Sep 27, 2009

'Selamat Hari Raya Aidilfitri'

Walaupun dah seminggu dah kita beraya, aku still nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat handai, rakan2 seperjuangan n teman2 sekampus. Maaf sebab lambat sangat nak wish. Aku x dapat nak surf internet kat Aloq Setaq. Celcom broadband guna 3G. So, since kat Kedah 3G agak perlahan, aku x dapat nak surf internet. Rugi ja bayar bil bulan ni.

Selamat Hari Raya kepada SEMUA, Maaf Zahir & Batin. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi pada raya tahun hadapan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN!

Sep 17, 2009

'Hal Ehwal Pelajar'

Mungkin bagi sesetengah orang, title entri ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati, jelak n muak dengan apa y akan dperkatakan. Namun, hakikatnya, inilah kebenaran y perlu di telan dalam memastikan setiap generasi muda hari ini membuka mata melihat ilmu dari kaca mata y amat berharga. Ilmu y dimaksudkan disini adalah ilmu akademik. Ia merupakan kunci penting kepada melahirkan generasi y celik dengan situasi n bijak merencanakan masa hadapan y leibh cemerlang.

Apabila wujud orang2 y tidak tahu kepentingan ilmu, maka akan wujudlah golongan y kuat membodek, mengampu n mengipas orang lain hanya untuk kedudukan n jawatan. Ini akan merosakkan sesebuah institusi y bernama universiti.

Perbincangan bersama2 warga akademik, membuka satu dimensi apabila melihat ke dalam hal ehwal pelajar di universiti2. Acap kali di dengar, ahli2 akademik y bergelar Profesor, Profesor Madya, Doktor n sebagainya memberita tentang hal ehwal pelajar y kerap kali mengganggu urusan akademik pelajar. Memang benar, ilmu di universiti bukan hanya ilmu akademik semata2, namun masyarakat ini secara khususnya mahukan anak2 mereka memasuki universiti untuk menimba sebanyak mana ilmu akademik, termasuk ilmu agama n sosial dalam membina masyarakat majmuk y berjaya. Y kedua, apabila mendapat ilmu, maka akan bekerjaya n dapat membantu membela nasib ibu bapa.

Pernah sekali apabila berbincang dengan penyelia berkenaan dengan penyelidikan y sedang dijalankan, saya diajukan satu soalan oleh penyelia saya. Soalannya lebih kurang begini, "Zul, kalau dikatakan awak bekerja, awak mendapat kerja sebab awak sangat berilmu. Seorang kawan awak mendapat kerja kerana hubungan baiknya dengan pihak atasan. Kemudian dia berkata kepada kamu, kenapalah perlu belajar n menimba ilmu sebanyak mungkin, gaji kau dengan aku sama saja". Apa y perlu dijawab, tanya penyelia saya. Sebenarnya saya tidak ada idea untuk menjawab soalan itu kerana situasi begitu ada kebenarannya. Kemudian dia berkata, akan rosak bangsa kita kalau inilah pemikiran y ditanamkan dalam otak seseorang.

Banyak perkara y diketahui apabila duduk semeja dengan ahli2 akademik. Perasaan mereka agak sukar ditafsirkan. Namun kerap kali terdengar adalah cerita mereka tentang hal ehwal pelajar. Contohnya, banyak aktiviti bukan akademik y dianjurkan oleh hal ehwal pelajar y kadang2 merosakkan pelajar secara tidak sedar. Ada satu peristiwa, seorang pelajar membawa surat meminta pelepasan daripada pensyarah kerana perlu menyertai satu aktiviti anjuran hal ehwal pelajar. Tetapi pada masa itu, pelajar itu mempunyai ujian. Apa y menyedihkan, masih tergamak pihak y mengeluarkan surat pelepasan itu, n pelajar itu sendiri mahu meminta pelepasan dari menduduki ujian semata2 mahu mengangkat nama universiti dengan menyertai aktiviti tersebut padahal dia sedia maklum, ujian di universiti adalah sesuatu perkara y amat amat penting. Menaikkan nama universiti bukanlah dengan cara itu, tetapi dengan cara belajar dengan tekun, itulah y akan mengangkat nama universiti. Ada pula y datang pada seorang pensyarah, mengatakan kepada pensyarah itu, nasib baik dia aktif menyertai program2 bersama2 hal ehwal pelajar, n kemudian belum pun sempat konvo, dia sudah mendapat jawatan dalam pentabiran di universiti. Tidak perlu bersusah payah pergi ke kelas. Malahan, ada pula y gagal, kemudian terpaksa menambah tahun pengajian akibat kegagalan itu, tetapi kemudian memegang jawatan dalam universiti.

Selepas saya bergraduasi, saya juga mendapat beberapa tawaran bekerja, termasuk di sebuah bank di Alor Setar, namun saya memilih untuk menyambung pelajaran kerana saya merasakan banyak kekhilafan y telah saya lakukan semasa bergelar mahasiswa. Namun saya akui n menerima kekurangan y saya ada untuk memandu saya menimba ilmu ke setakat mana y saya mampu. Semoga impian saya untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan bersama2 bakal isteri y sekarang menyambung pengajian ke peringka Ph. D akan tercapai.

Sep 15, 2009

'Politik Samy Vellu'

Kaum India di Malaysia amat bertuah kerana menjadi warganegara di bumi y makmur ini. Mereka hidup aman, tanpa ada gangguan, samada untuk membunuh mereka (pembersihan etnik), menindas mereka atau meletakkan mereka sebagai warganegara kelas kedua di negara ini. Kita dapat lihat bagaimana prospek kehidupan mereka semakin meningkat, menjadikan mereka nadi y menyokong kaum peribumi untuk sama2 memajukan negara ini.

MIC, merupakan parti terbesar y mewakili masyarakat India di Malaysia. Ditubuhkan sebelum merdeka, ia telah bersama2 dengan UMNO n MCA bekerjasama mewujudkan negara bangsa y semua rakyatnya menikmati kemakmuran pada hari ini. Kita dapat lihat, berapa ramai dikalangan orang India y berjaya, menjadi sangat kaya, malahan lebih kaya dari orang Melayu sendiri di Malaysia. Sebut nama seperti Ananda Krishnan, Tony Fernandez, Karpal Singh (sekadar menyabut beberapa nama y terkenal), mereka merupakan orang2 y menerima habuan kekayaan diatas usaha mereka n bantuan daripada kerajaan y dikuasai oleh orang Melayu. Inilah y dinamakan, Dasar Ekonomi Baru, konsep perkongsian kuasa n kemakmuran ekonomi.

2 hari y lepas, MIC telahpun mengadakan perhimpunan n pemilihan di dalam parti mereka. Seperti biasa, y menjadi Presiden, masih merupakan seorang India y 'amat fasih' berbahasa Malaysia, Samy Vellu. Politik Presiden seumur hidup MIC ini amatlah menarik. Ia kotor, tapi kelihatan bersih, tambahan lagi di mata para penyokongnya y perut sentiasa kenyang dengan jamuan percuma dari pemimpin ini.

28 tahun menjadi pemimpin, Samy Vellu dilihat sebagai seorang y degil n keras kepala. Bak dialog dalam sebuah filem P Ramlee, "dia punya kepala, batu besar ada duduk". Sukar untuk menerima teguran, Samy meneruskan karier politiknya dengan mensabotaj n menjatuhkan sesiapa sahaja y cuba mencabar dirinya sebagai presiden. Harapan Malaysia untuk melihat pemimpin pertama y memegang kuasa secara diktator n seumur hidup bakal menjadi kenyataan. Samy akan mereput bersama2 MIC. Apa sumbangan beliau kepada masyarakat India. Tidak seperti dirinya y berjaya mengumpulkan kekayaan melalui penguasaannya keatas MIC, masih ramai masyarakat India y hidup merempat. Samy tidak nampak semua itu, y beliau mahu hanya untuk mengenyangkan dirinya n keluarganya.

Demi survival politiknya, beliau telah secara terbuka menghina Tun Dr Mahathir, membawa cerita fitnah tentang Tun n mengkritik secara terbuka. Sebagai orang Melayu y begitu menghormati Tun, saya amat terluka bila mendengar seorang perwakilan MIC semasa berucap di perhimpunan itu, mencadangkan agar Tun dikalungkan dengan selipar. Amatlah biadap n kurang ajar orang y tidak mengenang budi itu. Tanpa Tun, orang India akan mati di celah2 pokok2 getah di estet2. Tanpa Tun, x akan ada Anada Krishnan, Tony Fernandez, Samy Vellu. Inilah y sebenarnya ajaran y diperturunkan oleh Samy Vellu kepada pengikut2nya.

Saya mencadangkan, agar orang seperti Samy perlu diturunkan daripada jawatannya dengan cara y memalukan. In tidak mahu menerima pandangan orang lain, tetapi biar rakyat y membencinya akan menjatuhkannya. Berikan pukulan KO kepada MIC pada pilihanraya y akan datang. Kemudian, fikirkan tentang perpaduan Melayu, agar Melayu xkan hilang di dunia.

Sep 10, 2009

'Tarian Pendet'

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia berlaku lagi. Kali ini ia berlaku atas sebab y amat remeh iaitu isu Tarian Pendet y berasal dari Bali, y kononnya Malaysia di dakwa mencuri tarian itu n dijadikan tarian kebudayaannya. Isu ini tercetus akibat salah faham terhadap satu iklan promosi pelancongan (Malaysia Truly Asia) ke Malaysia y dihasilkan bukan oleh orang Malaysia. Hanya disebabkan muncul tarian itu dalam iklan tersebut maka segelintir Indon merasa bahawa Malaysia sedang mencuri warisan kebudayaan mereka.

Sebenarnya, konfrontasi ini bukanlah perkara baru. Ia adalah satu kebencian terhadap Malaysia y disemaikan semenjak zaman pemerintahan Soekarno. Dulunya, mereka membenci Malaysia kerana merasakan Malaysia akan menjajah mereka dengan cadangan pembentukan Malaysia, di era pasca kemerdekaan dulu. Hari ini, konfrontasi itu adalah disebabkan oleh kemakmuran Malaysia sebagai salah sebuah negara y paling pesat membangun di rantau ini. Ini samalah seperti kehidupan di kejiranan dimana apabila jiran kaya, jiran y lain pasti akan merasa cemburu n apa sahaja y dilakukan jiran y kaya itu, akan cuba dimanipulasikan untuk menonjolkan kelemahan jiran itu.

Seingat saya, sudah berapa kali Indon bertindak kurang ajar memijak n membakar Jalur Gemilang. Pernah rakyat Malaysia berbuat demikian. Padahal, rakyat Malaysia cukup bermurah hati kerana sanggup berkongsi kemakmuran ekonomi dengan pendatang2 dari Indonesia y tinggal n bekerja di Malaysia samada secara sah atau secara haram. Malah, media Indonesia selalu memburuk2kan Malaysia. Kunjungan ke Indonesia beberapa bulan y lalu memberikan satu pandangan y jelas terhadap persepsi Indon kepada Malaysia. Salah satunya, rakyatnya disogokkan bahawa polis Malaysia amatlah kejam n tidak berhati perut. Mereka berkata, polis Indonesia 'hanya' mengambil rasuah, polis Malaysia asyik mendera n menindas rakyat Malaysia. Hakikatnya, ia tidak pernah berlaku di sini.

Mereka lupa, betapa ramai bangsa mereka membuat kacau di Malaysia. Ada y menjadi perompak kejam, pembunuh n sebagainya. Kedatangan mereka ke Malaysia hanya merosakkan sosio-ekonomi rakyat Malaysia y rata2 sentiasa bersikap tangan terbuka. Di Pulau Pinang, kelihatan berapa ramai Indon y bekerja n memonopoli sesetengah perkara. Kalau kita menaiki bas Rapid Penang, kita akan terasa seperti kita ini bukan berada di Malaysia, tetapi di Indonesia.

Mereka lupa, semasa Acheh dilanda tsunami, negara manakah y menjadi negara pertama y menghulurkan tangan memberi bantuan. Berapa banyakkah sumbangan daripada rakyat Malaysia kepada mereka. Kita tidak pernah berkira dengan mereka, namum umpama memberi madu dibalas tuba, begitulah sikap mereka kepada kita. Ini tidak lain n tidak bukan adalah kerana cemburu dengan kemakmuran bumi y kita cintai ini. Saya menyeru semua agar kita mempertahankan bumi kita ini. Buat baik berpada2 kepada bangsa y tidak tahu mengenang budi ini. Jangan kita cuba melepaskan anjing y tersepit, kelak ia y akan menggigit kita.

Sep 7, 2009

'Mercun'

Seperti biasa, apabila menjelangnya hari Raya Aidilfitri, bermula daripada hari pertama Ramadhan, maka kedengaranlah bunyi2 mercun walau dimana pun kita berada kat bumi Malaysia ni. Bermain mercun di kalangan anak2 orang Melayu sempena musim perayaan merupakan tradisi y boleh dikatakan mampu menghidupkan suasana @ mood hari raya itu sendiri.

Semasa kecil, zaman sebelum mercun diharamkan penjualannya oleh kerajaan, mercun amat mudah diperolehi. Kalau di sekitar pekan Alor Setar tu, kira bersepah orang2 menjual mercun. Ada macam2 jenis. Masa tu mercun y bunyi kuat seperti mercun bola belum ada dijual. Y ada masa tu, mercun katak, mercun burung, mercun mancis, mercun papan, mercun teluq naga, mercun roket, mercun das, mercun ular & macam2 lagi nama mercun ni. Bunga api ni toksah dok kira la, memang banyak dijual. Memang x dinafikan, memang meriah hari Raya dengan bunyi mercun. Tetapi xder pulak dengar orang putus kaki tangan sebab bermain mercun. Tetapi ada jugak y cedera bermain meriam buluh. Aku masa kecik tu x pernah main meriam buluh, setakat join buat meriam tong tu adalah. Tetapi alhamdulillah la, jari tangan aku masih ada 10 sampai hari ini.

X salah kalau nak bermain mercun or bunga api. Tetapi jagalah keselamatan diri. Janganlah nak jadi terlebih kreatif, buat mercun buatan sendiri. Kononnya nak bagi bunyi kuat. Kemeriahan bukan berpunca dari bunyi mercun y kuat, tetapi kemeriahan berpunca dari hubungan kekeluargaan y ceria apabila bersama2 berkumpul menunggu tibanya Syawal. Kalau nak main jugak bunga api or mercun, berkumpul beramai2 dengan keluarga, baru seronok. Anak2 bermain bunga api, ibu ayah n sanak saudara melihat sambil berbual sambil bergelak ketawa gembira. Adakah bukan itu sebenarnya nikmat hari raya. Biar erat silaturrahim, buka erat kain pembalut luka y membalut tangan y dah x sempurna akibat bermain mercun buatan sendiri.

Rasanya, kanak2 y kudung akibat bermain mercun buatan sendiri, eloklah apabila besar nanti diserapkan ke dalam anggota tentera Malaysia sebagai penyelidik pembuat bom. Mungkin Malaysia x perlu lagi dok susah payah nak beli bom buatan Amerika or barat. jimat belanja.

Kepada sesiapa y nak main mercun tu, jaga keselamatan diri n anak2. Seronok, seronok jugak, tetapi keselamatan adalah perkara utama.