Jan 1, 2009

'Kempen Alam Sekitar USM'

Selamat Tahun Baru 2009M n 1430H kepada semua visitors blog ni. Aku bgun agak lewat pagi ni. Al-maklum la, kan cuti hari ni. Mesti semua tgah buat hal masing2kan. Ada y kuar mkan angin, ada y lepak2 kat rumah jer, tgok tv or spend masa ngan famili. Even pagi ni aku rasa kat tv xdak pun program2 y best sempena New Year.

Entry aku kali ni, aku nak cakap skit pasal Kempen Alam Sekitar USM (Kempen White Coffin). 2 3 cafe kat USM y pernah aku lepak n makan2, dah x menggunakan plastik sebagai pembungkus mkanan n minuman. Nampaknya kempen ni telah berjaya menjangkiti semua warga USM. Tahniah kepada Kelab Alam Sekitar n USM. Tapi, apa y mengecewakan, kempen ini dilakukan dengan amat tergesa2 sehinggakan tidak tahu membezakan antara keperluan atau bukan keperluan.

Sepanjang y aku tahu, kempen ini telah berjalan selama setahun lebih. Ok, tidak apa untuk ban bekas makanan styrofoam n plastic, tapi ia perlu dilakukan dengan cara lebih berkesan. Tindakan mem'ban' semua plastic tidak akan menjadikan kempen ini berkesan. Apa y perlu di ubah adalah mentaliti semua warga USM. Mereka perlu di didik dengan lebih mendalam dan diberi kesedaran y tinggi. Sekarang, di USM aku x nampak lagi dah banner atau poster tentang kempen itu. Sepatutnya ia perlu dipasang secara berterusan dan konsisten, menyebarkan risalah2 di tempat awam, pemantauan di setiap cafe tentang penggunaan plastik dan y paling penting, menguatkuasakan kempen itu secara terbuka. Mungkin aku tidak begitu jelas dengan sistem y telah dijalankan oleh AJK kempen ini, tapi aku rasakan, kempen ini xkan bertahan lama.

Aku harap aku tidak bercakap tentang perkara y aku tidak tahu. Seperkara lagi, tentang ada cafe y tidak mahu menggunakan straw plastik. Ini adalah satu tindakan y ridiculous. Kita boleh berkempen, tetapi jangan secara tiba2 merampas hak keselesaan setiap individu. Perkara ini tidak boleh dilakukan secara drastik. Perlu jangkamasa y panjang untuk mengubah mentaliti manusia. Di Eropah, mereka mengambil masa bertahun2 untuk mengkaji kempen alam sekitar mereka sebelum mereka datang dengan idea, mengenakan tax kepada setiap plastik y digunakan oleh pengguna. Mereka tidak terus mem'ban' itu dan ini. Dan pengguna, merasa lebih bertanggungjawab dan menghargai setiap pastik y mereka guna.

Pada hemat saya, kempen seperti ini perlu diubah pendekatannya. Pendekatan psikologi perlu digunakan. Dimana2 sudut di universiti perlu di letakkan risalah, banner dan apa2 maklumat tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Selitkan didalam setiap khutbah Jumaat tentang perkara ini. Pada setiap surat rasmi, buku nota2 y dibuat oleh USM or kad matrik USM, boleh diletakkan tagline kempen alam sekitar supaya semua warga USM diingatkan oleh perkara itu setiap masa. Tentang kos, saya rasa tidak menjadi masalah. Daripada menghabiskan duit membuat lawatan keluar negara, hanya untuk melihat kempen alam sekitar di luar negara, lebih baik duit itu digunakan untuk menjayakan kempen ini.

Ada satu cafe y tidak menggunakan menggunakan plastik dan straw untuk membungkus air tetapi menggunakan gelas plastik pula. Apa bezanya. Nampak cam kempen ini caca-merba. Perlu diingatkan, jangan suka membuat bermacam2 perkara dalam tempoh y singkat, tetapi perlu meng'establish'kan dulu setiap idea sehinggakan berjaya, kemudian baru diteruskan dengan idea seterusnya. Dengan sikap sebegini, barulah kerajaan y ada pada masa sekarang tidak y suka membuat undang2 tetapi tidak suka menguatkuasakan, tidak ada pelapis. Gagal merancang, sebenarnya merancang kegagalan!

p/s : I hope one day, USM will ban the disfunctional MPP..hehe..n give me back my straw!

5 comments:

FuzAma said...

kebenaran itu kadang kala menyakitkan. kejayaan TWC telah buat mereka2 ini buta.

aku tak pernah setuju ban plastik. tapi itulah hakikat. itulah kenyataan. habis madu sepah dibuang.
semoga perjuangan mampu diteruskan. kerna aku sudah tak diperlukan lagi.

Hafezul said...

Ala,jgan la sedih..Aku bagi pendapat jer, for USM students. Siapa mereka tu Fuzah?

FuzAma said...

heee...aku ok je..aku tau ang mesti slalu sokong aku..HAHAHA..ala..mereka2 yg 'tamak'..talam dua muka...berjuang kononnya atas nama perjuangan...nasib baik bukan geng kita zul..mereka2 ni tak percaya tiada Tuhan melainkan Allah. :I

wan-niza said...

about d straw..sgt setuju! sejuk r gigi kena ais bila minum terus dr cawan

n e way, very good blog!

Anonymous said...

hai..juz drop by..actually sy xksah xgne straw..it is not a big deal..sy skong usaha ni wlupun nmpak mcm ridiculous n xbrjaya..klu kte x wat ni..smpai ble2 xkan ade tndakan..biar pun bnda ni nmpak ridiculous, tp scara x lnsung student da tau y plastik bhaya..nape awk kata projek ni caca merba?kre okla ban straw..awk gak y kata wat slow2...xkan kte nak wat kejtan trus..stiap bnda y nak dmansuhkan kena ade alternatif, baru bleh jalan..kre ok la gak xpkai straw..kte stil bleh mnum dr cwn..hehe..btol x..anyway, dis is juz my opinion..:)save our earth n ourselve!!!:)