Jun 18, 2009

'Chin Peng Part 2'

X tau la, apa la nak jadi kat sesetengah orang sekarang ni. Isu Chin Peng dah menjadi isu nasional y sebenarnya melebihi isu2 lain y lebih penting. Y terkini, ada pulak komen daripada ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim bahawa kerajaan sepatutnya menerima n membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Mustahil Anwar buta sejarah. Beliau dahulunya seorang y sangat berkharisma, tidak bertolak ansur kepada apa2 y boleh melukakan hati rakyat, namun itu y dilakukannya sekarang. Saya ada menonton kenyataannya di internet tentang komennya pasal Chin Peng. Memang surat khabar tidak salah melaporkannya.

Derita para anggota pasukan keselamatan kita masih tidak ada pembelaan. Nasib mereka tidak banyak berubah walaupun negara sudah lama aman hasil keringat n darah mereka. Adakah mampu untuk kita membalasnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Sedih bila mendengar masih ramai y kononnya memperjuangkan hak asasi, meminta kerajaan menerima semula Chin Peng. Teluskah permintaan sebegini. Masih adakah ruang untuk kita memaafkan orang y telah membunuh ibu bapa kita, saudara-mara kita, keluarga kita.

Sepatutnya setiap anggota keselamatan y telah berjuang untuk menentang musuh negara, wajar diberikan penghormatan y amat tinggi. Memandangkan di negara ini, darjat Datuk2 mungkin antara y paling tinggi, maka boleh dicadangkan diberikan darjah kebesaran tersebut kepada semua anggota2 keselamatan yang telah menggadaikan nyawa kepada senjata pengganas dahulu. Ia lebih baik daripada diberikan kepada Shah Rukh Khan, Michele Yeoh n artis2 lain. Tidak sebesar mana jasa mereka kepada negara. Apa y hendak dirisaukan, padahal setiap daripada raja2 n sultan2 kita mempunyai kuota y banyak untuk darjah2 kebesaran tersebut.

Anwar Ibrahim nampaknya manusia y amatlah terdesak n gila kuasa. Sanggup menggadaikan aspirasi rakyat semata2 untuk kepentingan peribadi. Amat sedih n malang sekiranya begini rupa pemimpin y kita pilih. Benarlah seperti y termaktub dalam sebuah hadith sahih y lebih kurang begini maksudnya,'bahawa apabila hampir kepada kiamat itu, maka pemimpin y dipilih adalah daripada golongan munafik'.

p/s: Melayu semakin terancam...

No comments: