Jan 6, 2009

'Permata Hati Ryan & Amy Blair'

Tanggal 1 Januari 2009, merupakan detik y paling bermakna buat Ryan n Amy. Ini kerana pada detik itu, mereka telah dikurniakan seorang putera y sihat n comel. Tahun baru diraikan dengan penuh kesyukuran n kegembiraan. Tahniah kepada Ryan n Amy!

Ok, untuk pengetahuan semua, Ryan n Amy merupakan warganegara Amerika y telah setahun menetap di sini. Mereka merupakan sahabat karib aku n Shifa kerana semasa mereka tiba di sini dahulu, selain keluarga Girlings, aku n Shifa y menjadi akrab dengan mereka. Kami berjumpa di USM. Oleh kerana aku n Shifa merupakan pembantu bahasa di Dynamic Language Centre, aku n Shifa telah berjumpa dengan Ryan n Amy untuk mengajar mereka bahasa Melayu. Dari situ hubungan semakin erat n kini, aku n Shifa umpama keluarga kepada mereka di sini selain Girling.

Buah hati pertama mereka telah selamat dilahirkan pada pagi tahun baru selepas 2 jam Amy di'induce'kan. Jackson Daniel Blair dilahirkan secara normal n agak berat iaitu 3.8kg. Amy berada di wad selama 4 hari sebelum pulang kerumah. Kebetulan, Jackson lahir sehari selepas ulangtahun perkahwinan Amy n Ryan iaitu pada 31 December. Mungkin boleh dianggap ia merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan y terhebat mereka.

Aku kagum semasa melihat Amy mengandung. Dia sentiasa ceria n begitu gigh menjaga kesihatan. Namun, y paling best, Amy x kisah nak pergi ke sana sini, tidak ada pantang larang walaupun kandungan tengah sarat. Ini sangat menarik. Ia akan memudahkan proses kelahiran sekiranya ibu aktif. 3 minggu sebelum bersalin, Amy masih sempat pergi ke rumah aku di Kedah untuk menyambut Raya Korban. Kemudian 2 hari sebelum bersalin, masih sempat ke pesta Penang, sehari sebelum bersalin, masih kuat pergi menonton movie kat GSC. Rutin harian pun menyihatkan. Kalau ada masa luang, dia bersama Ryan akan berjoging di sekitar kejiranan diorang.

Akhirnya, selepas 9 bulan menanti, mereka dikurniakan cahaya mata y sangat comel. Aku n shifa ucapkan jutaan TAHNIAH kepada mereka. Semoga hidup mereka lebih bahagia n ceria. To Jackson, Welcome to the World!

p/s : Tak tau nak bagi apa kat Jackson, aku n Shifa beli bantal pisang jer kat dia. Tapi best, sebab dia suka!!




2 comments:

NA said...

waa..tomei2 nye jackson..
ehem..ehem..
zul..ko tak teringin ke nak ade baby? hehehe

Hafezul said...

Do I need to answer that??