Dec 23, 2009

'Penat Rasanya'

Apabila mula menjejakkan kaki ke USM, rasa perlu untuk bergaul dengan semua orang. Especially mestilah dengan semua coursemate even 90% of coursemate tu lebih muda or x sebaya dengan orang y dah tua ni. Semasa di Dublin, boleh dikatakan semuanya sebaya daripada segi umur, jadi sangat senangg berinteraksi dengan mereka semua. Jadi cabaran untuk membentuk komuniti sosial dalam kamus kehidupan di USM ini perlukan sedikit pengorbanan agar semua berlalu dengan baik n mesra. Bak kata orang tua2, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengemoo (betul ke perkataan nih). Jadi, perlahan2, secara tidak disedari, penyesuaian diri dengan keadaan berjalan dengan sempurna n tanpa disedari, diri terasa lebih muda 2 3 tahun daripada usia sebenar.

Namun, apabila terlalu ingin menjaga hati orang2 y lebih muda, maka beberapa prinsip asas diri terpaksa dikorbankan. Rasanya, sudah boleh merasa puas hati kerana telah berjaya untuk menyusun kehidupan agar sentiasa tenang n diberkati.

Dulu, kehidupan semasa disekolah, matrik terasa begitu bebas untuk melakukan apa sahaja y dirasakan mengikut kata hati remaja pada masa itu kerana setiap orang faham apa y kita lakukan. Tetapi sekarang agak susah kerana tidak semua orang faham apa y ada dihati kita. Kita mahu menjaga hati setiap orang, tetapi ramai y x tahu nak menjaga hati kita semula. Penat rasanya.

Apabila cuba beradaptasi dengan tingkahlaku mereka, kita pula dituduh tidak matang n kebudak-budakan. Hakikatnya, mereka y tidak faham y mana satu kematangan n y mana satu ketidakmatangan. Akibat daripada itu juga, mereka mula tidak menghormati orang2 y tidak sependapat dengan mereka. Dunia kita berbeza. Tanggungjawab kita juga berbeza. Lain beza n rasanya apabila kita mendapat apa y kita inginkan hasil usaha n titik peluh kita sendiri berbanding orang y lahir atas dulang emas. Kita akan lebih menghargai setiap orang disekeliling kita, hatta orang itu lebih tua n lebih muda daripada kita.

Namun, pastikanlah, apabila kita ingin membina satu titian silaturrahim, jadikan sebuah dinding kaca y menghalang kita untuk menyentuh apa y ada disebelah sana dengan tangan kita. Biarlah kita hanya melihat, supaya sekiranya titian itu runtuh, hati kita tidak turut sama runtuh.

Penat rasanya apabila ingin membina titian y baru semula...

Mudah apabila menjadi orang y outspoken. Ramai y tidak suka, tetapi kita tahu y kita tidak hipokrit. Kita tidak mengata orang daripada belakang. Kita tahu baik buruk sikap y ada di dalam diri kita. Kita cuba untuk mengawalnya apabila kita ditegur kerana terlalu outspoken. Bagaimana kita nak mengubah sikap kita apabila kita menganiaya orang lain n orang itu hanya mengumpat keburukan kita itu. Akhirnya, sikap kita akan menjadi lebih teruk. N kita tidak tahu lebih ramai orang membenci sikap kita. Akhirnya, kita y binasa. Kita tidak mampu membina kecemerlangan diri. Natijahnya, kita y rugi, padahal sikap kita boelh dibentuk, tidak kiralah dimana umur kita berada. Perangai bergantung kepada diri sendiri. Namun, kita perlukan teguran demi teguran untuk menjadi lebih baik. Itulah hikmahnya setiap orang dicipta dengan mempunyai ibu bapa, saudara mara n rakan taulan.

Penat rasanya untuk memuaskan hati semua orang...

No comments: