejatuhan sesebuah tamadun adalah berpunca daripada kelalaian dan sikap tamak bangsa itu sendiri.

No comments: