Jun 25, 2009

'Aku, Dia dan Basikal'

Actually, tajuk atas tu just nak bagi gimik jer, haha. Tapi memang betul pun, entry kali ni aku nak tulis pasal basikal aku y baru dibeli. Sebenarnya dah lama dah rasa nak beli basikal, tetapi ada jer y menghalangnya. Jadi, minggu lepas, berjaya juga aku beli. Basikal Mountain Bike, ok la. Aku beli complete set, siap termasuk absorber depan n belakang. Y bestnya tu, kedai tempat aku beli tu, milik anak Prof Yap, lecturer Bio dulu y merupakan legend dalam school bio ni.

'Black n Red'

Sebenarnya, ini bukanlah basikal pertama aku. Dulu time sekolah ada la 2 biji basikal. Satu hilang, satu lagi masih ada kat rumah. Tetapi cam rosak dah. Kalau repair boleh la, tapi kos repair tu mungkin boleh beli sebijik y baru. Basikal tu banyak kenangan, masa sekolah dulu. Aku naik basikal ke sekolah sampai form 5. Pernah beberapa kali eksiden. Ada sekali tu, tayar basikal jadi no 8 pas kena langgar ngan kereta. Pergh, nasib baik aku x apa2. Setakat tu, memang nasib aku baik la, x pernah cedera teruk. Aku memang berniat satu hari nanti aku akan repair basikal tu, n simpan. Saja jer, jadi kenangan. Basikal tu warna hijau.

'Pemegang botol air dengan rekaan
sofisticated'

Basikal baru ni adalah basikal pertama aku beli dengan duit sendiri. Of course la, time sekolah dulu bapak aku y belikan. Kali terakhir aku naik basikal masa form 5 lah. Pas jer masuk matrik, g UK, masuk USM, basikal tu terbiar. X sangka harga basikal dah mahal sekarang ni. Y harga cam basikal aku y lama tu pun, basikal y Bangla dok naik g keja ja. Sekarang ni, kira hari2 la aku g n balik keja ngan basikal. Mencabar juga mengayuh basikal kat sini sebab jalan dia berbukit2. Kira hari pertama, mengah jugak la aku mengayuh basikal tu. Tapi ok la untuk exercise sebab hari pertama jer, memang rasa kaki ringan lepas berbasikal. Kira sapa2 y nak diet ni, x payah. Kayuh jer basikal, mesti turun punya berat badan.

'Helmet Yelow-Black bergaya dengan
rekabentuk aerodinamik'

Basikal aku y baru ni warna merah hitam. Rasa cam best plak berbasikal, siap dengan pakai helmet lagi. So far memang puas hati la. Since USM pun ada cadangan nak galakkan penggunaan basikal di dalam kampus, aku rasa baik idea tu diteruskan n dilaksanaan dengan lebih berkesan. Kebaikannya sangat banyak. Mulalah dengan para pegawai n staf universiti, kemudian dibudayakan kepada semua pelajar. Kampus pun x sesak sangat, kurang tercemar dengan asap kenderaan. Baru ada suasana kampus dalam taman. Dahulu, aku masih ingat, ada seorang lecturer aku, bertaraf Profesor, nominee untuk Nobel Prize, datang ke kuliah dengan basikal jer. Umur pun cam dah tua, tapi steady jer. Apa2 pun, kita cuba untuk menggalakkan kehidupan y lebih sihat n alam sekitar y selesa untuk kita n generasi akan datang.

'Absorber aloi untuk ketahanan
n aktiviti lasak'

p/s: Nanti kena beli sebijik lagi untuk Shifa...

Jun 22, 2009

'Antara Pilihan dan Potensi'

Susah untuk kita puaskan hati semua orang. Setiap orang memiliki keinginan y berbeza2. Secara lahiriah pun, manusia dibezakan dengan perwatakan n mimik muka y pelbagai. Ada orang y nampak lemah lembut tetapi amat tegas ketika mempertahankan prinsip y didokongnya.

Orang selalu bercakap tentang potensi. Adakah potensi itu sekadar berpaut pada kebolehan individu semata2. Jawapannya pasti tidak. Adakah juga bergantung kepada IQ n EQ seseorang itu. Jawapannya adalah, ia terlalu subjektif. Adakah potensi boleh diukur hanya melalui pemerhatian secara kasar, tanpa perlu merujuk kepada faktor2 kebijaksanaan samada dari segi akademik n pemikiran y waras.

Pengalaman membentuk potensi. Namun, tidak semua potensi terbentuk melalui pengalaman. Hatta, akademiklah y menjadi penjana kepada halaju pembentukan potensi. Jarang sekali orang mempertikaikan perkara tersebut.

Namun bagaimanakah sesuatu organisasi itu menilai kepada potensi itu. Sekiranya kepada pengalaman semata2, maka tidak perlulah wujud institusi y menawarkan pembinaan IQ y lebih tinggi, iaitu universiti, kerana ada juga y mendakwa, tidak semestinya akademik akan membentuk satu sistem y cemerlang pada masa akan datang. Semua orang arif bahawa universiti adalah satu tempat dimana pembentukan seseorang modal insan itu akan memenuhi sistem y akan diterajuinya pada masa akan datang.

Terjadi sesuatu peristiwa dihadapan y saya mengetahui tanpa melalui sesiapa, seorang mahasiswa y pernah gagal didalam satu semester semasa pengajian di universiti (CPGA <1.8), selepas tamat bergraduasi, telah diterima untuk berkhidmat di sebuah kementerian y menguruskan hal-ehwal pengajian tinggi. Tidak pasti apakah bentuk potensi y dinilai oleh para penilai. Adakah potensi bekas pelajar ini y semasa di menara gading y telah mengetuai banyak persatuan itu n ini, mendokong 'aspirasi' universiti y diberi perhatian oleh penilai. Atau penilai sebenarnya tidak wujud . Bagi saya, tidak salah sekiranya mahu menggunakan kabel, tetapi biarlah logik.

Begitu juga, pernah terjadi seorang pelajar y kerap ponteng kelas, tidak menghantar tugasan amali salah satu subjek y diambilnya di universiti, sehinggakan ahli kumpulannya mendapat markah y tercorot, diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tidak pasti samada kabel turut memainkan peranan, namun apa y penting, apakah potensi y dinilai sebenarnya. Dapat dipastikan juga bahawa pelajar ini mempunyai hubungan erat dengan sesetengah pihak atasan.

Sebenarnya, pembentukan modal insan bermula dari segi akademik n kebijaksanaan. Memang benar, sistem y akan ditunjangi oleh setiap orang di negara ini mahukan orang y sangat berpotensi termasuk dari segi pengalaman n kebolehan mentadbir. Tetapi dunia hari ini, kita tidak boleh menolak ke tepi faktor y mengikat kebolehan n kebijaksanaan. Negara maju tidak ada perkara2 sebegini. Jangan dibandingkan dengan 20 30 tahun y lalu. Zaman sekarang, akademiklah y menentukan jatuh bangun sesebuah bangsa.

p/s: Sayangkan bangsa tidak bererti takut untuk menegur..

Jun 18, 2009

'Chin Peng Part 2'

X tau la, apa la nak jadi kat sesetengah orang sekarang ni. Isu Chin Peng dah menjadi isu nasional y sebenarnya melebihi isu2 lain y lebih penting. Y terkini, ada pulak komen daripada ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sepatutnya menerima n membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Mustahil Anwar buta sejarah. Beliau dahulunya seorang y sangat berkharisma, tidak bertolak ansur kepada apa2 y boleh melukakan hati rakyat, namun itu y dilakukannya sekarang. Saya ada menonton kenyataannya di internet tentang komennya pasal Chin Peng. Memang surat khabar tidak salah melaporkannya.

Derita para anggota pasukan keselamatan kita masih tidak ada pembelaan. Nasib mereka tidak banyak berubah walaupun negara sudah lama aman hasil keringat n darah mereka. Adakah mampu untuk kita membalasnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Sedih bila mendengar masih ramai y kononnya memperjuangkan hak asasi, meminta kerajaan menerima semula Chin Peng. Teluskah permintaan sebegini. Masih adakah ruang untuk kita memaafkan orang y telah membunuh ibu bapa kita, saudara-mara kita, keluarga kita.

Sepatutnya setiap anggota keselamatan y telah berjuang untuk menentang musuh negara, wajar diberikan penghormatan y amat tinggi. Memandangkan di negara ini, darjat Datuk2 mungkin antara y paling tinggi, maka boleh dicadangkan diberikan darjah kebesaran tersebut kepada semua anggota2 keselamatan yang telah menggadaikan nyawa kepada senjata pengganas dahulu. Ia lebih baik daripada diberikan kepada Shah Rukh Khan, Michele Yeoh n artis2 lain. Tidak sebesar mana jasa mereka kepada negara. Apa y hendak dirisaukan, padahal setiap daripada raja2 n sultan2 kita mempunyai kuota y banyak untuk darjah2 kebesaran tersebut.

Anwar Ibrahim nampaknya manusia y amatlah terdesak n gila kuasa. Sanggup menggadaikan aspirasi rakyat semata2 untuk kepentingan peribadi. Amat sedih n malang sekiranya begini rupa pemimpin y kita pilih. Benarlah seperti y termaktub dalam sebuah hadith sahih y lebih kurang begini maksudnya,'bahawa apabila hampir kepada kiamat itu, maka pemimpin y dipilih adalah daripada golongan munafik'.

p/s: Melayu semakin terancam...

'Cendol Leman Dawi'

Minggu lepas, aku telah g ke Rembau, Negeri Sembilan. Aku kat sana seminggu untuk fieldwork dekat Gunung Angsi. Pergh, tinggi jugak gunung tu. Pancit aku, hari2 kena daki untuk g ke plot tempat sampling tu. Ada lebih kurang 9 plot, tapi aku kena sampling kat 4 plot jer. Plot y paling tough ialah plot 8. Kitorang terpaksa mendaki cerun 80 darjah, straight. Masa nak turun tu, aku pakai menggelongsor jer ke bawah. X licin sangat, tapi xdak tempat nak pijak. Nak x nak, terpaksa la. Tapi puas hati, dapat cabut lebih kurang 6 akar tongkat ali, hehe.

Rembau ni cam pekan koboi jer. KFC pun xdak. Ada 2 pasaraya besar iaitu, FRESCO n Family Store. X tau la FRESCO ni adik-beradik Tesco, sebab kitorang x g pun. Lalu kat depan jer. Kitorang stay kat Kompleks Penyelidikan Pertanian Ulu Sepri. Ok la, tempat baru. Cam nice jer. Depan tempat kitorang stay tu dekat sangat dengan Hot Spring Pedas. so, kitorang kalau letih jer, g spa kat situ la, haha. Best betul.

Tapi y paling special kat sini mestilah Cendol Leman Dawi. Sapa y x kenal Leman Dawi memang la, x tau nak cakap apa la. Famous tu. Dah brapa kali masuk TV termasuk Majalah 3. Apa y menarik n membuatkan kedai cendol ni berbeza dengan kedai2 lain, adalah, dekat sini, pas makan cendol, boleh tambah dengan percuma. Cendol dia pun sedap n murah. Y paling menarik tu, mestilah tokei kedai tu sendiri, Leman Dawi. Leman Dawi ni terkenal sebab kebolehan dia mengingat fakta2 y menarik tentang semua benda. Kalau bercerita tentang Penang, dia siap bagi tau brapa panjang jambatan PP, brapa penduduk dia, asal usul Penang n macam2 lagi. Kira, dia ni cam public figure la kat situ, since dia pun dah brapa kali keluar kat TV. Y lebih menarik, kedai dia ni sangat la bersih. Kalau 10, aku bagi dia 10 la, full mark untuk kebersihan. Bayangkan, kedai cendol, seekor lalat pun xder kat atas meja. Tuala y dia guna untuk lap meja bersih ja. Y paling menarik tu, setiap tuala tu dia rebus dengan air panas. Termasuk jugak semua mangkuk n sudu2 y dah digunakan. Tandas dia xyah cakap la, paling bersih y pernah aku tengok berbanding2 dengan mana2 restoran n tandas awam. Ini kot y menjadi daya penarik kepada kedai dia tu. Tempat duduk asyik penuh jer. Inilah rezeki sekiranya ikhlas berniaga.

Pergh, tambah cendoi free....

Tengok, flies free wa cakap lu..

Air barli pun free?!Camna dia untung ni?!

Bukti betapa bersihnya kedai ni, periuk untuk
merebus tuala,mangkuk n sudu.


Penat, tetapi menyeronokkan. Nak demam jugak aku rasa sebab banyak sangat fieldwork. Besok nak kena g Belum pulak. Tapi aku enjoy dengan pengajian aku ni.

p/s: Hope to contribute something to USM, since we've got one new species of insect in Belum. Even student is just a pencacai di sini.

Jun 8, 2009

Puncak Kasih'

Hujung minggu, 2 hari lepas sangat la busy buat aku y kena travel ke 3 negeri dalam 3 hari semata2 untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan2 sekelas aku masa matrik dulu. Kami sama2 belajar kat KMM, Londang, Melaka. 2 orang kat Kedah, sorang kat Taiping, Perak. Pasangan y kat Kedah ni, kawin sama2 classmate la ceritanya. Izani n Ahmad. Dua2 classmate aku masa kat matrik dulu. X tau la bila diorang ni bercinta. Tup2, tau dah couple jer, n tahun ni nak kawin. Teror betul diorang ni sorokkan kisah cinta diorang. Kira cam artis la, hehe.. Izani ni classmate aku gak masa high school dulu. Masa form 4 n form 5, Sekolah Teknik Alor Setar. Kira dah lama kenal la ni. Ahmah pulak, mamat Kelantan y dah x Kelantan sangat. Masa matrik dulu ja akidah Kelantan dia kuat. Sekarang ni cam dah goyah ja, hehe. Ok la, pendiam budak ni. By the way, meriah jugak n besar majlis diorang. Almaklum la, sebelah perempuan. So, biasanya besar la sikit. Aku x lepak lama. Sempat juga jumpa classmate y lain y datang masa kenduri tu. Ainon n Farah(Adik). Diorang dtg jauh dari KL nun. Dah dekat 7 8 tahun kitorang x jmpa. Lama tu. Sempat la bertukar cerita. Y paling obviousnya, semua nampak semakin berisi. Hati senang kot.

Dari Kedah, aku terus ke Perak, of course lau ikut Penang. Pas habis kenduri Izani n Mat, aku n Shifa, terus balik Taiping. Besoknya, (Ahad), akad nikah my bestest frenz, merangkap saudara aku, Pejel. Dia kahwin orang Taiping gak. Kenduri kat rumah dia, 14hb ni. Masa tu aku akan masih kat Negeri Sembilan, so x dapat nak gi. So, aku ikut rombongan dia bertandang ke Taiping siang tadi. Sempat la aku tengok dia akad ni. Nervous jugak aku, even my turn is still 4 months to go. Pastu semuanya berjalan lancar. Cuaca pun cerah jer. X sangka dia kahwin dulu dari aku. Padahal dulu kata nak kawin umur 30. Konon la Pejel ni. Apa2 pun, memang puas hati la sebab aku dapat g majlis dia. Tertunai hajat aku. Dulu Azmie kahwin pun aku sempat gi. Alhamdulillah. Ok, aku dah x larat nak type dah. Badan dah letih sangat. X cukup tidur n rehat. Esok kena g NS plak, adoi!