Oct 23, 2008

'AUKU'

AUKU @ Akta Universiti dan Kolej Universiti diwujudkan pada 1971 bagi membangunkan kecemerlangan akademik demi melahirkan modal insan yang berdaya maju dan menjadi teras kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Ia dicadangkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun). Akibat dari peristiwa 13 Mei 1969, dan penglibatan mahasiswa2 di dalam politik yang berhaluan kiri telah menyebabkan kerajaan mewujudkan satu akta khusus untuk penuntut2 di universiti bagi menjamin tugas mereka hanya sebagai pelajar semata2. Selama beberapa2 dekad, akta ini dilihat berkesan dalam mengekang pergerakan bawah tanah mahasiswa yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan.

AUKU juga digunapakai untuk menjadikan semua universiti di Malaysia mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, cemerlang dan hebat dalam melahirkan modal insan yang amat diperlukan untuk pembinaan negara bangsa. Salah satu contoh yang terkandung dalam AUKU adalah kesalahan sekiranya ada kebocoran atau penipuan semasa peperiksaan di universiti sedang dijalankan. Ini bagi memastikan integriti serta kualiti sesebuah universiti dan mahasiswa yang dilahirkannya.

Semasa 3 tahun saya di universiti, saya tidak merasa yang AUKU merupakan masalah besar kepada mahasiswa untuk menuntut ilmu. Sedar tak sedar, saya berjaya juga mendapat segulung ijazah dibawah 'kekangan' AUKU. Kenapa begitu riuh pelajar mahu AUKU dikaji semula padahal tugas mahasiswa bukan untuk mempertikaikan undang2 tetapi mengikut undang2 demi masa depan mereka. Tidak perlulah mahasiswa mendakwa hak2 mereka untuk berpolitik tidak boleh disekat memandangkan negara ini mengamalkan prinsip demokrasi. Padahal mereka lupa yang tugas mereka adalah untuk belajar semata2, tidak lebih dari itu. Ini yang dikatakan ubun2 masih lembik tetapi begitu angkuh mengatakan mereka terpelajar dan tahu untuk memikirkan yang mana baik dan yang mana tidak baik.

Saya memang anti pelajar yang berpolitik di dalam kampus. Tidak kisah samada Aspirasi, Pro-Mahasiswa atau apa sahaja, mereka ini begitu bodoh kerana tidak ingat orang tua di kampung yang mahu mereka berjaya didalam pelajaran tetapi mereka sibuk pula mahu menjadi hero mahasiswa. Hentikan sikap sebegini. Belajar dahulu dan berilah kegembiraan kepada orang tua kita.

No comments: