Jan 4, 2010

'Selamat Tahun Baru 2010'


Memang, aku selalu terlewat mengemaskini blog ini. Masalah kesuntukan masa menyebabkan blog ini seperti tidak bertuan. Aku sebenarnya pulang ke kampung halaman isteri di Kamunting dan baru sahaja tiba di rumah di Penang pukul 11.30 malam tadi.

Walaupun hari ini dah masuk 4 Januari 2010, aku harap aku masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga tahun ini akan menambahkan ceria di hati kita semua, dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dibuka pintu rahmat dan dihiasi hidup y berkat. Kata orang, biarlah kita papa harta, tetapi tenang jiwa. Namun, kita berdoa agar kita kaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Aku rasa, tidak perlu mencipta azam setiap kali datangnya tahun baru. Ia cuma skeptikal dan sudah basi pada zaman y serba moden ini.Azam perlu ditaburkan dan ditunaikan setiap hari. Seperti biasa, aku tidak langsung berazam pada setiap tahun baru. Azamku wujud setiap hari. Ada y mampu ditunaikan, ada pula y masih terhutang kepada diri sendiri.

Kepada semua, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Maaf dipinta andai sepanjang 2009, aku telah melakukan kesilapan n kesalahan pada kalian secara sengaja ataupun tidak.

1 comment:

AMIRNORDIN said...

Assalamualaikum,

Tahniah untuk pengantin baru Wan Hafezul dan NurAsshifa,semoga rumahtangga yang dibina kekal rukun dan dirahmati Allah SWT hendaknya.Walaupun tidak dapat hadir pada hari kenduri wan dan shifa,abang doakan kalian berdua Happy Selalu,Saling Bertolak Ansur dan cepat-cepat dapat baby...he he

Wassalam,
Cikgu Amirnordin,Chenderong Balai