Umum mengetahui bahawa asas pembinaan bangsa Malaysia adalah bukanlah melalui pertumpahan darah tetapi melalui rundingan untuk mencapai kemerdekaan. Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra bersama rakan2nya telah mengadakan beberapa siri rundingan di England untuk mendapatkan kebebasan untuk menjadi tuan semula di bumi Malaysia ini.
Kontrak sosial pula merupakan satu perjanjian untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada pendatang2 Cina dan India untuk membentuk bangsa Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Mereka ini diberi hak quid pro quo yang secara automatik menjadikan mereka warganegara Malaysia. Pada awal rundingan kemerdekaan, pihak British mahukan satu perlembagaan di bentuk demi memastikan bahawa orang Malaya pada waktu itu mampu mentadbir sendiri tanah air mereka. Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk membentuk perlembagaan negara. Di dalam perlembagaan itu, atas persetujuan semua pemimpin yang mewakili setiap kaum telah sebulat suara mengiktiraf hak2 keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan orang asli (secara kolektif disebut sebagai Bumiputera) dan hak2 itu tidak akan dicabar demi memastikan ketuanan Melayu sebagai pemilik asal negara ini. Namun, hak2 bangsa lain tidak akan disekat. Mereka bebas untuk mengamalkan agama, budaya, bahasa dan apa jua cara hidup mereka asalkan ianya harmoni untuk masyarakat yang berbilang kaum ini. Perlu dijelaskan juga di sini bahawa orang Melayu telah berkorban dengan mengizinkan sejuta kewarganegaraan diberikan kepada kaum Cina dan India semasa proses kemerdekaan berlangsung. Kaum-kaum bukan bumiputera ini secara tidak langsung dapat bersama2 mengaut kekayaan dan hasil daripada bumi bertuah ini.
Hari ini, ramai yang mencabar kontrak sosial terutamanya kaum Cina dan India. Mereka mahukan kesamarataan. Namun, mereka masih tidak nampak dengan jelas kebebasan yang diberikan kepada mereka sehingga mereka menjadi kaum yang menguasai ekonomi di negara ini jauh meninggalkan orang Melayu. Ini yang dikatakan seperti melepaskan anjing yang tersepit. Pada masa orang Melayu bangun bersatu untuk menentang Malayan Union, orang Cina dan India tidak mahu turut serta kerana mereka mengatakan bahawa itu adalah masalah orang Melayu dan ini bukan tanah air mereka untuk dipertahankan. Mereka pada masa itu menunjukkan kesetiaan kepada negara asal mereka dan menentang Laporan Barnes yang mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Jadi, mereka ini sebenarnya hanya mahu merampas negara ini sahaja dan menyingkirkan orang Melayu seperti yang terjadi di Singapura. Padahal sekiranya mereka masih kekal di negara asal mereka, tidak akan ada orang seperti Boon Siew, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan dan lain2 yang menjadi sangat kaya kerana sikap baik hati orang Melayu.
Jadi, demi untuk memastikan negara ini akan kekal sebagai lubuk emas kepada semua rakyatnya, maka apa yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh disentuh dan dipersoalkan. Itulah yang membentuk bangsa Malaysia yang ada pada hari ini.

No comments:
Post a Comment