Jun 25, 2009

'Aku, Dia dan Basikal'

Actually, tajuk atas tu just nak bagi gimik jer, haha. Tapi memang betul pun, entry kali ni aku nak tulis pasal basikal aku y baru dibeli. Sebenarnya dah lama dah rasa nak beli basikal, tetapi ada jer y menghalangnya. Jadi, minggu lepas, berjaya juga aku beli. Basikal Mountain Bike, ok la. Aku beli complete set, siap termasuk absorber depan n belakang. Y bestnya tu, kedai tempat aku beli tu, milik anak Prof Yap, lecturer Bio dulu y merupakan legend dalam school bio ni.

'Black n Red'

Sebenarnya, ini bukanlah basikal pertama aku. Dulu time sekolah ada la 2 biji basikal. Satu hilang, satu lagi masih ada kat rumah. Tetapi cam rosak dah. Kalau repair boleh la, tapi kos repair tu mungkin boleh beli sebijik y baru. Basikal tu banyak kenangan, masa sekolah dulu. Aku naik basikal ke sekolah sampai form 5. Pernah beberapa kali eksiden. Ada sekali tu, tayar basikal jadi no 8 pas kena langgar ngan kereta. Pergh, nasib baik aku x apa2. Setakat tu, memang nasib aku baik la, x pernah cedera teruk. Aku memang berniat satu hari nanti aku akan repair basikal tu, n simpan. Saja jer, jadi kenangan. Basikal tu warna hijau.

'Pemegang botol air dengan rekaan
sofisticated'

Basikal baru ni adalah basikal pertama aku beli dengan duit sendiri. Of course la, time sekolah dulu bapak aku y belikan. Kali terakhir aku naik basikal masa form 5 lah. Pas jer masuk matrik, g UK, masuk USM, basikal tu terbiar. X sangka harga basikal dah mahal sekarang ni. Y harga cam basikal aku y lama tu pun, basikal y Bangla dok naik g keja ja. Sekarang ni, kira hari2 la aku g n balik keja ngan basikal. Mencabar juga mengayuh basikal kat sini sebab jalan dia berbukit2. Kira hari pertama, mengah jugak la aku mengayuh basikal tu. Tapi ok la untuk exercise sebab hari pertama jer, memang rasa kaki ringan lepas berbasikal. Kira sapa2 y nak diet ni, x payah. Kayuh jer basikal, mesti turun punya berat badan.

'Helmet Yelow-Black bergaya dengan
rekabentuk aerodinamik'

Basikal aku y baru ni warna merah hitam. Rasa cam best plak berbasikal, siap dengan pakai helmet lagi. So far memang puas hati la. Since USM pun ada cadangan nak galakkan penggunaan basikal di dalam kampus, aku rasa baik idea tu diteruskan n dilaksanaan dengan lebih berkesan. Kebaikannya sangat banyak. Mulalah dengan para pegawai n staf universiti, kemudian dibudayakan kepada semua pelajar. Kampus pun x sesak sangat, kurang tercemar dengan asap kenderaan. Baru ada suasana kampus dalam taman. Dahulu, aku masih ingat, ada seorang lecturer aku, bertaraf Profesor, nominee untuk Nobel Prize, datang ke kuliah dengan basikal jer. Umur pun cam dah tua, tapi steady jer. Apa2 pun, kita cuba untuk menggalakkan kehidupan y lebih sihat n alam sekitar y selesa untuk kita n generasi akan datang.

'Absorber aloi untuk ketahanan
n aktiviti lasak'

p/s: Nanti kena beli sebijik lagi untuk Shifa...

1 comment:

Anonymous said...

Naper ko xbeli jer basikal yg ada tmpat duduk belakang 2..klu x leh shifa dok jer kt belakang 2 n' g kampus sama2..hehe..kurang belanja.
jgn marah bro.
just idea maa....peace! =)

by t way, cantik basikal.