Dah lama saya tidak menulis apa2 tentang USM. Bukan tidak ada perkara y mahu diluahkan, tapi cuma rasanya tidak ada mood y betul2 ok untuk menulis tentang USM ini. Lagipun, saya rasa, tidak perlu untuk diulang berkali2, takut nanti saya pula y dituduh cuba mencari populariti murahan n mereka2 cerita.
Tibanya semester baru di tahun baru 2010 ini mencoretkan pelbagai perkara y terjadi. Baru je petang tadi, warga USM kecoh sedikit apabila melihat 3 biji trak bomba masuk ke USM. Rupa2nya ada sedikit kebakaran di masjid Al-Malik Khalid, USM. Mulanya saya ingatkan ada latihan kecemasan, tetapi apabila melihat api sedang marak diatas bumbung library masjid n bomba, baru saya tahu y kebakaran telah benar2 berlaku. Tetapi api tidaklah terlalu marak. Ia dapat dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan.
Hari ini, di akhbar Kosmo, muncul cerita tentang USM sebagai universiti APEX. Kejayaan y memacukan kelestarian USM dicoret di dalam 4 halaman. Sebagai pelajar, saya merasa bangga dengan setiap pencapaian USM.
Namun, di dalam kemanisan, pasti terselit cerita2 y kurang enak. Antaranya, konon USM sekarang mengalami krisis ekonomi. Ada y mendakwa kerajaan tidak lagi menyalurkan kewangan kepada pihak universiti sehingga beberapa perbelanjaan terpaksa dihadkan. Terdengar juga khabar daripada sumber tertentu bahawa peruntukkan kepada setiap pusat pengajian juga telah dipotong. Begitu juga dengan biasiswa serta geran2 penyelidikan. Mungkin baru awal tahun, namun sekiranya benar, bagaimanakah USM akan meneruskan operasinya tanpa menjejaskan mana2 pihak terutamanya golongan penyelidik seperti kami.
Walaupun USM menafikannya, namun pelajar2 serta staf2 akademik melihat USM melakukan pembaziran dengan projek baik pulih n tambah bangunan di sekitar kampus. Sebagai contoh, projek pembinaan bangunan perpustakaan, dilihat sebagai projek tidak perlu. Perpustakaan y sedia ada pun tidak mampu untuk diisi dengan bahan2 ilmiah y sealiran dengan masa, bagaimana pula pihak universiti ingin memenuhkan ruang2 di perpustakaan baru. Buku2 y sedia ada tidak di kemas kini. Ada y sudah terlalu lama serta tidak lagi relevan dengan ilmu semasa. Benar juga seperti kata2 Profesor Diraja Ungku Aziz bahawa memasuki perpustakaan adalah seperti pergi ke zaman 10 tahun y lampau. Begitu juga dengan projek baik pulih DTSP. Adakah satu keperluan y teramat tinggi untuk membaik pulih DTSP y zahirnya nampak masik elok n selamat untuk digunakan. Rasanya, baru tahun lepas DTSP diperindahkan dengan pembaikpulihan syiling serta cat. Entah berapalah agaknya y dibelanjakan oleh pihak universiti untuk tujuan sedemikian. Padahal duit y ada perlu dibelanjakan dengan bijak dengan memberi lebih banyak geran n biasiswa kepada pelajar ijazah tinggi y tidak sedikit menyumbangkan bakti kepada kelestarian universiti.
Bagitu juga dengan HEP. Entah berapa banyak duit y dibelanjakan semata2 untuk membawa wakil2 perwakilan pelajar pergi melancong keluar negara tanpa ada hasil y boleh disumbangkan kepada para penyelidik. Sekarang pula MPP USM bercadang untuk mewujudkan Parlimen Pelajar, kononnya untuk pelajar menzahirkan pendapat mereka. Apakah satu keperluan melibatkan pelajar kedalam politik. USM adalah universiti Sains, bukan Universiti Politik Malaysia. Adakah masa untuk para pelajar untuk semua perkara tersebut. Hari ini, ada seorang pelajar y merupakan salah seorang daripada MPP datang ke lab saya n bertanyakan kepada beberapa orang senior tentang subjek y mudah2, apa subjek y susah n bagaimana kalau drop subjek itu n ini kerana pelajar ini tidak ada masa. Kerana terlalu sibuk berpolitik, maka pada semester lepas, beliau telah gagal menghantar assignmentnya pada masa y ditetapkan n telah memberi kesan kepada pengajiannya. Adakah pelajar sebegini y universiti perlukan untuk meneruskan kelestarian. Cuba tanya, berapa ramaikah bekas YDP MPP y mendapat 3.0 keatas bagi CGPA mereka. Begitu juga dengan ahli2 mereka. Y mereka perolehi adalah pekerjaan y tidak layak untuk mereka duduki setelah tamat bergraduasi.
Di USM, tidak ketinggalan dilema y dihadapi oleh pelajar apabila berurusan dengan pihak y mentadbir. Masalah birokrasi tidak seperti akan berkesudahan. Y menjadi peliknya, di universiti y begitu gah ini, masih ada masalah untuk menyelesaikan masalah pelajar2 oleh staf2 di d bahagian pentadbiran. Saya pernah menolong seorang pelajar y berurusan dengan bendahari. Gaji RAnya tidak masuk lebih 2 bulan. Apabila menelefon orang y bertanggungjawab, kadang2 y menyakitkan hati apabila mendengar dihujung talian mengatakan bahawa staf y dicari keluar minum pagi, mc, cuti tahunan n sebagainya. Apabila staf y bertanggungjawab bercuti, tidak ada pula orang y menggantikannya. Kalau dia bercuti 2 hari, maka 2 hari itulah kerjanya akan terbengkalai. Pelajar y menghadapi masalah akan perlu menunggu orang ini masuk kerja semula barulah dapat berhubungan. Saya sendiri menghadapi satu situasi dimana claim saya untuk geran penyelidikan projek saya y dihantar bulan November 2009, masih di dalam proses sehingga ke saat ini. Bayangkan, banyak perkara y tergendala n menjadi masalah kepada kami golongan penyelidik untuk tempoh masa 3 bulan ini.
Pihak atasan universiti selalu melaungkan kelestarian. Apa y digambarkan dimedia amatlah hebat. Namun, apa kata sekiranya pihak2 ini datang membuat lawatan ke pusat2 pengajian y gigih membuat penyelidikan. Lihatlah di makmal pengajaran. Ada alatan y berusia seusia dengan USM masih digunakan oleh pelajar. Alatan tidak mencukupi untuk proses pembelajaran adalah perkara biasa y dihadapi oleh para pelajar. Ini bukanlah cakap kosong kerana saya sendiri mengajar di beberapa kursus n masalah ini berterusan menurut dakwaan pihak2 y bertanggungjawab terhadap makmal tersebut. Bagaimanakah untuk menyediakan suasana y begitu kondusif untuk para pelajar. Adakah ini satu kelestarian.
Sekarang ini, USM menceburkan diri pula ke kancah bolasepak. USM FC ditubuhkah. Mungkin pasukan ini berpenaja, namun tidakkah USM juga ada melabur di dalamnya. Berapa banyakkan wang y akan dihabiskan untuk perkara y dianggap tidak penting ini. Adakah USM Universiti Sukan Malaysia. Lihat saja pasukan2 My Team, Emkay, MPPJ, bagaimana mereka terus terkeluarkan daripada arena bola sepak negara kerana ia bukannya satu pelaburan y menguntungkan. Ia hanya percaturan 'syok sendiri' n mungkin ada individu2 y berkepentingan y akan mendapat habuan. Ini tidak mustahil berlaku.
Saya merasakan, perlulah pihak2 y berkenaan melihat kembali keputusan n cara mentadbir y dijalankan supaya universiti kita ini akan menjadi lebih cemerlang. Tingkatkanlah integriti kerana kita semua sedang memikul amanah y amat besar y mungkin akan menyebabkan kita tunduk malu di hadapan Hakim Allah SWT di mahsyar nanti sekiranya kita gagal memikulnya dengan sebaik-baiknya.
