Jan 7, 2009

'Beg Laptop paling cool'

Semalam, selepas menyimpan angan selama sebulan, akhirnya berjaya jugak aku beli sebuah beg laptop baru y pada pandangan aku, sangatlah cool, hehe..Beg tu berjaya menarik perhatian aku pada pertama kali aku tengok dia. Terima kasih pada Wawa n Nik sebab memberitahu aku tentang beg tu n bersungguh2 menyatakan betapa sesuainya aku sekiranya aku menggunakan beg sebegitu. Tampak lebih cool n macho (hahahahahahahaha)(menurut Nik n Wawa la).... Diorang siap pesan lagi kat Shifa supaya jaga aku elok2 kalau aku beli beg tu sebab mesti ramai gadis akan terpikat, uwekks..

Beg ni sangat nipis. Even lepas masukkan laptop n charger pun still nipis. Sangat spacious. Ada 3 compartment y besar. Bagus protection untuk laptop. Banyak poket untuk gadjet n sangat tahan lasak. Warranty beg ni seumur hidup (lifetime warranty). Tapi x water proof, cuma water resistant sahaja. Pastu tali galas dia memang selesa la. Cam banyak je features dia.

Ok, beg ni brand Golla, made in Germany. So, kualiti memang ditahap tertinggi la. So, kepada sesiapa y berminat, boleh la beli. Aku jumpa satu kedai kat Queensbay y jual beg ni.

p/s : Laptop time2 sekarang ni dah jadi cam nyawa. Penting giler. Kalau rosak ker apa ker, boleh gila hamsap tu..




3 comments:

ARYN said...

wondering apa beza water proof & water resistant??? hoho
explain plz

Hafezul said...

Water proof tu, material beg tu water proof la. Water resistant pulak, material x water proof tapi beg tu telus air bila kita guna n at certain level, air boleh masuk jugak. Cam jam tangan la. lepas 100 meter contohnya, air akan masuk dlm jam.

FuzAma said...

cantik+smart+cool...aku pun tengah cari beg laptop gak..info yg ckp berguna..:)..hmm brapa range harganya?